Peralihan kuasa, adakah ia akan menjadi seperti kita impikan ?

PERALIHAN KUASA

Peralihan kuasa diperkatakan semua pihak sekarang dalam bentuk ungkapan yang lembut dalam membuat tuntutan Pak Lah berundur sekarang atau selepas keadaan reda dan stabil…Ia sangat penting kerana peralihan ini menentukan hidup dan matinya UMNO sebagai parti yang telah 50 tahun memerintah Malaysia. Ia juga boleh membangkitkan semangat para penyokong umno yang telah memprotes Pak Lah melalui undi hingga terhasil sabotaj dalaman dari ketua bahagian yang gagal dimasukkan dalam senarai akhir calon pilihanraya lalu…Mereka sebenarnya yang beria-ia mendesak agar pimpinan tertinggi ditukar..

Ia juga turut disuarakan oleh Pakatan Rakyat yang memang tidak puas hati semua perkara yang dirancang oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia. Mereka juga ingin mengambil kesempatan atas kegawatan politik yang belum tentu berulang pada masa akan datang seperti yang terjadi kini…..

Jika Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri ditukar kepada kepada Najib selaku calon pilihan tentu suasana akan kembali normal dan mengganggu usaha Pakatan Rakyat menjadi Pemerintah Malaysia selepas 50 tahun Malaysia ditadbir oleh Barisan Nasional.

Kenyataan Tun Mahathir bahawa UMNO akan hancur jika tidak ditukar kepimpinan sekarang ada asasnya ekoran kekalahan moral yang begitu teruk hingga telah kehilangan 5 buah negeri pada pilihanraya yang lepas. Ia juga kerana sudah jelas kedengaran merata tempat di Malaysia seruan menuntut Pak Lah menyerahkan jawatan kepada Timbalannya sekarang iaitu Najib .. ( meskipun kita tidak tahu siapa yang menggerakkan suara tadi di kalangan bahagian UMNO di seluruh negara ).

Namun Tun tidak sedar bahawa kehancuran tadi hasil tangan dan mulut Tun serta penyokong Tun dahulu yang telah mendapat bahagian dunia yang tidak sedikit atas apa yang mereka berikan dalam bentuk sokongan bersyarat satu ketika dulu. Jika syarat tidak dipenuhi mereka jugalah yang akan melompat parti atau menghunus keris melawan sesiapa sahaja yang gagal mengatur peluang keemasan untuk mereka..

BARISAN NASIONAL MASIH KUAT

Sebenarnya jika kita melihat kepada kejayaan mendapat 140 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, ia satu keputusan yang kuat bagi pilihanraya kali pertama yang berlangsung dengan Peti Lutsinar yang telus dilihat oleh sesiapa sahaja.

Ia hasil cadangan pihak pembangkang sendiri di dalam pilihanraya yang ingin menjadikan ketelusan asas kepada perjalanan pilihanraya dan ia diterima dengan senang hati oleh kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah dan telah pun dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya pada pemilihan yang lalu..

Kerana sebelum ini berbagai andaian dibuat bahawa peti itu mungkin telah diisi dengan undi pengundi tertentu hingga membolehkan perbuatan memanipulasi keputusan pilihanraya tidak dapat ditolak sama sekali…

Mungkin Tun Mahathir ada jawapannya bagi gosip ini.

PERPECAHAN MERUGIKAN UMNO / BARISAN NASIONAL
Situasi sekarang yang menyaksikan perpecahan antara UMNO amat menguntungkan Pakatan Rakyat…Pasti Pakatan Rakyat ( jika sedar ) akan menahan Pak Lah dari berundur ( itupun jika mereka merasa Pak Lah masih relevan untuk kemenangan mereka ). Kejatuhan Pak Lah akan merugikan mereka dari satu sudut meraih peluang mendapat kuasa majoriti Malaysia.

Meskipun Pak Lah dikritik teruk kerana beliau masih menjadi modal kepada kebangkitan dan kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional, namun tidak ramai yang terfikir bahawa Pak Lah sebenarnya menjadi mangsa kepada keadaan golongan yang kecewa, irihati, benci, tamak.

