Keris Pusaka Melayu

Entries from August 2008

Merdeka !!!! dan antara tugas menjadi Anak Merdeka !

August 31, 2008 · Leave a Comment

Salam Merdeka …

Artikel ini ditulis di saat sudah hampir tirai merdeka menutup tirainya dan Ramadhan bakal menjengah ke tirai kehidupan kita.. Pertengahan antara kemeriahan kemerdekaan dari penjajahan ke satu medan peperangan antara nafsu / syaitan dan perintah Tuhan.

Kemerdekaan kerana kita mencapai kemenangan. Kemenangan dari diikat oleh penjajah yang menguasai kita hingga urusan kita ditentukan sesuka hati bukan kita menguasai dan menjadi ketua atas mereka.

Peperangan antara nafsu / syaitan dengan perintah Tuhan pula menguji adakah benar kita sudah merdeka dengan erti kata hakiki bukan lagi fantasi. Jika nafsu dijajah hingga kita menahan diri dari makan minum seks dan mengumpat serta membuat sangkaan buruk terhadap manusia maka kita telah berjaya menjajah diri dan memerdekakannya dari penjajahan syaitan. Jika tidak, kita telah menjadi hamba di badan merdeka..kerana mengikut perintah syaitan dari perintah Allah…

Kemenangan kita mendapatkan kemerdekaan 51 tahun lalu diperolehi dengan mudah walau ada juga nyawa terkorban semasa mempertahankan negara. Kerana dibandingkan dengan negara lain kita sangat bertuah kerana dengan perundingan kita memperolehi kemerdekaan.

Bayangkan pejuang negara lain terpaksa berperang dan mempetaruhkan nyawa dan mengorbankan harta serta meninggalkan anak isteri.Hingga ramai menderita dan sedih atas apa yang mereka rasa dan lihat !

Semua dibuat walau berat kerana mengenangkan kemerdekaan memerintah bebas dari pengaruh asing adalah nikmat yang bakal diwariskan kepada generasi anak cuc selepas mereka. Bukan untuk kesenangan mereka sebenarnya..

Apa tugas kita selepas memperolehi kemerdekaan tanpa setitik peluhpun dicurahkan oleh kita sebagai anak merdeka ini ?

Adakah dengan membalikkan bendera yang sangat dipertahankan selama ini oleh pejuang negara ?

Adakah dengan mencari keseronokan hidup dan melupakan tugas sebagai warga negara Malaysia ?

Kita perlu membuat pengorbanan dengan mencurahkan masa akal dan tenaga untuk mempertahankan kemerdekaan kita ini. Sesuatu yang serius perlu dibuat.

Cadangan saya :

1. Mengkaji di mana sumbangan anda melalui kepakaran yang anda miliki boleh disumbangkan kepada kemakmuran dan keselamatan negara. Contohnya : jika anda menjadi seorang tukang kayu, di manakah khidmat bakti anda boleh diberi untuk membantu sesiapa yang masih dilanda kesusahan memiliki kediaman yang selesa. Anda boleh  jadi menemui wakil rakyat kampung anda dan mencadangkan kepada mereka usaha anda dan apa yang ada untuk disumbangkan… Soal pengiktirafan ? biarkan Allah membuka hati siapa siapa yang sudi mengangkat usaha anda atau doakan saja ia dilupakan orang ..itu lebih afdhal.

2. Menyekat usaha langsung atau tidak langsung usaha meruntuhkan negara. Seperti askar melawan komunis kerana mereka akan melaksanakan kekejaman dan menyekat pengamalan agama di dalam kehidupan. Justeru jika kita sayangkan agama dan tidak ingin ia ditarik oleh Allah dengan penguasaan komunis maka kita kena berjihad melawan mereka dengan sekuat tenaga yang kita dapat berikan.

Begitu juga zaman sekarang melawan melalui usaha mempengaruhi pengundi. Jika kita biarkan pengundi dipengaruhi oleh persepsi bahawa pemerintah sekarang tidak adil, menekan bukan Melayu dan membawa kepada kejatuhan kuasa politik Melayu yang ditatang zaman berzaman, maka kita kena wajib berjuang untuk memastikan ia tidak akan berlaku. Kerana ia juga usaha menyekat golongan yang ingin meminggirkan Islam selepas 50 tahun ia dijulang di negara yang gemilang ini…

3. Mengumpulkan pejuang pejuang negara di dalam membentuk kesatuan yang kuat berpaksikan cinta Allah dan Rasul serta memahami kepentingan menjaga agama dan bangsa serta berhasrat menjadi penjana keamanan dan perpaduan sesama warga Malaysia di mana jua mereka berada. Kerana perjuangan bersendirian tidak menjamin mendapat bantuan dari Yang Maha Perkasa kerana ‘tangan Allah bersama sentiasa dengan Jemaah’…

Insya Allah jika ini kita lakukan dan fahamkan maka kita telah berusaha dengan kadar apa yang kita ada untuk memberi kembali atas apa yang dikurniakan kepada kita selama ini…

Selamat Merdeka dan juga Selamat Berpuasa !!!

Categories: Uncategorized

Amin Iskandar @ black sah agen Amerika bersama Anwar !

August 30, 2008 · Leave a Comment

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September ?

.fullpost{display:inline;}

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?
Keterangan foto – Panelists, current and former members of NED’s Board of Directors, as well as representatives of NED’s core institutes and the Library of Congress pose for an official picture marking the donation of its founding papers by NED to the Library. L to R: Panelist Anwar Ibrahim, former NED Vice Chairman Tom Donahue, NED board member Judy Shelton, former NED Chairman and US Senator Bill Brock, IRI President Lorne Craner, panelist Zainab Bangura, NED Treasurer Robert Miller, NED Secretary and panelist Jean Bethke Elshtain, Solidarity Center Executive Director Ellie Larson, John Earl Haynes of the Library of Congress Manuscript Division, NED President Carl Gershman, NED board member Howard Wolpe, Former Senate Majority Leader and NDI board member Tom Daschle, US Representative and NED board member Gregory Meeks, NDI President Ken Wollack, CIPE Executive Director John Sullivan, US Representative and former NED board member Donald Payne.

