Khir: Umno faham kehendak rakyat – Malaysiakini

Artikel dalam Malaysia kini hari ini memetik kata Khir Toyo dalam blog peribadinya bahawa UMNO faham kehendak rakyat. Apakah kehendak rakyat boleh diagak iaitu mahu Pak Lah berundur dan Khir Toyo mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO yang mungkin juga dari kehendak rakyat.

Ada rakyat dari golongan pembangkang memang mahu kerajaan dari BN hancur dan pupus terus dari muka bumi ini.

Ada juga rakyat dari golongan penyokong BN dan UMNO mahu kerajaan perihatin ( dengan menaikkan gaji rakyat kakitangan kerajaan yang sukar diperolehi zaman Tun Mahathir )  ini terus kekal.

Dan ada juga rakyat menyokong UMNO mazhab Mahathir, Ku Li dan mahu pertukaran pimpinan tertinggi agar survival UMNO/BN akan terus kekal dan menjadi pilihan utama rakyat semua bangsa di Malaysia.

Di sebalik kegawatan  krisis pimpinan sekarang ini nampaknya Khir memilih bukan menentang arus tetapi mengikut arus. Menentang arus beerti membiarkan diri menahan kepayahan dan keperitan.Menyokong arus sangat mudah dan meringankan badan dengan hanya memanjangkan lagi kutukan Tun Mahathir yang telah berjasa banyak kepada beliau ( kerana menjadikannya MB termuda di Malaysia ) dan membuat kenyataan tidak menyebelahi Pak Lah yang memang tidak berapa keras menurut hemat ramai pihak.

Cuma Isu isu yang dilontarkan oleh Tun disokong adakah kerana latihan atau kesedaran atau kerana ‘termakan budi’ tidaklah kita tidak dapat pastikan di sini. Cuma yang pasti, menjadi ketua perhubungan BN dan UMNO di Selangor bawah Pak Lah adalah situasi tidak selesa yang perlu dibuang sebelum dibuang oleh orang yang berkuasa membuang dan melantik sesiapa sahaja.

Cuma kita dapat meneka bahawa berteduh di bawah bayangan Tun yang masih kuat di usia mencecah 80 an adalah tindakan popular masa kini. Pengaruh Tun masih kuat dan ia fakta yang tidak boleh ditolak dengan mudah oleh kita semua. Bahkan kekayaan Tun dikatakan  sangat kukuh hasil menjadi Perdana Menteri terlama di Malaysia selama 22 tahun..

Meskipun Blogger pertama dipecat dari UMNO ; Sang Kelembai iaitu Zaharin sudah bertaubat dan membina kembali ikatan persaudaraan dengan Pak Lah, namun tidak ramai yang mahu berbuat demikian di situasi gawat ini. Meskipun Sang Kelembai mendapat kecaman dan tuduhan dibayar satu juta ringgit namun ia perlu dipuji kerana ia tindakan yang jarang dan susah dibuat oleh mana mana pihak yang ada ‘telur’. Ia menentang arus dan boleh jadi memakan diri dan dijauhi oleh semua yang tidak senang hati sebarang sokongan dan kritikan positif kepada Perdana Menteri.

Ibarat situasi Pak Lah sekarang ialah seperti sebuah kapal yang hampir karam dan tidak ada orang mahu memperjudikan nasib dirinya dengan menaiki kapal tersebut. Kecuali orang orang yang tidak dilatih atau menerima latihan taat kepada pimpinan dan memang tidak mampu berfikir dengan rasional kerana kasih kepada Pak Lah. Beliau yang dilihat sangat berjasa kepada bangsa dan agama serta negara tentu tidak dibenci oleh semua kerana hati yang busuk sahaja sanggup benci dan memperlecehkan orang lain.. Bahkan biasanya kasih juga tidak memungkinkan kita fikir dengan rasional dan ia bukanlah satu perkara yang dilatih dan diusahakan dengan kaedah tertentu.

adakah menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin itu adakah melalui latihan ? kalau melalui latihan tentu ia tidak dari keikhlasan diri mengikut segala arahan ketua tetapi hasil latihan intensif…

jelas Khir Toyo tidak menyokong pak lah dan suka mengikut gerakan menjatuhkan pak lah…sedangkan beliau juga antara sebab rakyat benci kepada BN kerana tindakan keras dan tidak bertimbangrasa kepada rakyat dalam pemerintahan di selangor. Isu penyapu sangat heboh hingga diperli oleh pakatan pembangkang dalam media mereka hingga tidak sedikit maruah UMNO telah jatuh di tangan beliau.. Isu setinggan, kuil Hindu dan berbagai lagi yang berlaku adalah dari pimpinan beliau di Selangor dan bukan bawah pimpinan Pak Lah …Bahkan media arus perdana turut sama memainkan isu penyapu di atas kerana tindakan tersebut sangat tidak wajar dirasakan oleh adat melayu di Malaysia yang meletakkan penyapu sebagai sial atau kotor dalam kehidupan seharian mereka.

Khir Toyo tidak boleh letakkan segala najis kepada Pak Lah dan anda lari mengikut golongan lain yang juga ingin mengangkat diri sendiri atau sesiapa yang sanggup bersama mereka ..Beri peluang kepada Pak Lah hingga beliau turun sendiri atau diturunkan dalam pilihanraya yang akan datang ….atau dalam pemilihan Disember nanti. Jangan gelojoh kerana takutkan peluang anda naik ke gerbang Ketua Pemuda akan dikacau Khairy Jamaludin dan sabarlah menunggu nasihat rakyat dilaksanakan…

Suara rakyat adalah dari berbagai aliran, cuma aliran manakah yang dimaksudkan ???

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s