PAK LAH MEWARISI KERAJAAN BERMASALAH

Ia telah disebutkan oleh Hishamudin Rais dalam artikelnya bertajul Pak Lah Gorby Malaysia ( klik di sini ) . Beliau antara lain menulis tentang golongan golongan yang mendesak Pak Lah agar turun segera. Antaranya :

Suara pertama ialah suara contract junkies – pemadat kontrak – yang merasakan diri mereka pasti kehilangan ‘peluang perniagaan’. Selama ini ‘perniagaan’ mereka bukan berasaskan ilmu atau kecekapan berniaga, tetapi kerana mereka taat setia membodek ‘orang orang’ tertentu dalam struktur pucuk pimpinan United Malays National Organisation.

Mereka sedar, apabila tuan-tuan yang mereka bodek hilang kuasa, maka mereka tidak memiliki kemampuan untuk melakukan persaingan perniagaan. Atau, mereka tidak tahu bekerja untuk mencari makan dengan titik peluh sendiri. Mereka pasti akan mati tegak. Suara merekalah yang lantang menuntut Abdullah meletakkan jawatan.

Suara-suara juga kedengaran dari bekas bekas Yang Berhormat United Malays National Organisation yang kalah. Mereka gagal untuk menilai taraf fikrah mereka. Mereka tidak berkeupayaan untuk melihat diri sendiri. Mereka tidak pernah mencermin diri. Mereka hanya tahu menyalahkan orang lain. Orang lain itu — Abdullah.

Dalam budaya United Malays National Organisation, tanpa memiliki kerusi YB, maka tidak mungkin mereka atau penyokong mereka mendapat kontrak. Tanpa kontrak, maka bekas YB-YB ini akan menjadi bangkai bernyawa. Di kawasan-kawasan mereka yang pada satu ketika dahulu menggunung kuasa mereka, kini mereka menjadi tunggul — pergi tersepak pulang terlanggar. Sosok-sosok yang kalah ini menyalahkan Abdullah sebagai sebab utama kekalahan mereka. Lalu mereka juga bersuara menuntut agar Abdullah meletak jawatan.

Ada lagi satu lagi kumpulan agak kecil tetapi memiliki kuasa yang besar kerana mereka berselindung dan berpayung dalam struktur parti. Dengan kuasa yang dimiliki, banyak kerenah jahat dan rompak samun mereka dapat ditutup daripada pengadilan. Hutang-piutang mereka tidak dipungut. Pinjaman dari bank tanpa diselidiki. Banyak tanah milik orang ramai dirompak dan dijarah. Mereka ada kepala semua ejen komisen yang mengambil peratus daripada apa sahaja projek negara yang diluluskan.

Justeru sosok-sosok jenis ini tidak dapat tidak akan terus ingin berkuasa. Tanpa kuasa, kesemua mereka berkemungkinan diheret ke mahkamah. Mereka juga mahukan Abdullah pergi.

Satu lagi kumpulan yang suara mereka kedengaran sayup-sayup. Mereka ini kumpulan polong tidak bertuan. Biasanya mereka juga ejen komisen. Tukang cari projek yang kemudian bertanggungjawab memperkenalkan para YB ini dengan tauke Cina itu. Polong-polong ini sedang lari larau kerana banyak tuan mereka telah tidak bertelur lagi.

Kesemua kumpulan ini ada yang secara terbuka, ada secara berbisik-bisik ke hulu ke hilir menuntut Abdullah meletak jawatan. Ada pula dengan senyap-senyap mengarahkan orang lain untuk bersuara. Dalam bacaan politik mereka, banyak kerusi YB United Malays National Organisation lupus kerana sosok Abdullah Ahmad Badawi.

Ini sebenarnya tidak betul.

