Keris Pusaka Melayu

Betul ke CIA sahkan perbualan telefon Anwar dan Khalid Ibrahim ni?

November 9, 2009 · Leave a Comment

Gomo telah terima satu transkrip rakaman perbualan antara Menteri Besar Selangor Khalid dan Anwar Ibrahim pada hari di mana Adun Pelabuhan Klang keluar PKR. Ini adalah transkrip rakaman perbualan itu:

MB Khalid: Hellloooo Dddd Sssss Aaaaa Iiiiii ….Siniiiii Khhalliddd cakkapppp.

Anwar Brahim: Hah Khalid! Apa hal call aku ni?

MB Khalid: Naakkk Makkllllummm siiii Baaaddrullll tttuuu ddahh keellluuarrr parrttii!

Anwar Brahim: Apa??? Kau ni macam mana jaga orang kita Lid? Kerja macam ni pun kau tak boleh nak jaga!

MB Khalid: buuukkkaannn saalllahhh sayyyaa Dsss Sssss Aaaa Iiiii. Inniii paasaal Siii Baaddrull hiiillanng keyyakkiinnaaann paaadaaa Dddd Ssss Aaa Iiiii seebbbaaabbb keesss liwwattt Saaiiffull tuuu!

Anwar Brahim: Apa yang Badrul tak yakin dengan aku pasal Liwat tu? Apa nak aku bersumpah ke baru dia yakin?

MB Khalid: eerrrr Dddd Ssss Aaaaa Iiiii naakkk berrsummppahhh kee?

Anwar Brahim: Errr…..bersumpah? emmm tak payah rasanya pasal Nik Ajis pun kata toksah bersumpah!

MB Khalid: Jaaddddiiii maacccammm maannaa ni Dddd Ssss Aiiii Iiii? Apppaaa naakkk buuuaattt?

Anwar Brahim: Kau aturkan Pemuda Keadilan Gagah Berani kita tu untuk buat demonstrasi di Pelabuhan klang! Biar Iskandar yang bawak!

MB Khalid: Errr Issskkaannndddarr naannttiii Keenncciingggg Daaalllammm Sellluuarrr?

Anwar Brahim: Susah lah cakap dengan kau ni Khalid. Dahlah biar aku uruskan nanti. Kau pi jaga Elizebeth tu. Jangan sampai dia lari ikut Helmi.

MB Khalid: Baaiiikkkk Booossss….

Ini adalah transkrip perbualan antara Anwar Brahim dan MB Khalid. Transkrip ini telah disahkan oleh CIA Cipan adalah sah dan benar. Rakaman Asal telah di simpan bagi maklumat selanjutnya.

Pssstttt……Khalid tu Gagap bila ada masaalah. tu pasal dialong nya panjang…he he he

 

http://www.papagomo.com/2009/11/gempar-transkrip-rakaman-antara-anwar.html

 

 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

SPRM sudah mula siasat isu Menantu Nik Aziz jadi CEO GLC Kelantan

November 7, 2009 · Leave a Comment

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dakwa Dr Asri jemput pergi rumah dia !

November 5, 2009 · Leave a Comment

Saya baru mengetahui kisah sebenar Dr Asri, dan terjawab sudah samada dia diperangkap atau dia jadi alat perangkap. Kalau buat tesis boleh jugak ni.

Saya terbaca juga sebelum itu kisah dia diajak masuk PAS. Tetapi tidaklah saya sangka bahawa dia yang mengajak Harun Taib datang ke rumah.

Pada pandangan saya mungkin ia satu strategi untuk dakwah wahabi ? kerana saya tahu Hj Hadi dan Harun Taib antara tokoh wahabi di Terengganu.

Tak percaya ? klik sini http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/mar2005/23mar01.html

 

kesimpulannya ?

 

Asri boleh jadi jadi alat memerangkap dan diperangkap. Dia ada kaitan dengan wahabi PAS dan PKR.. Justeru tindakan beliau mengkritik kerajaan adalah untuk mendapat sokongan wahabi dalam PAS.

Percayalah Nik Aziz juga wahabi dan anda perlu fahami ‘konspirasi’  Wahabi dari awal menjadi ‘benih’ hingga lah ke ‘dewasa’ ini.

 

Saya akan bongkarkan satu persatu dan anda tunggu mudah-mudahan saya akan berjaya dalam misi yang suci ini..

