Mana janji janji manis Pakatan Rakyat sebelum PRU ?


Kata orang , kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji… Maka janji itu perlu dijelaskan jika ada yang dah dipenuhi atau belum. Namun janji yang tidak dijanji pula menjadi kenyataan sebelum janji janji lain diberi.

Isu janji air percuma masih dalam proses, tiba tiba muncul pula isu ternakan babi yang dikatakan telah dilulus oleh bekas MB Selangor sebelum itu. Maka hebohlah satu Malaysia bahawa PKR telah menjadi Parti Khinzir Rakyat dalam nada sinis ekoran tindakan pantas mereka memperkenalkan ternakan babi yang bernilai RM 100 juta itu. Semua adalah salah bekas MB dan mereka hanya meluluskan apa yang dirancang oleh kerajaan sebelumnya. Meskipun bekas MB sudah tidak berdaya menahan atau menyuruh projek tersebut diluluskan. Dan mereka berlakon seolah olah kerajaan dikuasai oleh Barisan Nasional !

Namun paku buah keras telah dipulangkan oleh Pakatan Rakyat di mana mereka mengatakan bahawa UMNO sendiri terlibat dengan projek tersebut dan dikatakan mereka semua telah membantah projek babi itu sedangkan mereka jugalah yang mengusahakan teknologi dari German itu untuk mengatasi masalah pencemaran dan sisa buangan binatang babi itu.

Sekarang ternakan babi terus dibuat dan tidak dapat dipastikan lagi adakah ia selamat atau dipindah ke tempat majoriti Cina.

Yang dimusykilkan di sini ialah, di mana hilangnya janji janji Pakatan Rakyat sebelum ini.

Anda baca sendiri dan nilaikan adakah sudah dilaksana atau belum janji janji di bawah ini kepada pengundi mereka …..

–> Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

–> Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri

–> Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah

–> Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti

–> Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor

–> Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

–> Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

–> Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim

–> Memberi elaun ibu tunggal yang layak

–> Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka

–> Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri

–> Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam

Jadi di mana pula tindakan ke arah merealisasikan janji-janji manis yang sudah diberikan kepada rakyat? Dan kenapa pula babi yang tidak termasuk dalam manifesto diberikan keutamaan? Dan kenapa satu pun tidak disentuh selepas sebulan lebih menjadi kerajaan memerintah ? sekurang-kurangnya mereka telah menempuh separuh dari 100 hari berbulan madu dan nampaknya mereka masih bergelut dengan isu babi yang telah berpanjangan hingga ke saat artikel ini ditulis.

Memang berjanji sangat sangat mudah, namun merealisasikannya sangat payah.. Hanya negeri sekecil selangor pun sudah tunggang langgang dan bagaimana pula dengan negeri negeri pantai barat dan timur yang dikatakan akan diperintah dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan berbanding parti cap keris dan dacing?

Apakah agenda perhimpunan haram tanpa permit masih menjadi top priority mereka meskipun telah berjaya menjadi pemerintah di 5 buah negeri di Malaysia? Kehadiran 20,000 rakyat di tengah kota raya pusat tumpuan semua rakyat dan fahaman politik tentu menjelikkan dan mengundang rasa tidak selesa . Kehebatan mengumpulkan jumlah seramai itu mungkin mengundang kebanggaan kepada mereka tetapi adakah mereka sedar, tidak patut ia dibuat di tengah bandar sedangkan banyak lagi pilihan menarik boleh diterima.

Begitu juga selepas pilihanraya sekarang ini perkara perkara menyusahkan rakyat dengan membuat perhimpunan yang sah atau tidak , eloklah dielakkan jika tiada keperluan mendesak ke arahnya. Jika tidak, imej PKR hanyalah pada himpunan haram, dan menyusahkan orang hingga menjadikan ramai akan meluat melihat tindakan kurang tepat sebegitu rupa di hadapan mata rakyat.

Mungkin itulah hobi mereka dan itulah budaya baru rakyat Malaysia yang suka menyokong sesuatu yang berlawanan dengan arus perdana dan merasakan mereka sangat bangga dan hebat dengan menjadi sebahagian dari perubahan yang SONGSANG itu…

Adakah anda salah seorang dari mereka?

Ikhlas dari : Keris Pusaka Melayu

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s