Begitulah pendapat Hishamudin Rais yang telah disiarkan dalam Malaysia Kini ( klik sini ) …

AGENDA PERIBADI SEBALIK DESAKAN UNDUR DIRI

Bagi Penulis, jelas kepada kita bahawa agenda mendesak Pak Lah turun adalah tidak ikhlas dan berlapik di atas kepentingan dan agenda masing masing.. Kerana telah banyak pembangunan dan kemakmuran dicapai di bawah pentadbiran Pak Lah yang telah ditimbus dan ditutup dengan mudah oleh golongan yang memainkan isu isu remeh dan kecil hingga merosakkan mood dan minat rakyat untuk terus berdiri di belakang Pak Lah selaku Perdana Menteri. Pemilihan beliau juga ( yang ditentukan oleh juara pengkritik beliau iaitu Tun Mahathir ) adalah berdasarkan rekod dan juga intergriti beliau yang sangat tinggi dan bersih sehingga AMAT MENAKUTKAN GOLONGAN YANG KECEWA ATAU BIMBANG AKAN MENJADI MANGSA KETELUSAN DAN INTERGRITI Pak Lah yang sentiasa komited melaksanakan keadilan dan kestabilan kepada semua kaum yang bernaung di Malaysia.

Agenda bekas YB dan ketua Bahagian yang diketuai Tun Mahathir, disokong pula oleh PAS, DAP dan PKR merupakan serangan yang bertalu talu tanpa belas kasihan kepada jasa dan projek yang telah dan akan dilaksanakan beliau . Walhal koridor koridor di luar bandar membabitkan bilion ringgit menerusi pembangunan meliputi semua kawasan di seluruh negara mencerminkan pembahagian adil bagi semua kaum di luar bandar yang telah sedikit ketinggalan dalam era kemodenan dan kemajuan dunia masa kini…Ini beerti bagi PAS PKR DAP mereka tidak memberi sokongan kepada projek mega koridor koridor di pantai timur dan barat kerana mereka hanya ingin satu, iaitu kuasa dan habuan dunia dalam menerajui kerajaan.

Jika benar PAS PKR DAP berjuang bagi keadilan dan kemakmuran rakyat semua kaum tentu mereka akan menyokong sepenuh hati projek di atas termasuk Wilayah Iskandar yang banyak memberi manfaat kepada semua penduduk yang semestinya dari golongan penyokong parti PAS PKR dan DAP..

Sikap kuku besi atau autokratik Tun Mahathir yang sangat suka menggunakan ISA dalam menjamin populariti dan sokongan kepada beliau tentu tidak mudah dilupa oleh kita yang ada pengalaman silam terlibat atau terlihat dengan kesan hukuman tersebut..

Yang turut dibimbangi juga ialah sokongan dari bukan melayu kepada Barisan Nasional sangat lemah dan hampir pupus …kecuali dari negeri ‘deposit tetap’ BN iaitu dari Sabah dan Sarawak.

Isu terkini iaitu Hindraf, IFC, pindaan artikel 121, hingga membawa kepada memorandum 9 menteri bukan Islam dalam Kabinet, pemilihan calon pilihanraya, keghairahan agenda Islam Hadhari turut menggoyangkan semangat perpaduan antara komponen BN..Ini memberi kesan positif kepada Pakatan Rakyat yang sentiasa mengintai peluang mencari ruang yang boleh diisi untuk menaikkan lagi sokongan dan dokongan rakyat kepada aspirasi pakatan mereka..

NAJIB BELUM SAMPAI MASA

Namun mungkin mereka juga terfikir bahawa bakal Perdana Menteri yang baru, iaitu Najib akan memudahkan lagi serangan mereka.. Tentu lagi mudah menyerang UMNO dan BN jika Najib nanti dipilih memandangkan banyak isu seperti komisyen pembelian kapal selam, kes bunuh altantunya yang sedikit sebanyak mencemar imej najib selaku bakal Perdana Menteri.. Lagipun kes bunuh Altantunya belum selesai dibicarakan lagi sekarang ini dan tentu perlantikan beliau di saat saat begini tidak membawa jaminan yang padu kepada keutuhan sokongan rakyat Malaysia kepada kepimpinan beliau…

Jika Pak Lah sendiri menjadi mangsa kecaman walhal sangat bersih , apatah lagi Najib yang telah teruk tercalar imejnya di mata rakyat.

