| Tahanan ISA: Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam |
| Syed Jaymal Zahiid | Mar 30, 09 4:50pm |
| P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.
Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu. Uthayakumar mendakwa, beliau menemui “beberapa ketul daging lembu” dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu.
“Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama,” katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya. Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut. http://www.malaysiakini.com/news/101303
|
Macam macam cara mereka guna untuk cuba alih isu sekarang. Meskipun jelas taktik tersebut tidak akan berjaya. Ingat lagi kata kata teressa kok kononnya dia diberi makan makanan anjing di penjara.. Melampau dan berbaur provokasi..
Harap Datuk Syed Hamid Albar akan jawab segera tohmahan terbaru mereka ini..
Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.
“Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut,” katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini.




0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must be logged in to post a comment.