DARAH SAYA PUN WARNA MERAH:LIM KIT SIANG

PERBUATAN Lim Kit Siang mengarahkan wakil rakyat DAP memulaukan Majlis adat-istiadat pelantikan Menteri Besar Perak oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Sultan Azlan Syah benar-benar satu perbuatan biadap dan tidak menghormati hak Raja-raja Melayu.

Dapatkah anda semua bayangkan tatkala Raja kita bersiap sedia untuk menghadiri Majlis Adat Istiadat, tiba-tiba Lim Kit Siang dan ADUN DAP memulaukan majlis tersebut. Betapa hinanya mereka meletak taraf Raja kita, betapa dinanya Raja kita diperlakukan sedemikian. Ternyata benar Raja kita tiada nilai di mata mereka, itu belum lagi DAP menjadi Menteri Besar Perak dan Menteri Besar Selangor?

Walaupun Lim Kit Siang sudah memohon maaf beberapa jam selepas itu, ia sudah tidak bererti kerana perbuatan itu sudah menjadi sejarah dan lambang keangkuhan, kesombongan, kebiadapan seorang pemimpin pelampau Cina dan parti DAP yang Anti-Melayu dan Anti-Islam.

Kita mungkin sudah lupa kata-kata Lim Kit Siang di Parlimen Malaysia suatu ketika dulu, katanya “ …darah saya pun warna merah sama dengan darah orang Melayu, kenapa saya tidak boleh dapat apa yang orang Melayu dapat…”.

Maksudnya , jika orang Melayu boleh menjadi Menteri Besar kenapa orang Cina DAP tidak boleh menjadi Menteri Besar. Lebih dalam lagi maksudnya, kalau Raja Melayu boleh menjadi Raja kenapa dia tidak boleh menjadi Raja kerana darahnya sama dengan darah Raja iaitu berwarna merah. Hari ini perkara ini nampak seperti omong-kosong, tetapi tidakkah kita sedar siapa yang menjadi Pemerintah di Singapura sekarang?

Perkara di atas sudah pasti dilihat oleh mereka sebagai berbau perkauman dan hasutan, tetapi apakah bezanya kata-kata “ Undilah Orang Cina ( DAP ) SAHAJA” semasa kempen parti DAP baru-baru ini. Malah mereka berkempen di mana-mana, jangan undi MCA kerana undi MCA bermakna undi Melayu. Saya tidak sanggup untuk menterjemahkan banyak lagi kata-kata berbau hasutan di akhbar-akhbar Cina yang menyokong DAP kerana ia sangat-sangat melampau dan menghiris hati kita bangsa Melayu dan umat Islam.

Kita bersyukur Sultan Perak dan Pemangku Sultan Perak tidak menerima desakan pelampau DAP yang menuntut jawatan Menteri Besar, jika tidak satu bencana besar bakal melanda umat Islam dan bangsa Melayu di Perak.

Kita juga bersyukur kerana di Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menolak desakan pelampau DAP menuntut jawatan Timbalan Menteri Besar untuk kuota DAP.

1

Sultan Selangor amat memahami jika DAP diberi peluang menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar bermakna mereka mempunyai ruang untuk mencampuri urusan adat-istiadat Melayu dan agama Islam.

Jika peritiwa 8 Mac 2008 ini berlaku pada tahun 1784 atau 1824 apakah agaknya rupa wajah negeri Perak dan Selangor? .

Oleh itu, bangunlah segera wahai bangsaku daripada kesilapan ini. Bukan satu perkara mustahil jika pada pilihanraya akan datang Selangor dan Perak akan mempunyai Menteri Besar Cina (DAP ). Bukankah Lim Kit Siang sudah pernah berkata darah dia sama dengan darah kita orang Melayu. Sekarang DAP sudah menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jangan lupa, DAP juga mempunyai wakil di Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, dan Kedah. Maknanya kaki kiri mereka sudah hampir menjadi Perdana Menteri, hanya satu langkah lagi untuk Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri selepas Lee Kuan Yew di Singapura.

Kita takut sejarah berulang, Jika dahulu Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj terpaksa mengeluarkan Singapura daripada Malaysia kerana ancaman Lee Kuan Yew, kita amat-amat takut Pulau Pinang pun akan menjadi Negara Penang dengan Perdana Menteri Lim Guang Eng dan Menteri Kanan Penang Lim Kit Siang!!!

Selepas itu barulah Perdana Menteri Penang akan menghapuskan DEB secara total, menutup corong-corong azan di masjid, menutup sekolah-sekolah aliran Melayu, dan bermacam-macam lagi.

Apakah saya bermimpi? Adakah perkara ini tidak akan berlaku pada masa hadapan? Tidak wahai bangsaku? Pernahkah kita terfikir Singapura akan jatuh kepada PAP? Pernahkah kita berfikir Pulau Batu Putih dituntut oleh Singapura sedangkan kita hanya bagi kebenaran sahaja? Ini adalah kugusaran dan ketakutan kita?

Dahulu Lee Kuan Yew pun menangis teresak-esak kerana Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, hari ini adakah Lee Kuan Yew menangis wahai bangsaku?

Bacalah buku Memoir Lee Kuan Yew, bagaimana dia menghina Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri kita. Saya tidak sanggup menulis penghinaan itu di sini, walaupun ia sepotong ayat tetapi kita orang Melayu dan umat Islam tidak akan sekali-kali menghina orang yang sudah tiada di muka bumi. Bagi Lee Kuan Yew tidak ada salahnya menghina Tunku Abdul Rahman walaupun almarhum Tunku sudah tiada untuk menjelaskan penghinaan itu!.

Cucu Mat Salleh,

Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s