Satu kemungkinan bahawa Anwar akan diberi peluang menjadi peneraju dan pewaris kepada jawatan Perdana Menteri dan Najib akan menjadi timbalan sementara menunggu masa dilantik sebagai Perdana Menteri boleh difikirkan juga..Tetapi desas desus mengatakan bahawa usaha Pak Lah ingin menerima kembali Anwar telah ditentang oleh Najib hingga memusnahkan usaha Pak Lah menyatukan suara perpaduan Melayu / Malaysia dalam mengukuhkan Kerajaan pimpinan beliau juga telah sampai ke telinga kita.

Sejarah Anwar melompat masuk UMNO tentu masih diingati oleh pengundi yang mengikuti setiap detik perjalanan politik di negara kita di mana beliau telah naik dengan mendadak ke jawatan kedua tertinggi negara. Kecuali generasi baru yang baru mengenali dan tidak mengetahui asal usul politik dari sejak zaman menuntu kemerdekaan hinggalah Malaysia telah maju sekarang.

Mereka inilah yang banyak terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan palsu pembangkang hingga ke peringkat memburuk-buruk Pak Lah secara peribadi melalui internet, suratkhabar, email,sms dan juga surat yang dipos ke rumah… Kerana bagi golongan muda pengundi saluran 3- 4, mereka sangat obses dengan internet dan segala isi yang terkandung di dalamnya meliputi politik,agama, hiburan, berita dan sebagainya..

Tidak mustahil jika berjaya usaha membawa Anwar masuk UMNO, maka DAP dan PAS akan berlindung di belakang Anwar dalam pakatan kerajaan yang akan menyaksikan kerajaan campuran dibentuk dengan syarat mereka turut diberi peluang dalam kerusi Kabinet Malaysia selaku Menteri atau Timbalan Menteri.

Pakatan Rakyat di Selangor tentu menjelaskan lagi agenda Malaysia Malaysian tajaan DAP yang dari dulu ingin menghapuskan keistimewaan bangsa Melayu Islam di negara ini…Ia juga turut dikongsi oleh PKR yang menjamin keistimewaan Melayu akan dihapus untuk keadilan semua rakyat Malaysia walaupun para ustaz dan ulama dalam PAS masih malu-malu mengakui agenda Negara Islam mereka sudah hilang dibawa impian menjadi menteri dan mereka juga menyokong ternakan babi walhal mereka jugalah wakil Parti Islam Se Malaysia yang mengatakan sangat komited dengan agama dan sesiapa meyokong mereka besar harapan akan masuk ke syurga…

Meskipun mereka masih lagi bertelagah isu Negara Islam hangat diperkata oleh ahli pimpinan PAS yang nampaknya semakin panas didesak penyokong mereka agar berterus terang menzahirkan hasrat membina sebuah negara Islam berlandaskan undang-undang syariah iaitu HUDUD.

MP UMNO / BN BERPALING TADAH

Jika Anwar tidak diterima masuk UMNO tentu perkara sebaliknya boleh berlaku di mana MP BN akan menyeberang ke PKR atau PAS.. Tetapi adakah Najib akan membenarkan Anwar memintas beliau yang telah taat setia selama ini kepada UMNO dan Barisan Nasional dan memberi peluang para MP BN bersatu dengan Anwar Ibrahim tentu tidak masuk akal sama sekali. Pembebasan Anwar Ibrahim dari berpolitik mulai esok akan menyingkap lebih lanjut babak babak menarik ketuanan Melayu di Malaysia yang akan ditentukan oleh kita semua..

Ketika itu Najib tentu akan kalah dan berundur bagi memberi peluang kepada Anwar menjawat jawatan tertinggi atau kedua tertinggi selaku Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri..

