Kesian kepada mereka yang bersungguh sungguh membawa hasrat agama menjadi pendamai antara dua pihak bersengketa. Namun ia tidak semudah itu kerana ia tidak sekecil itu juga pahala hasil perdamaian jika benar ia berjaya dipraktikkan.
Kickdefella dengan lebih ganas dan berani telah menjadikan sasaran dan kecamannya terhadap Nasharuddin – Timbalan Presiden PAS yang tentu lebih tinggi jawatannya dari Husam Musa – bos beliau – dengan mengaitkan dakwaan menipu dan memperdaya rakyat melalui petikan kata kata yang berbelit dan tidak tepat.
gambar : Timbalan Presiden PAS – dengan Ustaz Haron Taib,
yang mesra dengan golongan Ulama dan menolak golongan liberal dalam PAS …
Selain itu Kickdefella, Penarekbeca juga seperti ‘gila akal’ dengan tajuk muzarakah ini dan hari demi hari satu persatu kejian dan makian dihamburkan demi menahan hasrat mengadakan rundingan sesama agama dan bangsa yang pasti akan meruntuhkan Pakatan Rakyat yang jelas tidak ada asas perjuangan menegakkan ketuanan agama yang cuba dipinggirkan golongan liberal seperti Husam Musa, Kickdefella dan golongan radikal seperti Penarek Beca.
Baca di -klik sini – betapa ‘gilanya’ tulisan beliau hingga menggambar UMNO laksana babi dan orang menasihat tentang muzakarah itu seperti orang bodoh. Adakah kerana beliau sudah ‘disumpah’ pemimpin pemimpin PAS kerana mendedahkan rahsia parti ?
Siapa boleh menafikan suara Husam adalah suara Kickdefella ? Siapa dapat menafikan betapa akrab dan dekatnya hubungan dua ‘ beradik tidak sebapa seibu’ ini yang mana jika benar benar Husam Musa tidak menyenangi sesiapa sekalipun, tentu beliau tidak akan tergamak mengarahkan tukang tulisnya ini menyerang dan membelasah musuh yang menyongsang dari aspirasi beliau sekarang ini ke arah menjadi MB Kelantan selepas kepergian Nik Aziz nanti !
Atau menjadi PM Malaysia selepas sesiapa turun nanti ?
Husam Musa mungkin merasakan Anwar dapat merealisasikan cita cita politiknya itu dan sekarang saya melihat usaha beliau dan Kickdefella menyerang mereka yang ingin lari dari pakatan adalah usaha menunjukkan ketaatan atau kesetiaan. Sama ada ada suruhan dari Anwar atau tidak, tentu ia tidak menjadi soalan kerana dalam politik berbagai jenis permainan boleh dimainkan mengikut jenis agama dan tahap iman mereka.

Gambar : Kickdefella Sedang menyedut asap,
sambil cari idea dan fikir nak bantai Pak Lah dan Hj Hadi lagi ?
Baca di bawah agenda menjatuhkan kredibili Nasharuddin Isa dengan ‘ganas’ dan ‘radikal’ sekali tanpa mercy terhadap orang kanan Hj Hadi ini. Adakah ini pukulan satu batu dua mangsa ?
Baca juga misi dan visi beliau :
“I run to PAS not to be with Abdullah, I am here to kick him harder! I thought together we can give that fatal overhead-flying-kick that will send the fella down under, forever” – Sheih Kickdefella.
Klik di sini membaca ‘komen ganas’ beliau tentang arkitek perpaduan Melayu Islam yang dibenci oleh sesetengah orang ini.
Mari kita doakan Kickdefella akan berhenti menjadi batu api menyekat perpaduan dan muzakarah. Benci jangan terlalu benci, sayang jangan terlalu sayang.
Wallahu A’lam.