Sumber foto klik di sini

Foto di atas adalah keluarga besar NED yang termasuk di dalamnya adalah tiga cabang lain iaitu IRI, NDI dan CIPE. Anwar termasuk salah seorang daripadanya yang dilantik menjadi perunding/ panel. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (?), beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Nasrani dan Yahudi yang menjadi pemain utama belakang tabir kerajaan Amerika berkaitan dengan dasar luar negara.

Sila klik pada foto untuk besarkan imej. Kertas Penamaan calon yang ditulis oleh Anwar semasa penamaan calon di Permatang Pauh baru-baru ini. Di dalam kolum pekerjaan, beliau menulis, pekerjaannya sebagai “PERUNDING”. Apakah maksud “Perunding”? Adakah bermaksud “Perunding” / Panelist NED, instrumen Amerika Syarikat ? Atau “Perunding”, CFR (Council on Foreign Relations), juga instrumen penting dasar luar negara Amerika Syarikat? . Tetapi dalam writ saman Anwar kepada Chandra Muzaffar, beliau menulis jawatannya sebagai ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations, New York. Klik di sini untuk melihat jawatan Anwar dalam writ saman mahkamah itu.

Artikel ini menganalisis peranan NED dan IRI dalam membantu Anwar menghadapi pilihanraya umum dan merealisasikan cita-citanya menjadi PM, 16 September ini.

Apa itu IRI ?

IRI atau International Republican Institute adalah ‘nonprofit organization’, kerajaan Amerika.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda ‘demokrasi’ di dunia.

IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya.

Kata Bush, “I appreciate the work IRI is doing to advance the cause of liberty. For more than two decades, IRI has been at the forefront of democratic change in more than a hundred countries. You’ve trained the next generation of leaders, you’ve strengthened political parties, you’ve monitored elections, and you’re helping to build civil societies.”

“If the Middle East remains a place where freedom does not flourish, it will remain a place of stagnation and resentment and violence ready for export. The United States has adopted a new policy, a forward strategy of freedom in the Middle East; a strategy that recognizes the best way to defeat the ideology that uses terror as a weapon is to spread freedom and democracy.”

Berdasarkan ucapan Bush ini, tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan “demokrasi” ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah ‘penyusupan masuk’,kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga ‘peperangan’.

Salah satu boleh digunakan, mengikut kaedah yang lebih berkesan.

Mungkin sesetengah negara,(misalnya Indonesia dan Malaysia) memadai dengan cara ‘penyusupan’ dan bantuan dana dalam pilihanraya, tanpa melibatkan ketenteraan.

Manakala di Timur Tengah pula, seperti di Iraq dan Afghanistan, kaedah penyusupan dan ketenteraan didahulukan, kemudian diikuti dengan peranan IRI dalam menguruskan pilihanraya.

Dalam erti kata lain, selepas perang IRI akan berfungsi menaja calon dan parti untuk mengangkat ‘Presiden boneka’, yang pro Amerika Syarikat.

IRI ‘nonprofit organization’ kembar NED agenda terselindung Amerika

Term ‘nonprofit organization’ bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud ‘badan yang tidak mementingkan keuntungan’ adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Taraf IRI tidak sama dengan NGO, kerana badan itu merupakan satu agensi yang diluluskan oleh kerajaan Amerika. NGO boleh dibuat oleh sesiapa secara sukarela tetapi agensi IRI merupakan badan yang disahkan oleh kerajaan Amerika. Semua urusan perlantikan Ahli Jawatankuasa, mestilah dipilih oleh kerajaan Amerika.

Sejarah awal penubuhan IRI sebagai merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.

Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika ‘menawan’ dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah ‘hitam’.

Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah ‘putih’ bertemakan ‘demokrasi’ yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Maka NED adalah badan induk ‘demokrasi’, manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya. Menurut Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai ‘demokrasi’ iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise)

NED President Carl Gerhsman (kiri), Lorne Craner,(dua dari kanan)

Peranan IRI dan NED dalam misi menakluk dunia telah dijelaskan dalam beberapa artikel sebelum ini; Bagaimana CIA & USAID menyeludup masuk dalam NED,(klik artikel ini). Bagaimana NED & IRI membantu individu dan parti yang bertemakan “reformasi” dalam pilihanraya (klik artikel ini) dan bagaimanakah NED membantu Anwar Ibrahim secara khusus untuk merealisasikan cita-cita menjadi PM, 16 September 2008 (klik artikel ini)

Bagaimana IRI membantu Anwar di luar negara ?

Sudah disimpulkan sebelum ini bahawa IRI adalah salah satu cabang NED. Bermakna setiap program yang dianjurkan oleh NED yang melibatkan Anwar, maka secara automatik, IRI juga akan turut serta.

Misalnya pada 22-23 April 2005, Lorne Craner,Presiden IRI, dalam program ‘6th Annual Conference’, Center for the Study of Islam & Democracy (CSID), di Marriot Wardman Park Hotel, Washington, anjuran NED, berucap memuji-muji Anwar yang dianggap sebagai “hero baru dunia kini”.

Lorne Craner, Presiden IRI

Kata Lorne Craner, “Tonight, I am on the same platform as Anwar Ibrahim. The best part of being in my line of work is the people you get to meet, the heroes of our time. Anwar Ibrahim is a hero of our time”. Baca teks ucapan Lorne Craner di sini.

Pujian daripada Presiden IRI yang mewakili kerajaan Amerika kepada Anwar sudah tentu mempunyai makna besar. Tokoh-tokoh Amerika akan memuji individu yang disukainya seperti Hamid Karzai (Afghanistan) dan akan mengecam individu yang tidak disukainya seperti Saddam Hussein (Iraq).



Hamid Karzai, terus melawat Presiden Bush di Washington DC, sebaik sahaja dipilih menjadi Presiden Afghanistan yang baru.

Apabila Amerika mengecam Saddam, pelbagai usaha dilakukan untuk menjatuhkannya termasuk langkah terakhir menggunakan ketenteraan. Selepas kejatuhan Saddam, Amerika akan menggunakan agensi demokrasinya (NDI & IRI) untuk mengangkat Presiden boneka di Iraq. Menariknya Hamid Karzai merupakan Presiden Boneka Amerika di Afghanistan, selepas tentera Amerika berjaya memusnahkan rangkaian Osama Laden, Taliban di Afghanistan.