 

Hidup Umno !!!!

 

Baca kisah sebenar di bawah ni -

 

KUALA TERENGGANU – Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.

Tribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan dari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.

Bagi orang-orang PAS, ditahan dan didakwa kerana mengajar ’tanpa tauliah’ sudah menjadi ’asam garam’ dalam perjuangan bersuara, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf, nahi mungkar).
Sehubungan itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi.(Gambar yang dirakam ketika kunjungan Ustaz Harun)

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, hari ini, Khamis.

”Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

”Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah,

”seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah saat itu, kebetulan waktu Pilihanraya Kecil DUN  Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

”Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ’join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis ’Talzamul Jama’atul Muslimin Wa Imamahum’ (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ’tunggu’ dan memberikan secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

”Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

”Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah… saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Dr. Asri menyertai PAS.

 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Dr Pornthip, wira import Anwar tidak berkelayakan di Malaysia

November 5, 2009 · Leave a Comment

In Wednesday’s proceedings, counsel Datuk Abdul Razak Musa, representing MACC, had drawn the court’s attention to the fact that Dr Pornthip, who had volunteered to conduct the second post-mortem, was not qualified under Malaysian law to do so.

This was because her medical qualifications were not from any of the 250 medical universities recognised by the country.

 

 

Itu statement Counsel Datuk Abdul Razak Musa di Mahkamah pada 4 November 2009.

 

Lihat link berita asal di sini : http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=452441

 

 

Wahai Rakyat Malaysia !! Fikir-fikirkanlah dengan baik apakah motif Pakatan Rakyat menaja Dr Porntrip ini dan kesannya kepada keutuhan institusi seperti SPRM dan moral anggotanya…

 

 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Video Dr Asri sokong Nik Aziz jadi Perdana Menteri

November 4, 2009 · Leave a Comment

Nik Aziz dikatakan tidak akan rasuah. Walaupun melantik menantu mengetuai Perbadanan Menteri Besar.

Patutlah bekas Mufti ni disukai oleh orang PAS… pandai bodek rupanya.

Ni lagi dahsyat dari Anwar sebab pandai ’sesumpah’ banyak warna depan banyak pihak.

 

mari tengok link di blog orang paihh ni

http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/dr-asri-bekas-mufti-perlis-cadang-mb.html

 

Video ni dirakamkan pada 9 Julai 2008 di Masjid Alwi, Kangar.

 

 

 

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

KIMMA perlu dijadikan anggota BN !

October 15, 2009 · Leave a Comment

Kimma wajar di terima menjadi parti komponen Barisan Nasional kerana tiada paksaan untuk asimilasi di negara ini dikuatkuasakan dan ini membuatkan tiada sebab untuk masyarakat India Muslim yang mahukan parti sendiri, ternafi hak mereka.

Kimma terdiri dari ahli yang bertutur bahasa Tamil dan beragama Islam. Mereka antara rakyat Malaysia yang hidup makmur melalui perniagaan yang cemerlang. Mereka tidak dapat menyertai MIC yang sinonim dengan kuil, dan tidak diseru untuk menyertai UMNO mungkin kerana faktor bahasa yang menjadi asas struktur negara ini.

Apa yang dibimbangkan ialah apabila Pakatan Rakyat terlalu memerlukan parti komponen bagi membolehkan ianya didaftarkan. Ini akan mendorong usaha pemimpin de facto Pakatan Rakyat untuk mengemukakan agenda konspirasinya bagi merampas Kimma melalui sengketa dalaman.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 7 parti komponen untuk didaftarkan sebagai sebuah organisasi politik bersekutu.

Ini akan membuka peluang kepada parti-parti yang kemaruk ini untuk memulakan kempen psikologi dan menjalankan taktik-taktik kotor.

Malaysia yang tidak mengamalkan dasar asimilasi sewajarnya menerima sebuah lagi parti orang Islam di dalam Barisan Nasional.

Kimma sebagai sebuah parti yang setia mendukung Barisan Nasional seharusnya layak di terima ke dalam Barisan Nasional dan merintis penambahbaikan Barisan Nasional dengan penyertaan sebuah parti yang dipimpin orang Islam di dalam Barisan Nasional.

ditulis oleh Ipoh Malay di sini http://ipohmalay.blogspot.com/2009/10/kimma-perlu-dijadikan-anggota-bn.html

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Video Dialog Penduduk Seksyen 23 dengan MB Selangor

September 6, 2009 · Leave a Comment

- Sebelum ini tidak pernah kecoh hingga hampir bergaduh.