Justeru Najib perlu mencari strategi apakah yang akan dilakukan Pak Lah ( jika beliau ingin terus menerajui UMNO ) dan juga menduga apa pelan tindakan seterusnya Anwar Ibrahim yang sangat lincah percaturan politiknya..Meskipun ia dikatakan juga berjaya dengan bantuan kewangan yang sangat banyak dalam menarik sokongan golongan bawahan. Seperti isu dalam pemilihan jawatan UMNO bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO satu ketika dulu dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

MUHYIDIN MULA MENGATUR LANGKAH


Mungkin Muhyidin akan menjadi regu utama dengan Najib melawan Pak Lah dalam pemilihan UMNO Disember ini atau mencari regu baru dalam membina team sendiri mendaki puncak kuasa tertinggi selaku Perdana Menteri. Kenyataan akhbar hari ini ( 13/4/08 ) menunjukkan beliau memberi isyarat UMNO perlu berubah kerana Umno sekarang sedang mengalami kemerosotan teruk jika tiada penggantian segera pucuk pimpinan parti, kata naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia petanda yang jelas bahawa mungkin beliau ada cita cita menjadi teraju bersama atau yang terutama dalam hieraki kepimpinan parti UMNO dan Kerajaan Malaysia.

KU LI MENUNGGU PELUANG

Atau mungkin bintang sedang bersinar ; Ku Li akan naik mendadak setelah sekian lama di Gua Musang mengumpul kekuatan..Kerana semalam kita juga turut membaca kenyataan terbaru dari Putera Mahkota Kelantan yang meminta perpaduan melayu dikukuhkan dan menjauhkan diri dari sifat membelakangkan kepentingan Melayu semata mata bagi menarik sokongan bangsa lain di Malaysia…

Kegagalan melawan Tun Mahathir hingga membawa kepada pengharaman UMNO dan melahirkan UMNO BARU adalah natijah keghairahan Ku Li satu ketika dulu dalam mendaki puncak tertinggi dalam UMNO…Beliau sanggu berkongsi pentas dengan sesiapa sahaja asalkan menjadi kuda tunggangannya dalam mendapatkan kuasa dan jawatan dalam UMNO.Buktinya Pilihanraya Umum 1990 Semangat 46 merampas Kelantan dari BN dengan bantuan PAS hingga kekal PAS memerintah sampai ke saat ini..Ku Li sudah lupa atau buat-buat lupa barangkali zaman gelapnya dulu hingga menyaksikan Angkatan Perpaduan Ummah telah bergabung membentuk kerajaan walaupun akhirnya bertelingkah sesama sendiri..

Kali ini mungkin penamat atau permulaan cemerlang kepada riwayat politik Ku Li yang memang seolah-olah menjadi ‘kamikaze’ dan ingin menjadi hero di tengah kemelut politik yang melanda satu negara..Hingga kini, sasarannya ialah Pak Lah, si lembek yang sangat dikritik oleh semua orang..Dan dikatakan beliaulah punca UMNO hilang sokongan.

Pendirian Ku Li sukar dijangka dan tidak tetap. Ia jelas ini juga dapat dilihat ketika Semangat 46 dibubarkan setelah Ku Li berdamai kembali dengan Tun Mahathir hingga membolehkan beliau masuk kembali di dalam UMNO..Dan ia juga jelas sekarang di mana kepentingan dan perpaduan parti tidak menjadi hal utama kerana tumpuan beliau hanyalah jawatan tertinggi dalam UMNO yang membolehkan beliau nanti menjadi bakal PM pertama dari negeri Kelantan.

Kenyataan terbaru pedas dan lantang dari Putera Mahkota Kelantan beberapa hari lepas tentu mengejutkan kita semua kerana kita tentu tertanya-tanya adakah ia dari idea Ku LI yang turut mengemukakan dirinya untuk melawan Pak Lah dalam persidangan UMNO akhir tahun nanti..Atau ia dari diri baginda sendiri selaku Institusi tonggak perpaduan Melayu Islam yang pasti turut meneliti perjalanan mutakhir politik Malaysia. Semuanya sukar dipastikan di celah kegawatan dan perebutan kuasa di Malaysia ini.

Apa apa pun boleh berlaku dalam dunia politik dan sesiapa pun boleh bertukar sekelip mata dari lawan kepada kawan dan kawan menjadi lawan.. Sejarah menunjukkan sedemikian dan kita tahu ia akan berulang dalam bentuk dan suasana berlainan meskipun watak yang sama akan beraksi di depan kita semua..