Saddam Hussein, Pemimpin Iraq, yang tidak disukai Amerika telah dihukum gantung. Paul Wolfowitz (kawan baik Anwar), yang ketika itu menjawat Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika banyak menghabiskan wang kerajaan Amerika semata-mata untuk membunuh Saddam Hussein.

Lebih menarik lagi pemikiran Anwar dan Amerika sehaluan, kerana Anwar juga mengecam Saddam Hussein dan memuji Hamid Karzai!

Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005” anjuran CSID dan ditaja NED.Tetamu yang hadir menyaksikan penyampaian anugerah kepada Anwar itu adalah, Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Pada 7 April 2006, Anwar dalam wawancara dengan Julia Kirby, Research Assistant, Pew Forum on Religion & Public Life, di Washington memuji langkah IRI, NED, USAID, NDI sebagai usaha menyemai demokrasi di Asia Tenggara, walaupun menghadapi kesulitan.

Kata Anwar, “I know of organizations being harassed, and people are worried that they are identified as a threat simply because of their religious beliefs or cultural background. The government can work to moderate and build trust with the people. I have cited organizations, such as USAID, the National Endowment for Democracy, the International Republican Institute, the National Democratic Institute, the Peace Corps and various other think tanks that take the more liberal, open view without compromising the fundamentals. You see, there is always this difficulty that one small incident will dismantle the entire fabric of our agreement, and this is really difficult for us to accept”

Kenyataan Anwar ini mengesahkan peranan agensi-agensi Amerika itu memainkan peranannya di negara-negara Asia Tenggara.

Klik di sini untuk ikuti wawancara penuh.

Bermakna peranan IRI dan NED adalah sebagai badan penaja dan pelobi Anwar di peringkat antarabangsa. Bahkan Anwar sendiri merupakan ahli panel perunding dan penceramah tetap NED (seperti yang ditunjukkan dalam foto di atas)

Klik pada foto untuk besarkan imej. Pemimpin-pemimpin PKR menghadiri kursus menghadapi pilihanraya umum yang dianjurkan oleh NDI, sebuah agensi Kerajaan Amerika yang pakar dalam menghadapi pilihanraya umum di seluruh dunia. Progam ini diadakan pada 20 November 2006, di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Antara pemimpin PKR yang hadir adalah Dr Xavier Jayakumar, Mustafa Kamil Ayub, Kamarul Baharin Abbas, Sivarasa Rasiah, Khalid Ibrahim, Johari Abdul, Amiruddin Shaari, Haniza Talha dan lain-laian. Foto ini disiarkan dalam organ PKR, Suara Keadilan terbitan 28 November – 12 Disember 2006

Sebab itu apabila, Anwar sekali lagi dilaporkan mempunyai kes liwat (2008), IRI dan NDI antara badan yang telah menghantar memorandum sokong Anwar.

Bagaimana IRI bantu Anwar di Malaysia ?

Dua NGO yang dibantu oleh IRI di Malaysia adalah Merdeka Center (badan penyelidikan) dan MAFREL (badan pemantau pilihanraya). Kedua-dua NGO ini mempunyai kaitan rapat dengan Anwar.

MAFREL

MAFREL atau ‘Malaysians for Free and Fair Elections’ diketuai oleh aktivis reformasi iaitu Abd Malek Hussin.

Selain itu AJK MAFREL terdiri daripada NGO yang menentang kerajaan seperti Syed Ibrahim Syed Noh (JIM) yang memegang jawatan Timbalan MAFREL.

Abd Malek sendiri mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI sehingga mampu membayar bangunan pejabat dan tenaga pekerja serta pemantau pilihanraya. IRI sendiri mengakui melatih MAFREL dalam kursus-kursus pemantauan pilihanraya.

Sebelum ini, pernah ditulis sepintas lalu, kaitan MAFREL (Malaysia), ANFREL (Asia) dan IRI (Amerika). Baca artikel itu di sini.

Persoalannya benarkah MAFREL badan pemantau pilihanraya yang bebas, sedangkan aktivis-aktivis pendokongnya terdiri daripada penyokong Anwar ? Malah sebelum ini, setiausaha MAFREL adalah Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah), sekarang ini menjadi Naib Ketua Angkatan Muda PKR.

Bukankah IRI merupakan penaja Anwar di luar negara dan penaja MAFREL di Malaysia ?. Bukankah ini bermaksud ‘tangan’ Anwar berada di belakang MAFREL ?

Anwar Ibrahim dan Abd Malek Hussin, Pengerusi MAFREL. Ada dakwaan mengatakan segala dokumen sulit pilihanraya Malaysia yang dijalankan oleh MAFREL (tajaan IRI) akan diserahkan kepada Anwar untuk tindakan selanjutnya. Dakwaan ini dibuat berikutan penajaan MAFREL dan Anwar berasaskan sumber yang sama.

Tidakkah kemungkinan MAFREL bukan badan pemantau bebas, tetapi lebih bias kepada Anwar kerana berasaskan sumber dana yang sama iaitu Amerika ? Mungkinkah juga IRI digunakan sebagai saluran dana membantu Anwar di Malaysia melalui MAFREL ?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjadi kerana Malek, sebagai Pengerusi MAFREL baru-baru ini dikhabarkan telah dilantik Setiausaha Politik kepada Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR.

Merdeka Center

IRI juga turut menaja badan penyelidikan bebas yang dinamakan Merdeka Center, yang ditubuhkan pada 2001, berpejabat di Bandar Baru Bangi.

Selain mendapat tajaan IRI, badan itu juga turut ditaja oleh dua badan penaja lain iaitu The Asia Foundation dan Fredrich Naumann Foundation (FNF). The Asia Foundation yang selalu bermain di sebalik tabir, turut menyalurkan dana kepada Merdeka Center untuk membuat kajian menentukan kecenderungan pengundi muda Malaysia.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ialah Ibrahim Suffian.

Berdasarkan penajaan badan penyelidikan ini jelaslah, kesemua penaja itu merupakan penaja Anwar, sebab itu sering disebut Merdeka Center adalah badan penyelidikan di bawah seliaan Azmin Ali, Naib Presiden PKR.

