Melayu itu Islam

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya.

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Aceh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mualaf bertakrif Melayu

oleh : Allahyarham Usman Awang

Itulah takrif Melayu mengikut perlembagaan seperti mana yang dimaksudkan oleh pemimpin Melayu Islam Melayu…

Satu perjuangan tidak berlandaskan perkauman.

Bahkan jelas didasarkan kepada anutan kepercayaan kerana di dalam perlembagaan disebut ; Melayu itu Islam.

sekaligus menutup mulut pencacai dan pengkeji yang riuh mendakwa UMNO parti berteraskan bangsa dan mereka sahaja yang mewakili semua kaum dan semua agama.t

Islam Melayu inilah yang memerintah Malaysia sejak separuh abad yang lalu..

Bermula dari usaha mendapatkan kemerdekaan hinggalah kepada mengisi apa yang kosong dalam negara Malaya ketika itu.

Semua yang hadir turut bergembira menyambutnya samada Cina, India, Inggeris, Arab dan semua bangsa yang berada di Malaya ketika itu.

Inilah permulaan pemerintahan kerajaan Melayu Islam di atas nama Perikatan dan diteruskan pula  dengan Barisan Nasional.

Ia melambangkan sikap Melayu Islam yang turut membuka peluang mereka bersama sama membina negara ini. Meskipun ketika itu sudah ada isu Malaya untuk Malaysian. Yang mahu bangsa lain diberi kerakyatan penuh sebagai warga negara baru merdeka iaitu Malaya.

Itu 50 tahun dulu..

Ketika itu tiada siapa kenal bangsa dan tanah air kita. Ketika itu tiada siapa peduli apakah yang ada di negara kita. Hinggalah usaha berterusan dan bersama sama semua bangsa dan kaum di sini, kita telah berada di puncak kejayaan.

Namun, kejayaan itu tidak beerti jika ada suara sumbang mahukan kesaksamaan hingga mahu MENGORBANKAN keistimewaaan dan ketuanan Melayu itu sendiri.

Ia sangat bahaya. Kerana ia menyebabkan ramai orang akan marah dan bergaduh. Bukan sahaja Melayu, tetapi bangsa Cina dan India juga akan terhasut dengan sentimen sebegini sedangkan kita semua sudah maklum keistimewaan Melayu itu adalah kontrak sosial yang digubah ketika perjanjian kemerdekaan satu ketika dahulu.

Malangnya ada juga anak Melayu sendiri yang turut menyokong aspirasi sumbang dan bercanggah dengan perlembagaan ini hingga menjadikan mereka satu pakatan yang diletakkan dengan nama komersil iaitu pakatan rakyat agar semua rakyat akan memberi sokongan kepada perjuangan mereka.

Apatah lagi pak lebai dan pak ustaz di merata rata ceruk juga suka dengan pernyataan bahawa melayu itu bangsa dan perjuangan bangsa tidak akan ke mana. Sedangkan bangsa melayu itu ialah Islam yang diletakkan dengan terang dan jelas dalam perlembagaan.

Ia memang bertujuan menjaga Islam dan Raja Raja Melayu hingga Islam di bawah naungan para Raja dan Sultan akan sentiasa aman dan stabil di tanah air tercinta ini.

Namun pak pak ustaz dan pak pak lebai ni tak reti atau buat buat tak reti tentang perkara ini.

Mereka tentu memalingkan muka dari mengakui kesilapan mereka dalam memahami isu Melayu Islam ini. Mereka tahu ia boleh merosakkan sokongan dan undian rakyat..

Mereka juga tahu adalah salah menidakkan kerajaan Melayu Islam yang sangat jelas membela dan memperjuangkan Islam mengikut kemampuan mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Dan mereka tahu isu HUDUD sangat relevan dalam mengkritik kerajaan Malaysia pimpinan parti Sang Saka Bangsa.

Sedangkan HUDUD merupakan hukuman yang bukan priority utama dalam mentadbir negara. Ia boleh dilaksanakan setelah semua rakyat Islam atau non Muslim memahami perlaksanaannya.

Kerana sekarang mereka merasa sangat takut dengan hukum HUDUD yang diceritakan memotong tangan pencuri, merejam penzina, membunuh si pembunuh atau pembelot negara, dan berbagai lagi.

Sedangkan hukuman ini terikat kepada Muslim sahaja dan respon Karpal Singh adalah contoh terdekat dan termudah menerangkan kepada kita bahawa non muslim BELUM BERSEDIA.

Kita kena ingat pemerintahan sekarang berdasarkan demokrasi. Ia sistem yang berdasarkan hukum takzir yang terdapat dalam hudud itu sendiri..Namun kerana perkongsian kuasa itu menyekat hasrat Melayu maka ia sekadar menjadi satu hukum yang BUKAN ditolak kerana ia adalah ajaran Islam tetapi ditangguhkan sehingga mampu dilaksana dengan selamat dan bebasnya satu hari nanti..

Hukum Allah atau suruhan Nya jika kita faham wajib jika didahului dua syarat, iaitu

1. Ilmu

2. Mampu..

Jika kita berilmu yakni tahu tetapi tidak mampu kerana terhalang oleh sakit, takdir, halangan tertentu maka ia tidak dikira dosa,, Begitu juga jika  mampu tetapi tidak ada ilmu; ia juga dimaafkan Allah Taala .

