Bila Parti Khinzir Rakyat mengelak malu !

Biasanya jika kita ditimpa malu, kita akan menundukkan muka kerana terasa sangat malu. Seperti terjatuh kain dari menutup bahagian sulit di bawah kita tentu ia sangat memalukan bagi yang berperasaan.

Namun ada orang jika dia mendapat malu kerana ‘ terjatuh’ kain yang menutup auratnya, dia akan marah orang yang menyaksikan peristiwa tersebut.

Baginya, merekalah punca dia mendapat malu. Kalau mereka tiada, tentu tiada ‘kemaluan’ akan timbul.

Keadaan seperti itulah yang terjadi kini.

PKR telah malu bersama kawan kawan seangkatan mereka dari PAS dan DAP. Kerana isu projek ternakan babi di daerah yang terkenal dengan Lapangan Terbang Antarabangsa dan Formula One bertaraf dunia.. Mungkin ia satu langkah menjadikan Sepang mempunyai satu lagi mercu tanda, iaitu ternakan babi yang menelan kos RM 100 juta….

Ada juga yang di kalangan kawan mereka yang telah meraikan lima ekor babi panggang tanda kejayaan memenangi lima negeri..

Dan isu ini ditujukan kembali kepada lawan mereka kerana menurut mereka ini projek hasil kajian pimpinan Khir Toyo ketika itu. Lalu didedah gambar mereka yang telah membuat kajian hingga ke luar negara.

Apa yang memalukan , di saat mereka bangga menguruskan ternakan terbesar di Selangor sebanyak RM 100 juta, mereka juga malu mengakui bahawa mereka boleh menghentikan projek tersebut.

mereka malu jika orang kata mereka pengecut hingga sanggup berundur kembali menghentikan projek yang menguntungkan itu. Dan Adun BN dari UMNO menjadi mangsa walhal ketika itu beliau di Mekah mengerjakan umrah dan memohon doa..

Doa apa kita pun kurang periksa !

Mereka ( Pakatan Rakyat ) telah diasak dengan begitu teruk hingga keluar berita , usaha menerbitkan risalah berjumlah satu juta keping akan dibuat dan diedarkan kepada orang ramai.

Nampaknya blogger pro pakatan rakyat yang telah menggemparkan negara pada bulan lepas , tidak cukup menangani serangan saraf ibarat taufan Katarina kali ini.

Mereka nampaknya sangat bimbang dan merasa takut.

Ditambah lagi dengan tindakan Polis mengambil kenyataan dari Presiden PKR, MB Selangor dan Azmin Ali berhubung perhimpunan HARAM 14 April lepas di Dataran Merdeka , semakin meresahkan mereka.

Di manakah Sang Wira DS Anwar Ibrahim sekarang ?

kenapa di saat saat genting ini dia menghilangkan diri ke tanah Arab ?

di mana semangat ‘kejantanan’ dan ‘keteluran’ yang dipamerkan sebelum ini?

Kenapa tergesa-gesa meninggalkan Malaysia sedangkan waktu bebas berpolitik baru sahaja bermula?

Bukankah pagi 15 April detik bersejarah telah bermula ?

adakah polis juga mula meraikan pembebasan itu dengan menjejaki beliau pada keesokan harinya ?

Kenapa terlalu awal meninggalkan anak isteri, penyokong-penyokong fanatik begitu sahaja ?

Inilah sikap pelik DSAI.. Selalu ke luar negara .. Dan selalu mengundang curiga. Dan kini, hilang tanpa dikesan di tengah tengah rakyat baru mula memberi harapan kepada sinar baru negara kita…

Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri dan ; hilang secara tiba tiba ????

Cukuplah pendedahan dari beberapa blog tentang DSAI yang rapat dengan beberapa tokoh zionis yahudi belum dijawab lagi hingga kini dengan jawapan konkrit dan teguh .

Cukuplah dengan pendedahan Chandra Muzaffar, Nallakarupan, Ezam, Lokman Adam, Ruslan Kassim dan ramai lagi golongan yang keluar dari perjuangan songsang ini ! Kerana mereka tahu ada sesuatu tidak kena!

Ini hanya mengesahkan bahawa beliau memang ada hubungan dengan pihak luar dari golongan Yahudi dan Nasrani yang memang ingin mematikan usaha mendaulatkan Islam di Malaysia. Gambar dan klip video banyak disebar dan anda boleh mencarinya sendiri dengan mudah di zaman serba canggih ini …

Yang peliknya ialah ;

Kenapa tuduhan rapat dengan Yahudi dilempar kembali kepada Tun Mahathir?

kenapa tidak dijawab kembali tuduhan tersebut dengan berkotak-kotak fail dan bukti ?

Kenapa tidak dibuat satu sumpah dengan nama ALLAH mengatakan dirinya tidak terbabit dengan konspirasi atau salah laku hubungan seksualiti ???

Ini sikap orang yang habis hujah ! Dia sangat bimbang usaha menjatuhkannya di saat saat hampir tiba di kerusi Perdana Menteri !

Kebetulan pula hari ini juga Faizal Tahir dibebaskan dari hukuman selama 3 bulan kerana mendedahkan badannya dalam satu konsert anjuran 8TV pada 13 Januari yang lalu.

Beliau sebelum ini mencetuskan kontroversi hebat apabila melakukan aksi melampau dengan membuka baju dan tali pinggang di seluarnya dalam persembahan meraikan ulang tahun ke-4 stesen 8TV pada 13 Januari lalu.

Ekoran itu, bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana ini dikenakan hukuman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang melarang dia muncul dalam sebarang rancangan secara langsung di mana-mana saluran televisyen selain diarahkan menjalani kerja-kerja amal.

Satu contoh bekas kumpulan Nasyid yang terkenal dengan imej Islamnya !

Namun . sekarang Faizal lagi teruk dari orang biasa hingga dikenakan tindakan 3 bulang gantung dari muncul membuat persembahan di mana mana stesyen tv di Malaysia.

Adakah Anwar dan Faizal mempunyai persamaan?

adakah sikap mereka sekarang itu juga sama di zaman silam?

Hanya anda mampu memikirkannya…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s