Kesimpulan

Sumbangan IRI sangat besar membantu Anwar dalam pilihanraya Malaysia. Sumbangan tersebut dari segi pemberian dana, pemantauan pilihanraya dan kajian sikap. Kesungguhan IRI ini membayangkan kerajaan Amerika telah mensasarkan Anwar bakal diangkat menjadi PM Malaysia sepertimana yang pernah diramalkan oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post.

Apakah cita-cita Amerika menaja Anwar melalui NED dan IRI ini untuk menjadi PM akan tercapai 16 September ini ?. Kalau berjaya, bermakna benarlah slogan Anwar, “MERDEKA”, sebagai menyahut seruan menjadi PM 16 September ini.

Tidak seperti di Afghanistan, Amerika terpaksa menghantar tentera untuk mengangkat Hamid Karzai sebagai Presiden, tetapi di Malaysia, sejarah “kemerdekaan” tidak melibatkan kuasa peperangan, tetapi sebaliknya melalui proses rundingan.

Tetapi di Malaysia, Amerika tidak memerlukan kuasa tentera, sebaliknya perlu menyuntik dana yang cukup untuk proses ‘rundingan’ dengan ahli parlimen BN yang bakal melompat parti.

AIDC
29 Ogos 2008

Categories: Uncategorized

Mukhriz masih tak puas hati Pak Lah undur 2010 – Malaysiakini

August 29, 2008 · Leave a Comment

Baca berita di S.I.N.I.

Mukhriz juga antara peminat setia peralihan kuasa. Sebab apa ? Faham faham sajalah. Jika orang kita desak turun, tentu orang mendesak akan mendapat ’sesuatu’.. Kira berjasa dan patut dikenang jasanya.

Muhyidin juga sudah mula berbunyi selepas diam dengan pelan hebat Pak Lah bertajuk PERALIHAN KUASA. Ia berjaya menutup mulut mulut dari bising dan mengganggu kerja Pak Lah dan jemaah menteri utk majukan lagi negara kita ke tahap seterusnya.

Muhyidin dan Mukhriz memang bermati matian desak Pak Lah turun, tindakan terdesak tak ubah macam Anwar juga. Apa guna desak orang masih berkuasa..

Jika zaman bapa Mukhriz berkuasa dulu rasa dua ‘tokoh perasan baik’ ni tak lama mesti kena apa apa jua tindakan yang dirasionalkan Mahathir.. semata mata mematikan langkah pengkritik Mahathir.

Ramai dah kena dan ramai jadi takut hingga dilihat suasana sangat aman damai kerana semua sudah disapu bawah karpet.

Jadi suara orang ‘histeria’ kerana kedegilan Pak Lah turun ini pasti datang apabila bulan mengambang. Selepas kalah dan disabotaj hampir 12 ribu ahli UMNO / BN sendiri ( jangan baca : Mahathir dan geng hasut ) tentu ramai lagi akan ‘kena histeria’ ini untuk mendesak PAK LAH TURUN…

Jadi mereka sama sahaja dengan pembangkang. CUma BERPULUH KALI GANDA LEBIH BAHAYA kerana mereka ahli UMNO dan pembangkang tidak.

Bukanakan pura pura Islam Munafik dibakar neraka paling dalam ( lebih teruk penyembah berhala ? ) kerana sikap talam dua muka ???

Moga pagi jumaat ini ada rahmat untuk kita bukan azab…Wassalam.

Categories: Uncategorized

Polis akan tangkap Kickdefella – isu bendera terbalik !

August 27, 2008 · Leave a Comment

Ini berdasarkan komen ‘lawak’ atau ’sinis’ barangkali oleh tuan nick di bawah…

Saya tergelak kerana ia cukup sini dan tentu Sheih Azidi tidak perlu risau ditangkap bahkan bagi saya, beliau boleh memanggil dengan segera polis menangkapnya agar setanding dengan Anwar yang baru menjadi wira ‘khayalan pakatan rakyat’ dengan memenangi pilihanrayat terburuk dalam sejarah negara ekoran kekasaran dan kekerasan sepanjang kempen dan hari pengundian…

RPK juga semakin popular dengan ditangkap polis dan Kickdefella memang tidak ada masalah apa apa untuk mencubanya selepas berani membuat kempen balikkan bendera negara. Satu tindakan tidak pernah dibuat oleh mana mana ‘ANAK HALAL MALAYSIA’ dari dulu hingga saat sebelum ia dimulakan oleh Kickdefella.

Saya rasa patutlah monsterball menyuruhnya lari sebab polis akan sibuk mencari blogger yang buat kerja tak senonoh ini dan pertama sekali tentulah ketua gengster melayu siber ini.. Jika bermoral kita panggil gangstarz. Tak bermoral terpaksa saya tuliskan gengster..

monsterball (21:17:28) :

Now election is over…6000+ police will return home…with few instructed by IGP to tamkap you.
Now is your turn to run!
Kiss all your children goodbye for few months.
Rented a room in hatyai for you…..best only male room with 25 prostitutes resting house….no nonsense there.

See…papa monsterball love you so much.

Menariknya : komen orang sama di bawah lagi :

monsterball (08:29:13) :

I really love Sheih !!
He now have no up-sides down flag.
Hope i did knock some senses into his stubborn head.
Whatever will be will be…and I will stand by him.
So are few NGO guys.
Yes all my needling..right or wrong is out of love for Sheih…as papa monsterball.

Maknanya Kickdefella masih ada ‘kewarasan’ dan sanggup membetulkan kesilapan dengan mengubah sesuatu yang tidak perlu ditegakkan di saat saat negara diuji dengan berbagai cubaan dalam dan luar ..
Maknanya Pak Lah cukup berkata kata dari jauh untuk menasihati blogger Kickdefella ini dan nampaknya ia sudah meresap ke sanubari dan diharapkan yang lain akan turut sama mengikut jejak langkah beliau ini nanti.

teringat nyanyian Sarimah feat P Ramlee dalam filem ( lupa daa ) :
Buang yang keroh ambil yang jernih.. Baru teguh Peribadi….
Polis tak payahlah tangkap Kickdefella ini. Dia sudah bertaubat dan orang bertaubat tentu disukai Allah.
Apa komen anda ?
marilah kita sambut merdeka dengan bangga sepenuh jiwa…

Categories: Uncategorized

Imam Ramlang Poringi = dipaksa atau di… oleh penyokong PKR ?