Sama seperti situasi tangan kita dibalut, maka urusan wuduk dapat digantikan dengan tanah untuk bertayammum. Jika waktu kita singkat kerana musafir, maka solat boleh dipendekkan hingga separuh ( dari 8 kepada 4 rakaat ) . Jika ada yang mati dan tidak sempat mengqada ibadat wajib, maka ia boleh dilaksanakan oleh waris si mati.

Itulah fleksibel Islam dan itulah yang TIDAK DIFAHAMI oleh parti pak pak lebai dan tok tok guru ( bukan tok guru pondok ) parti politik tersebut.

Mereka sangat suka menyebut dan mengulangi gesaan HUDUD dan menjadikannya senjata Nuklear mereka dalam mengaih sokongan dari berbagai latar belakang pendidikan hinggalah para petani, nelayan di kampung kampung…

Jika anda ingin mengikuti rencana HUDUD ini elok saya berikan link ( klik sini ) yang ada menyebut tentang hudud dan bagaimana ia boleh dilaksana atau tidak di Malaysia.

Bukan beerti Keris Pusaka Bangsa tidak bersetuju HUDUD dilaksanakan tetapi bila dan bagaimana ia dibuat itu perlu dipersoalkan dan dikaji dengan teliti sebelum ia dijadikan isu untuk meruntuhkan parti Sang Saka Bangsa yang telah lama berjuang mempertahankan Islam samada bersendirian atau sokongan dari jemaah jemaah Islam yang lain.

Firman Allah Taala :

” Serulah ke jalan Tuhanmu secara hikmah dan dgn contoh pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dgn mereka dgn cara yang paling baik.”
(An Nahl:125)

Buatlah senarai apa yang dibuat oleh parti Keris Pusaka Bangsa ini dan jangan mudah menidakkan apa yang positif dalam pemerintahan 5 Perdana menteri dari parti SANG SAKA BANGSA sebelum ini..

Parti tok tok lebai juga jika kita lihat sekarang pun tidak dapat membuat gagasan mereka ( melaksanakan HUDUD ) hingga keluar surat dari tok guru kelantan kepada tok guru terengganu di mana disebut ;

Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan saja buat sementara waktu. ( klik di sini untuk membaca sendiri surat tersebut )

walhal mereka juga sedang bekerjasama dengan parti cina dan india yang jelas bukan dari agama sama dengan melayu Islam kita. Justeru kritikan tadi telah ditelan kembali oleh tok tok guru ( politik ) dan ustaz ustaz yang mendokong perjuangan menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini meskipun mereka jugalah yang mengeluarkan fatawa politik bahawa jatuh KAFIR sesiapa yang bekerjasama dengan bukan Islam.

Sayang sekali niat yang baik mendaulatkan islam melalui politik, telah dikelirukan oleh perbuatan yang tidak baik.

Adalah lebih baik selepas membaca tulisan Keris Pusaka Bangsa ini, mereka kembali kepada titik pertemuan atas nama MELAYU ISLAM dan melupakan perselisihan dan perbalahan puluhan tahun yang tidak membawa sebarang makna kepada perkembangan Islam dan usaha meninggikannya di mata dunia.

Jika tidak, kita akan sentiasa mengulang isu lama dan mewariskannya kepada anak cucu kita sehingga mereka juga tidak sedar isu tersebut sudah ada jawapannya tetapi ia disembunyikan demi memuaskan nafsu mereka agar kebencian terus marak kepada sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka. Dan jika ada dosa yang terhasil, ia akan menjadi akaun tetap kita hingga ke alam akhirat yang menjanjikan nikmat atau azab di alam sana nanti…

Mungkin syaitan akan suka melihat Melayu Islam itu hancur di tangan Melayu juga akhirnya !

Atas asas itulah kita membenarkan bangsa lain menjadi warganegara. membenarkan mereka memilihi aset meskipun terhad dengan undang-undang tertentu yang memihak kepada bangsa melayu.

Ia dilakukan supaya tidak akan timbul kemudian hari suasana huru hara dan kecoh di kalangan zuriat kaum melayu yang tentu tidak puas hati jika semua yang ada hari itu telah dimiliki dan dikawal oleh bangsa lain yang asalnya bukan dari tanah melayu ini.

Ini juga boleh mengakibatkan ketegangan kaum dan merencatkan pertumbuhan ekonomi di samping menjadikan rakyat semua bangsa akan berada di dalam ketakutan dan kegelisahan.

Mari kita semua menerIma dengan dada terbuka bahawa MELAYU ADALAH ISLAM seperti yang termaktub di dalam perlembagaan  tanpa sebarang prejudis dan sangka buruk lagi selepas ini !!!

One response to “Melayu itu Islam

  1. tahniah saudara…ramai orang xtau ape maksud MELAYU. ANWAR IBRAHIM pun xtau…malang nasib mereka ini. ape pun takrifan saudara ini dapat membantu golongan cetek akal ini berfikir… PERJUANGAN MELAYU UNTUK MENDUKUNG KEDAULATAN ISLAM

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s