Semuanya kerana KUASA ! yang diselindung di belakang nama KETUANAN MELAYU, ISLAM, UMNO dan lain-lain…

Moga agama dan bangsa Malaysia tidak akan hancur dek ketamakan dan kepentingan diri sendiri … Kerana kita yang membina mungkin juga menjadi antara yang meruntuhkannya juga.

Yang bertepuk tangan ialah pihak yang ingin melihat kejatuhan sebuah kerajaan yang agak cemerlang dari segi pencapaian agama, sosial, ekonomi, sains teknologi berbanding negara negara Asia yang lain khususnya negara Islam seperti Brunei dan Indonesia. Yang memiliki tipu muslihat , kuasa, wang, strategi yang hebat dalam menaik atau menjatuhkan mana mana pemimpin di mana mana tempat di dunia. Yang pandai mencatur urusan dalaman negara yang menjadi sasaran mereka dan membuat sesebuah negara itu porak peranda dari muncul sebagai kuasa besar dunia Islam !

Kita sudah kehilangan Singapura semasa era pemerintahan Tunku Abd Rahman dan kita telah melihat hasil kehilangan kuasa politik orang Melayu Islam di sana hingga Singapura telah jauh dari menjadi negara yang turut diperintah oleh bangsa asal penduduk di sana iaitu kaum Melayu Islam…

Pendapat penulis secara peribadi berpandangan, semua pihak yang CINTAKAN KEADILAN, KETELUSAN, INTERGRITI perlu menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dan perlu menentang keras usaha dari dalam atau luar UMNO yang ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak adil ekoran desakan kekalahan teruk yang menjadi ulangan kepada kekalahan Tun Mahathir pada tahun 1999 yang lalu.. Jika Islam ingin ditegakkan dengan Hikmah dan Mauizah Hasanah maka pilihan terbaik dan terkini kita miliki ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi cucu kepada Ulama masyhur Malaysia Syeikh Abdullah Fahim.

Jika Tun Mahathir mengambil masa beberapa tahun memulihkan Parti UMNO tentu peluang yang sama perlu dibuka juga kepada Pak Lah yang sentiasa berkhidmat dengan gigih dalam menaikkan Malaysia dari peringkat cemerlang, kepada gemilang dan terbilang ! Slogan bekerja bersama saya adalah motivasi ikhlas dari beliau yang sangat suka menghormati kakitangan beliau dan menjadikan mereka sama sama satu pasukan dalam memacu Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Jangan biarkan usaha dari Parti PAS PKR DAP meruntuhkan keindahan negara Islam Malaysia yang perlu diberi peluang mentadbir negara mengikut acuan dan perkiraan terkini pimpinan yang dibarisi oleh penasihat-penasihat berwibawa yang sangat tulus berkhidmat mempertahankan negara Islam Melayu yang terulung di kalangan negara Islam yang lain..

Jangan kerana ketakutan sesetengah pihak dan dendam kesumat mereka yang telah disingkir dari jawatan atau yang bertopengkan agama dalam mencari habuan pangkat dan jawatan menjadi taruhan kita dalam meruntuhkan kerajaan Islam Hadhari yang telah mula menjadi kuasa Islam utama yang disegani semua negara Islam dan non Muslin di seluruh dunia. Kejayaan angkasawan pertama islam berpuasa di angkasa lepas jangan kita lupa dengan cacian dan makian pembangkang yang mengatakan ia satu projek membazir dan merugikan wang rakyat…

Akhir kata, ini sedikit doa dari penulis !
Ya Allah tolong selamatkan Malaysia dari bala bencana berupa perpecahan, fitnah , pergaduhan antara kaum, perebutan kuasa, dan gejala sosial.

Biarkan pemimpin terbaik menjadi penguasa di dalam menjaga kebajikan dan keamanan negara Malaysia dari tergadai kepada pemimpin yang sanggup menjadi hamba kepada kuasa asing dalam atau luar negara.

Amin 1000 x 1000 = sejuta amin !

Inilah pendapat saya dan anda berhak memandang sebaliknya !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s