August 26, 2008 · Leave a Comment

Saya mengikuti kisah Imam ini yang awalnya dikutuk ekoran PKR sudah tiada mangsa lagi untuk dijadikan sasaran selepas doktor HKL, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Perdana Menteri dan termasuk TPM sendiri.

Anda lihat gambar Ramlang Poringi di link bawah :

http://wrlr.blogspot.com/2008/08/ramlang-porigi-imam-masjid-wilayah.html

dan bandingkan pula komentar blogger wartawan reformasi tersebut selepas beliau menyampaikan ‘tazkirah ten minutes’ atas pentas PKR dua malam lepas :


http://wrlr.blogspot.com/2008/08/ramlang-porigi-hadir-di-pentas-pakatan.html

Adakah ini ketelusan penulisan tajaan PKR ? adakah dengan menghina imam ini satu taktik ingin menukar pengakuan agar ‘nyawa’ Anwar dalam politik akan berpanjangan ?

Ingat, saya tidak memetiknya dari blog pro kerajaan . tetapi dari laman rasmi wartawan reformasi sendiri. Jadi, akhirnya anda fikirlah sendiri bagaimana perangan orang PKR ini dan tentukan adakah anda ingin menyokong mereka lagi ?

Pastikan No Vote To Anwar hari ini !!!!!

Categories: Uncategorized

Tun Mahathir yang sudah ‘tidak relevan’ menyokong bendera diterbalikkan demi menunjukkan benci kepada Pak Lah!

August 24, 2008 · 3 Comments

Saya masih tidak faham kenapa saban hari ada ada sahaja yang dilakukan oleh bekas PM kita ini demi menunjukkan kebenciannya kepada Pak Lah. Bahkan isu suram sambutan merdeka pun dikaitkan dengan Pak Lah. Isu kenyataan mengutuk bendera diterbalikkan oleh Kickdefella juga dibantah.

Tun Mahathir sudah tidak relevan lagi… Semakin banyak Tun bercakap semakin rosak negara Malaysia. Sikap Tun Mahathir ‘bagaikan gila talak’ ingin menjadi PM memalukan semua penyokong dan peminat Tun sendiri.

Pak Lah juga yang semakin tenang mendengar satu persatu komen Tun terhadap beliau. Sikap sabar dan pemaaf Pak Lah menaikkan lagi ’saham’ Pak Lah di mata rakyat.

Tun Mahathir sepatutnya berhenti dari menyerang peribadi dan kerja Pak Lah. Biarkan stail beliau menjalankan pentadbiran Malaysia dihormati semua, termasuk Tun Mahathir sendiri selaku bekas bos Pak Lah yang tetap dihormati hingga kini.

Baca di sini komen terbaru ala ala nyanyuk oleh Che Det isu bendera diterbalik oleh Kickdefella……

Categories: Uncategorized

Anwar sudah bertaubat dan akan bersumpah dalam program munajat ?

August 22, 2008 · 2 Comments

Anwar sudah terdesak barangkali. Atau Anwar sudah insaf ? atau ingin bersumpah membela diri ?

Lihat program terbaru Anwar selepas diasak bertubi tubi. Hingga sudah keluar sekarang poster Anwar akan pertahankan hak hak Melayu di dalam kempennya di Permatang Pauh.

Bukankah ini janggal didengar oleh kita semua bukan ? Kerana biasanya Anwar hanya bercakap ketuanan Rakyat ; meliputi yang berkulit gelap dan bermata sepet tanpa menghiraukan hak hak  bangsa kulit langsat macam kita….

Mungkin ini kerana tekanan hebat dari luar negara ? yang tentu sudah tidak sabar lagi menunggu anak didik mereka menjadi PM Malaysia. Atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia mereka menjadikannya senjata menarik sokongan dari bangsa tidak beragama Islam. Hingga hak hak istimewa Melayu ingin dilucutkan.

Namun Anwar semakin ghairah mencari undi. Hingga masjid akan menjadi medan MUNAJAT Anwar, bahkan dengan kehadiran Nik Aziz sendiri selepas kehilangan Hj Hadi dari hadir semasa penamaan calon dan juga semasa kempen.

Mungkin saya terlepas pandang atau memang tiada dalam liputan berita semasa ?

Lihatlah bagaimana Anwar boleh bertukar rupa ! Mungkin juga Nik Aziz ada rahsia mengubat hati Anwar agar segera ‘bertaubat ‘  dan bersumpah tidak buat apa apa di kondo bersama bekas pembancuh kopinya !

Patutlah Mat Sabu kata Anwar lagi bahaya kerana dia pandai menjadi ‘ ahli agama ‘ apabila tiba waktunya….

Mungkin Husam juga akan sertai Munajat tiga malam ini selepas mengapit DSAI di penamaan calon tempoh hari ?

Adakah juga kehadiran Nik Aziz kali ini atas ‘ perundingannya’ dengan Nik Aziz untuk keuntungan mereka bersama ?

Wallahu A’la Wa A’lam…

Categories: Uncategorized

Apabila Orientalis Barat John L Esposito bertamu di rumah Anwar

August 21, 2008 · Leave a Comment

Maaf kerana tidak ada kata kata dapat menambahkan lagi tulisan di bawah…Ia sudah sangat sempurna dan berguna untuk kita. Moga ada ruang anda memahami dengan jelas siapa Anwar dan siapa tetamu dan sahabatnya…Baca di blog asal dengan klik di sini

Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

Berikut merupakan catatan peribadi Anwar di blognya mengenai lawatan John L. Esposito, seorang orientalis, guru Anwar yang menjadi Pengarah Center for Muslim Christian Understanding (CMCU) di Universiti Georgetown, Amerika.

Hayati dan perhalusi apakah maksud tersurat dan tersirat Anwar itu :

Semalam kami sekeluarga melayani sarjana tersohor Profesor John Esposito dan isterinya Jean. Majlis makan malam disertai oleh beberapa teman; Wensi dan isterinya Annie, dua tokoh politik dari Filipina, Profesor Osman Bakar dan isteri; Badariah.

Kami tidak melepaskan peluang untuk berbicara dan berkongsi pandangan mengenai karya John yang terbaru, Who Speaks for Islam yang sudahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Edisi terjemahan tersebut akan dilancarkan pada Ahad ini di Jakarta.

John merupakan Pengasas dan Pengarah Center for Muslim Christian Understanding di Universiti Georgetown, tempat saya mengajar sesi 2005-2006. Kami sebenarnya sudah merancang untuk bertemu cumanya agak kerisauan tidak dapat memenuhi janji tersebut kerana hadir ke mahkamah pada hari Khamis.

Masa yang saya luangkan untuk mengajar di Universiti Georgetown banyak meninggalkan kenangan manis. Sudah pasti jadualnya tidak sebegitu ketat ketimbang jadual saya dan Azizah di Malaysia. Subjek politik Asia Tenggara tenyata menarik minat sekian ramai penuntut cemerlang dan pengamat politik rantau ini. Saya berharap mereka memberi tumpuan saat ini kerana Malaysia sedang melalui detik penting dalam sejarahnya.

Manakala tengahari tadi sebelum bertolak ke Permatang Pauh tamu istimewa dari Indonesia saudara Adi Sasono dan isteri datang berkunjung ke kediaman saya. Adi merupakan mantan Ketua Umum Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia dan sekarang merupakan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia. Di samping menikmati juadah makan tengahari, kami bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terbaru politik semasa Malaysia dan Indonesia

ANWAR IBRAHIM

Berikut pula jawapan Anwar tentang hubungannya dengan John Esposito. Anwar menegaskan kenapakah John Esposito perlu dicurigai kerana beliau merupakan anak murid kepada almarhum Ismail Alfaruqi, bekas pensyarah Universiti Temple, Amerika (guru Anwar)

Saya syorkan Sdr Thales membaca ulasan H Amri. Agak aneh kecurigaan sdr! Esposito merupakan murid almarhum Ismail al Faruqi, sarjana dan pengulas handal menyanggah prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat utamanya di Amerika Syarikat. Ulama serta sarjana Islam saperti Syed Hussin Nasr, Sheikh Nuh dan lain-laim menjalin hubungan baik dengan beliau. Akhirnya bacalah karya terbaru beliau – Who Speaks For Islam?
ANWAR IBRAHIM

Ulasan AIDC

Pertemuan pemikir Islam Amerika

1. Kedatangan John Esposito, Prof. Osman Bakar dan keluarga masing-masing bukan sekadar untuk membincangkan buku karya terbaru John iaitu ‘Who Speaks for Islam’, tetapi untuk memikirkan langkah-langkah yang sewajarnya diambil dalam menangani isu terbaru mengenai kes liwat Anwar dan Saiful.

2. Ini diperkuatkan lagi apabila Anwar tulis turut dihadiri dua tokoh politik Filipina yang juga menjadi sekutu Amerika.

3. Prof Osman Bakar pula merupakan sahabat Anwar paling akrab, sejak dari zaman ABIM hingga sekarang. Beliau merupakan panel pemikir Anwar dan panel pemikir think tank Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Malah sebelum Anwar menjadi pensyarah pelawat di CMCU di Georgetown University, tempat itu sebelumnya pernah dijawat oleh Prof. Osman Bakar.

4. Bernama 16 April 2001 memetik kata-kata Prof Osman Bakar, ketika itu menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Georgetown University, berkata “The United States is the freest country in the world. Historically, Islam flourishes in a society where there’s freedom”.

5. Maksudnya Prof Osman Bakar mengiktiraf America sebagai “Pusat Mekah kedua” untuk golongan-golongan sepertinya menimba Islam. Hujah ini berdasarkan di Amerikalah munculnya pelbagai institusi berjenama Islam yang diistilah oleh Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS sebagai “Islam Amerika” iaitu, Institute of International Islamic Thought (IIIT); the Centre for Studies of Islam and Democracy (CSID); the American Muslim Council; the Council for American-Islamic Relations (CAIR), Muslim American Society (MAS); Muslim Public Affairs Council; and the United Association for Studies and Research.

6. Pusat-pusat pertumbuhan pelbagai institusi ini adalah di pusat pengajian tinggi Amerika seperti Georgetown dan John Hopkins. Pertubuhan Islam itu pula ditaja oleh pelbagai dana dan yayasan Amerika yang kebanyakannya diketuai oleh Yahudi.

7. Misalnya the Centre for Studies of Islam and Democracy (CSID)ditaja oleh dana The National Endowment for Democracy (NED). Pemegang utama dana NED adalah Yahudi neo-konservatif Amerika iaitu Vin Weber (Pengerusi) dan Carl Gershman (Presiden). Klik organisasi NED

Bayangan Orientalis dan Amerika di belakang Anwar

1. Walaupun Anwar cuba melindungi pembacanya mengatakan jangan curiga dengan John Esposito kerana beliau anak murid almarhum Ismail alFaruqi (guru Anwar di Universiti Temple, Amerika yang mati dibunuh) dan Anwar memberi imej positif kepada John sebagai ‘pembela prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat’, namun prasangka Muslim berterusan kerana John tetap Orientalis.

2. Guru Anwar dan John iaitu almarhum Ismail Faruqi pun dicurigai hingga dibunuh dalam keadaan misteri, (ada berpendapat dibunuh kerana mendorong kegiatan homoseksual di kalangan pelajar) apatah lagi melupuskan prasangka ke atas seorang bukan Islam (tetapi banyak tahu mengenai Islam-orientalis) seperti John Esposito.

3. Tidak dapat disangkal oleh sesiapapun John Esposito tetap seorang orientalis, yang nampak bersimpati dengan dunia Islam, tetapi hakikatnya berpihak kepada bukan Islam. Apatah lagi John Esposito merupakan penasihat khas kerajaan Amerika berkaitan dengan hubungan luar di negara-negara Islam. Kalau John Esposito bersimpati dengan dunia Islam, kenapakah beliau tidak menasihati kerajaan Amerika agar jangan menyerang Afganistan, Iraq dan memecah belahkan perpaduan Islam di Palestin untuk menguatkan dominasi Israel?

4. Baca ulasan selanjutnya dalam artikel bertajuk, “Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?”

5. Anwar kata John ‘pembela prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat’. Kelompok ‘pelampau’ anti Islam di Amerika mula berkembang apabila peristiwa 11/9. Tuduhan itu dipromosi oleh kerajaan Amerika mengatakan kejadian letupan bangunan WTC angkara ‘pelampau Islam?’ Iraq. Tidak semena-mena Iraq diserang, walaupun sehingga kini gagal menyiasat siapakah dalang di sebalik insiden 11/9 itu.

6. John tidak pernah bersimpati dengan kelompok Islam yang bercita-cita menegakkan perundangan Islam atau ‘negara Islam’, malah John menuduh kelompok ini sebagai kumpulan teroris.

7. Sebab itu, John menulis buku khas “Makers of Contemporary Islam” untuk memisahkan antara kelompok Islam teroris dengan kelompok Islam Moderate. Menurut John Muslim Moderate merupakan golongan Islam yang sebenar-benarnya Muslim dan beliau hanya menamakan dua tokoh dari ASEAN yang berhak mendapat gelaran Muslim Moderate iaitu Anwar Ibrahim dan Abdul Rahman Wahid (Gus Dur).

8. Bukankah itu merupakan perancangan halus orientalis memecahkan muslim kepada teroris dan muslim moderate. Golongan muslim yang bercita-cita memperkasakan perundangan Islam dilabel sebagai teroris, manakala golongan Muslim yang menolak perindangan Islam dan pro-Amerika dilabel sebagai Muslim Moderate.

9. Persoalannya layakkah umat Islam yang berpandukan Al Quran dan As Sunah perlu mendapat kultus daripada orientalis yang berasaskan pemikiran dan perancangan jahat Amerika?

Rangkaian Islam Amerika

1. Turut disentuh dalam tulisan Anwar beberapa lagi nama-nama muslim seperti Adi Sasono (ICMI), Syed Hussin Nasr, Sheikh Nuh. Semua nama-nama ini merupakan pemikir dan rangkaian Islam Amerika.

2. Adi Sasono adalah pembantu khas kepada BJ Habibie (kawan rapat Anwar, peneraju utama ICMI-Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia). ICMI didominasi BJ Habibie, seumpama ABIM dimonopoli Anwar Ibrahim.

3. Syed Hussin Nasr, adalah warga Iran yang menetap di Amerika dan menjadi pensyarah di George Washington University. Beliau merupakan pemikir Islam yang mempunyai fahaman sama dengan Anwar iaitu dunia Islam perlu tunduk kepada pusat kekuasaan dunia, Amerika Syarikat.

4. Bermakna nama-nama yang catat oleh Anwar dalam tulisannya adalah daripada rangkaian Islam Amerika, jadi apakah ini bermakna kedatangan John menemui Anwar ke rumahnya di Bukit Segambut untuk mendapatkan maklumat lengkap dan terperinci ke atas apa yang berlaku di Malaysia dan laporan itu akan dibawa oleh John ke Amerika untuk diserahkan kepada kerajaan Amerika?

Kesan pengaruh Islam Amerika ke atas Malaysia

1. Guru Anwar adalah orientalis, beragama Kristian. Anwar menjadi pesyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim & Kristian, Georgetown Amerika. Malah Anwar juga penceramah Amerika ke negara-negara Islam bertajuk “Muslim & Demokrasi” yang juga idea gurunya John Esposito.

2. Jadi apakah Anwar warganegara Malaysia, yang Islam merupakan agama rasmi akan membawa idea Islam Amerika ke Malaysia? Idea Islam Amerika adalah mewujudkan lebih ruang kepada agama-agama lain terutamanya Kristian dalam mendapat tempat di Malaysia, membenarkan Muslim murtad dan membenarkan proses penyebaran agama lain ke atas orang Melayu.

3. Apabila perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama rasmi, bermakna Islam mendapat kedudukan yang lebih tinggi di Malaysia, sesuai dengan majoriti penduduknya yang majoriti beragama Islam. Dengan erti kata lain kedudukan agama Islam di Malaysia terpelihara, makhkamah syariah dibentuk dan percubaan untuk murtad di kalangan orang Melayu dihalang.

4. Keadaan ini tidak disenangi oleh aktivis-aktivis Kristian yang memilih PKR bagi merobah status quo yang telah dimiliki agama Islam di Malaysia. Antara aktivis Kristian yang paling lantang ialah Irene Fernandez, Dr Xavier Jayakumar, Dr Jefrey Kitingan, Elizabert Wong dan lain-lain

5. Irene Fernandez secara lantang menyatakan rasa tidak senang dengan kerajaan Malaysia menghalang penerbitan Herald (Majalah Kristian) tidak dibenarkan ditulis dalam Bahasa Melayu. Menurutnya kerajaan Malaysia menghalang penerbitan Herald bagi menghalang masyarakat Melayu membaca ‘kebenaran ‘ agama Kristian.

6. Dr Xaxier Jayakumar, berjawatan Penolong Setiausaha PKR Pusat adalah Aktivis Kelab Rotary, satu pertubuhan Freemason yang ditaja Yahudi.

7. Sebab itu sebaik sahaja Dr. Xavier Jayakumar dilantik exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, proses perkembangan kegiatan IFC mula berkembang di negeri itu.

8. Kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP pula menubuhkan ‘Majlis Silatulrahim Antara Agama’ bahasa lain kepada IFC. Malah, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mengisytiharkan dirinya bukan lagi seorang Islam (murtad) pada 8 Mei 2008.

Anwar and his wife Dr Wan Azizah were surprise invitees of the Catholic Archbishop Murphy Pakiam to the Christmas Day open house hosted by the Christian Federation of Malaysia at Bukit Nanas on December 25

9. Anwar pula dalam wawancara dengan Malaysiakini pada 14 Ogos, menegaskan forum membincangkan isu murtad harus dibenarkan di negara ini.

10. Kata Anwar, “Mungkin kami tidak menjelaskannya dengan baik. Tetapi kenyataan saya cukup jelas – sebelum itu – untuk mengatakan bahawa, sebagai satu prinsip, kita mesti benarkan (forum memeluk Islam) ini

Sambutan hari jadi Anwar ke 61 di Restoran Marche, Kuala Lumpur.

