


Chegubard ahli kuat PKR. Kawan rapat Ezam. Penentang Khairy Jamaludin di Rembau. Kalah dan membuat petisyen di Mahkamah dan kalah lagi. Malu malu mengaku ‘ ingin ‘ menyeberang UMNO tetapi serba salah mengenangkan adakah BN semakin kuat atau PR akan mendapat mandat rakyat !
Boikot media maknanya tidak mesra media. Tindakan PR memboikot tidak susah difahami kerana mereka ingin kebebasan bersuara dan akhbar mengikut acuan mereka sendiri.. Pendek kata jika ada kata kata menyinggun perasaan mereka, itu bukan kebebasan pada definisi minda mereka.
Walhal mereka juga tidak ada ‘ belas kasihan’ di dalam menyerang kerajaan. Menyerang Perdana menteri dan ahli kabinet. Menyerang dan menghina Melayu UMNO.
Itulah, cakap tak serupa bikin.
Kan bagus Anwar memberi contoh terbaik dengan tidak memboikot mana mana akhbar dan melarang mereka dari membuat liputan meskipun ia boleh mengancam kelangsungan hayat PR dengan perang saraf dari akhbar ‘ penyebar fikiran rakyat ‘ itu. Kerana Utusanlah penjaga keistimewaan Melayu @ Islam dari zaman berzaman..
Sebab itu Pakatan Rakyat ( baca : non bumiputera dan Melayu liberal ) inginkan Utusan dihalang dari membela ketuanan Melayu di negara kita..
Jumpa lagi.