- Tidak kira siapa yang membantahnya tentu ia berpunca dari kekalutan pentadbiran Pakatan Rakyat yang tidak mementingkan pandangan rakyat walau menggunakan nama ‘rakyat’ dalam pakatan ‘ yang rosak’ tersebut.

- Rakyat tentu tidak akan ditipu kali kedua dalam PRU selepas ini. Mereka akan membalas kembali segala yang mereka rasai hari ini dengan menolak PR dalam next election.


→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Nik Aziz sama dengan Menteri Yahudi Israel

August 24, 2009 · Leave a Comment

Mereka sama pada satu perkara : iaitu mengucapkan kata – pergi jahanam.

Jika Menteri Israel mengatakan pergi jahanam kepada Hosni Mubarak maka Nik Aziz pula kepada UMNO…

Sama perangai walau agama tak sama. Apa citer ni ?

Hang pa tengok balik isu ini di laman berita Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

ok chow la…

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Resolusi BPN edisi 7 / 2009 – Anwar pengkhianat

August 16, 2009 · Leave a Comment

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.

Yang benar,

Panglima Perang Cyber,
Ydp Blogger Pembela Negara
Ahad 11.03 malam
15 Ogos 2009

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Sultan Azlan Shah bertitah membidas pengkhianat negara !

August 12, 2009 · Leave a Comment

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Sultan Azlan Shah memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.

Sultan Perak menegaskan, negara juga terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu.

Titah baginda, jika tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan ‘budaya bernegara’ secara sivil untuk diambil alih oleh ‘kaedah bernegara’ yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi ‘makanan’ kepada yang kuat.

“Oleh itu, undang-undang perlu dipertahankan sebagai instrumen penimbang tara, tidak harus sama sekali dijadikan instrumen politik atau dipolitikkan.

“Kriteria pertimbangan untuk menggubal, menghapus atau meminda undang-undang hendaklah diasaskan kepada kepentingan negara, kepentingan keselamatan dan kepentingan rakyat jelata,” titah baginda.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah demikian sewaktu merasmikan Istiadat Konvokesyen UM Ke-48 di Dewan Tunku Canselor, UM di sini hari ini.

Hadir sama tiga Pro-Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah, Toh Puan Dr. Aishah Ong dan Tan Sri Siti Norma Yaakob serta Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub dan Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Sempena istiadat itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kemanusiaan) bagi menghargai jasanya kepada negara.

Istiadat enam hari itu menganugerahkan ijazah kepada 6,863 graduan ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma.

Dalam pada itu, Sultan Azlan menjelaskan, kedaulatan undang-undang adalah suatu istilah lumrah, mudah disebut dan enak didengar namun susah hendak ditakrif serta diimplementasi malah amat sukar pula difahami dalam erti kata sebenar.

Tegas baginda, istilah kedaulatan undang-undang kadang kala diberi takrifan yang mengandungi unsur-unsur emosi untuk menyesuaikan dengan kehendak sesuatu pihak dan bukannya takrifan yang adil, benar, tepat dan berani berpandukan prinsip undang-undang.

“Lalu berlaku amalan menyimpang daripada semangat pemerintahan yang adil dan saksama hingga membolehkan terjadinya perbuatan salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan.

“Di pihak rakyat jelata pula, berlaku perbuatan yang bukan saja tidak menghormati undang-undang malah secara provokatif mencabarnya dengan tujuan mencetuskan huru-hara dan kekacauan agar kerajaan yang sah tidak dapat berfungsi secara berkesan,” titah baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Azlan menitahkan rakyat supaya membuat pertimbangan secara arif berhubung peristiwa-peristiwa yang dicetuskan secara tersurat dengan niat tersembunyi yang tersirat.

“Warga yang arif dan bijaksana perlu melihat sesuatu isu yang dibangkitkan dan tindak-tanduk politik yang sedang berlaku dari segi konsistensi suara dan perjuangan.

“Ia supaya negara yang aman lagi makmur ini tidak terjerumus dalam kancah huru-hara yang berterusan hingga sumber negara menjadi kurang produktif,” titah baginda.

http://www.utusan.com.my

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized