
Wajah Ceria pendekar Bugis kita mengumumkan kesediaan pembangkang menyertai Barisan Nasional. Ketika Tun Razak dulu juga situasi sama berlaku sehingga PAS turut menjadi Kerajaan bersama dengan Barisan Nasional.
Peristiwa ini mestinya ditakuti ramai dan yang benar benar ikhlas berjuangan untuk rakyat patut sokong dan sertai BN bagi memupuk perpaduan nasional yang lebih mantap dan kuat.
Tidak sampai 5 hari rupanya Perak tidaklah sekuat yang disangka kerana dengan mudah beliau dapat menewaskan ’strategi lompat’ Anwar yang dari tahun lepas lagi berjaya menggempakkan politik negara kita sehingga tidak ada lagi ruang untuk kerajaan melunaskan janji kerana terpaksa menjawab dan melawan kembali strategi lompat Anwar yang gelojoh ingin jadi Perdana Menteri.
Semoga semua dapat ambil pengajaran atas apa yang berlaku dan jangan kepentingan diri melebihi kepentingan parti yang berorientasi membela agama bangsa dan negara…….
Dulu kini dan selamanya !!!





0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must be logged in to post a comment.