Tidak ada penipuan oleh UMNO: Tun Mahathir

 

2013/02/13 – 15:39:16 PMCetakEmel Kawan
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada penipuan yang dilakukan oleh UMNO berhubung dakwaan bahawa PAS ditipu oleh UMNO ketika parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN). 

Bekas perdana menteri berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu. 

 

“Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO ketika PAS berada dalam BN. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang,” katanya dalam catatan terbaru menerusi blog beliau di http://www.chedet.cc hari ini. 

 

Katanya, perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN. 

“Perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden PAS ketika itu). Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh UMNO,” katanya. 

Tun Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika PAS keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung PAS ketika itu) semasa PAS menyertai BN. 

“Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap FELDA. 
“Selepas beberapa bulan PAS menyertai BN, ahli UMNO Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu,” katanya. 

Katanya, secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO. 

“Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua PAS dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri ketika menjadi Menteri Besar Kelantan,” katanya. 

Tun Mahathir berkata, Asri cuba menyingkirkan Mohd Nasir melalui undi tidak percaya dan Mohd Nasir enggan meletak jawatan walaupun kalah. 

Katanya, ramai ahli PAS memihak kepada Mohd Nasir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri. 

“Kerana PAS berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan. 

“Pada Mac 1978 pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Mohd Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya dua kerusi,” katanya. 

Katanya, walau apapun yang terjadi dulu, umat Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan dibuatsupaya berdamai. 


Katanya, umat Islam disuruh bersatupadu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara. 

“Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas,” katanya. – BERNAMA

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s