Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional

Kini Barisan Nasional sudah ada saingannya. Satu pakatan nampak mantap dan hebat…Namun diragukan ketahanannya lantaran ‘ bahan binaan’ dari jenis yang kurang mutu dan lain jenisnya. Dan juga pernah runtuh satu ketika dulu.

Pakatan itulah Pakatan Rakyat..

Kenapa ? kerana jika diberi nama Pakatan Mantap , ia sangat hebat tetapi jauh dari hati rakyat.

Jika diletak nama Pakatan Pangkat, lagi susah kerana nampak sangat.

Jika dibuat nama Pakatan Wang Rakyat, tentu tidak kena pada masanya….

Kerana rakyat dikatakan sasaran perjuangan mereka bukan perjuangan berbentuk membalas dendam atau perjuanga mencari nama.

Maka rakyat dikatakan sebab utama dan dinamakan sempena nama mereka !

Rakyat yang melihat pun bertepuk tangan kerana wira sejati mereka sudah datang !

Inilah pemimpin yang dinanti nanti selama ini…

Inilah pemimpin bakal membawa semua Rakyat semua Agama ke mercu kejayaan..

Inilah pakatan yang akan menghancurkan ketuanan pembesar melayu yang dikutuk hebat merampas dan menyombong diri dengan mereka..

Biarlah kelambu dibakar asalkan hati dan nafsu mereka puas melihat nyamuk mati terbakar..!

Mungkin kegagalan nama Barisan Alternatif telah menjadikan mereka phobia atau trauma pada tahun 1999..

Kegagalan perpaduan diwujudkan menyaksikan pakatan sementara satu ketika dulu itu ; bercerai dua tahun kemudian. Itu pun selepas DAP diajar teruk kerana berpakat dengan PAS yang ingin menegakkan Islam ala fahaman sempit mereka… Hasilnya DAP memenangi pilihanraya dengan undi besar kerana menolak negara Islam. Dan DAP menjadi juara kaum cina dan india yang ‘ kurang suka hukum Islam ‘

Sempit kerana mereka nampak Islam pada hudud sahaja, bukan pada perniagaan, pertanian, hiburan, perkilangan, pembuatan, dakwah ke seluruh dunia dll.

Islam yang ditunjuk hanya pada hudud, potong tangan, potong kaki, rejam, qisas, dan tidak menyeluruh hingga kepada usaha mengenalkan Tuhan kepada manusia … Hingga terlupa menceritakan kebaikan Islam hingga melangkaui agama !

PANCASILA

Jika di Indonesia, Pancasila dibenarkan antara berbilang agama, hinggs pasangan dari agama berbeza bebas serumah dan melahirkan keturunan di sana…

di negara kita juga ada peminat Pancasila. Namun ia diterjemah dalam bentuk pakatan yang dulu dikata salah kepada Barisan Nasional…

Mungkin mereka juga dari golongan peminat Panca Sitara rasanya..

Maka apabila pakatan ala Pancasila dulu telah gagal, dan menjadi sebab utama kegagalan DAP dalam pilihanraya tahun 1999, maka perkahwinan ala Pancasila tadi dibubar dan tinggallah hanya dua parti sahaja di sana.

Namun kasih yang utuh menyatukan mereka kembali dalam PRU 2008, tidak samapi 10 tahun mereka bercerai berai dari barisan alternatif !

Ketika tidak bersama, negara Islam dipertikai hingga sampai ke peringkat ‘ langkah mayat saya dahulu’…

Ketika bercinta kini , tidak timbul lagi soal itu dan mereka sanggup menukar perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan…

Lucu betul permainan politik di akhir zaman ini….

Sanggup mengaku membawa Islam tetapi hingga menggadai prinsip perjuangan yang memang sempit dan tidak berkembang menjadi penyatu antara agama dan bangsa.

Sanggup mengatakan mereka melayu namun sanggup mengkhianati sesama melayu kerana mahukan pangkat dan kuasa…..

Jika benar mereka ulama bertaraf tokguru , kenapa anak buah semakin kuat mengutuk dan mengeji lawan mereka? Lihat sahaja blog, website, email yang cukup ‘kurang akhlak dan perangai pejuang Islam’ hingga mainan kata kata kesat meniti pena tulisan mereka…

Jika benar mereka mewarisi dari Nabi, bilakah mereka mendoakan kebaikan bagi musuh yang diperangi ?? Bila musuh didoakan agar diberi hidayat?

Jika benar mereka pejuang sejati, kenapa dari awal merdeka mereka masih jauh mencapai kemenangan seluruh negeri ??? kenapa berpakat dengan bekas pemimpin yang ditendang keluar UMNO pun mereka masih kalah dan tidak dapat sokongan utama rakyat ?


Jika benar ingin mengubah rakyat, kenapa banyak lagi keburukan diri dan pengikut masih belum menjadi top priority? Kenapa masih ramai pejuang Islam kurang budi pekerti? Kenapa dan kenapa ?

Jika benar ulama sejati, kenapa berlainan fatwa dan berubah ubah dari masa ke sesungguhnya masa mengikut selera ??? kenapa mereka tidak ingat fatwa yang diberi kepada rakyat hingga timbul soal imam dua parti, akad nikah tidak sah, pasangan berpisah ???

Lihat fatwa di bawah, nilai dan gunakan akal bebas anda mengkajinya….

1) Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram (Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ogos 1963).


2) Macam mana memecahkan orang mukmin? Allah Taala suruh kita orang Islam saja bersatu.. bersatu kita puak-puak Islam. Bersatu dia campur hak kafir juga ada. Dia tarik supaya bersatu cara dia . (Ceramah Abdul Hadi Awang, Bukit Tok Beng Seberang Takir, 17 April 1984).

Kesimpulannya ;

Ramai yang pandai bercakap seperti kaum munafik di Madinah, Namun percakapan sangat mudah tetapi melaksanakannya sangat payah.. Buktinya ; lihat apa janji yang sudah dibuat oleh mereka ??? yang ada hanya himpunan menyusahkan rakyat, tanpa hormat kepada pihak keselamatan dan menganjurkan huru hara hingga merosakkan nama dan imej negara di mata dunia….

Fikirlah dengan hati yang tenang dan jiwa yang lapang !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s