11. Malah lebih tragis lagi dalam membahaskan mana-mana isu murtad di Malaysia, Anwar menyebelahi di pihak bukan Islam. Anwar berpihak kepada Lina Joy, Subashini dan S Moorthy dalam kes murtad mereka.

Foto Majalah ASIAWEEK 11 November 1993, dipetik dari blog Faisal Tehrani

12. Sebab itu jika dilaporkan Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Salman Rusdie, orang yang menghina Rasulullah dalam buku “The Satanic Verses” perkara itu tidak menghairankan.

13. Sokongan Anwar kepada penghina Rasulullah itu (Salman Rushdie) diistilah Anwar sebagai profound writer (karyawan mendalam pengetahuannya) telah disiar dalam majalah ASIAWEEK pada 11 November 1993.


14. Kata Anwar “Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”.

15. Pegangan Anwar dalam prinsip Persefahaman Muslim & Kristian, dijelaskan oleh Anwar sendiri dalam perjumpaan tertutupnya dengan Christian Federation of Malaysia (CFM) di Petaling Jaya kira-kira sebulan sebelum PRU ke 12.

Laporan perjumpaan tertutup Anwar dengan CFM seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini seperti berikut;

Anwar explains his stance to Christian leaders

Terence Netto | Feb 2, 08 11:42am
De facto PKR leader Anwar Ibrahim was subjected to a rigorous examination of his stances on religious issues by about 200 Christian clerics and lay activists and appeared to emerge intact.

There was no variance between his public pronouncements and his private assurances to his inquisitors, an observer at a recent dialogue between Anwar and the Christian leaders noted.

The closed-door dialogue session held in Petaling Jaya on Wednesday morning ran several minutes past lunchtime, which some attendees, assured of anonymity, said was a sign of the eagerness of Anwar’s interlocutors to probe him on issues of deep concern to Malaysia’s 2.2 million Christians. The meeting began at 9.30am.

Organised by the Christian Federation of Malaysia, the dialogue was the first of several the CFM plans to hold with political parties in the run-up to the 12th general election.

Hitherto viewed with suspicion by Christian leaders because of his association with the Islamisation drive by the government inaugurated when he joined Umno in 1982, Anwar and his wife Dr Wan Azizah were surprise invitees of the Catholic Archbishop Murphy Pakiam to the Christmas Day open house hosted by the Christian Federation of Malaysia at Bukit Nanas on December 25. It was a sign that the PKR leader was being viewed in a new light.

For the dialogue session, Anwar was accompanied by PKR information chief Tian Chua and supreme council member Dr. Xavier Jeyakumar.

Anwar told his audience said his Islamist convictions were no hindrance to his defence of a free and democratic Malaysia that adhered to the Merdeka Constitution. He said an independent and impartial judiciary would go a long way to ensure that Malaysians enjoyed the rights vouchsafed them by the Merdeka Constitution.

He said PKR was not in favour of establishing an Islamic state but he, like many Muslims, was averse to the notion of a secular state which to Muslims carries the implication that a God-mandated philosophy had no bearing on public life.

‘Allah’ should be allowed

He said PKR enjoyed a unique advantage in that it could mediate the middle ground between the secularism of the Democratic Action Party and the Islamism of PAS. He said PKR’s mediation of this ground helped to sharpen everyone’s awareness that the rights guaranteed by the Merdeka Constitution deserved upholding.

Anwar said since an entire generation of Malaysians had grown up using Bahasa Malaysia as a medium of communication, he saw no reason why Christian Malaysians in their prayers could not use the Arabic term for God – ‘Allah’.

Probed about his role in the Islamisation campaign by the government instituted when he was part of the ruling party between 1982 and 1998, Anwar denied there ever was an order to take down crosses from mission schools.

He said zealous lower echelon officials may have gone overboard by removing these crosses but these underlings acted of their own volition, and not at executive behest.

Anwar said the widow of the late mountain climber, S Moorthy, should have been allowed to bury her husband because it was she who cared for him.

He said a PKR government would ensure that syariah courts were headed by judges of calibre trained at quality Islamic universities. He said he was in favour of syariah courts enforcing Islamic family and inheritance laws on Muslims but that they should have no jurisdiction over non-Muslims.

Categories: Uncategorized

Pak Lah : balik bendera amat jahat ! @ Kickdefella akan kena ISA ? – Malaysiakini

August 20, 2008 · Leave a Comment

PM: Cadangan bloger terbalik bendera ‘kurang ajar’
Aug 20, 08 3:07pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan cadangan dari seorang penulis blog supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sempena sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu perbuatan “kurang ajar.”

Perdana Menteri berkata perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Melaka hari ini.

Abdullah berkata penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya, demikian menurut laporan Bernama.

“Sahaja nak bagi orang susah dengan buat cerita yang bukan-bukan,” katanya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Cadangan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik itu dicetuskan oleh penulis blog berasal dari Kelantan, Kickdefella, melalui catatannya pada 4 Ogos lalu.

Kata penulis blog itu, pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu perkara yang diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu simbol
kecemasan, dan beliau meminta rakyat melakukannya bagi menyatakan bahawa negara ini sedang dalam keadaan tertekan.

Cadangan beliau bagaimanapun mendapat bantahan dari rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuk juga dari penyokong pembangkang.

Seorang pelawat blog itu menulis bahawa jika di India, pengibaran bendera negara secara terbalik tidak diterima sebagai simbol kecemasan antarabangsa sebaliknya merupakan penghinaan kepada negara itu.

berita asal di sini

Categories: POLITIK

Sumpah Saiful tidak tiru cara Kristian – Mufti Wilayah Persekutuan

August 20, 2008 · Leave a Comment

19-08-2008 10:09:35 PM

KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan pada 15 Ogos lepas tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini.

Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.

“Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah “Amin” (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah “Amin” dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.

Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah” dan bukan sumpah “mubahalah” seperti yang disiarkan oleh media.

“Ini kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai hukum memegang al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh AlSheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa alSheikh Muhammad Abu Zuhrah.

Beliau berkata AlSheikh Hassanin  dalam kitabnya telah memetik pendapat AlImam AlAin iaitu “Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: Demi Quran ini  maka ia adalah sumpah yang sah.”

Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”

“Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” kata beliau.

Pada 15 Ogos lepas, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas. BERNAMA

Categories: Uncategorized