Najib mula menjawab usikan ‘nakal’Tun Mahathir

Setelah menggambarkan bahawa Najib adalah pilihan beliau, Tun selepas itu mengejutkan kita dengan mengatakan bahawa Najib bukan pilihan utama Tun dengan memasukkan bekas pemimpin besar UMNO  yang boleh menentang Pak Lah termasuk Ku Li sendiri yang sudah lama bertapa di dalam Gua kawasan parlimennya.

 

Tun terus menerus mencuba mengusik emosi pemimpin utama negara dan ia dilihat satu usaha terdesak Tun di dalam menjatuhkan Pak Lah. Najib dilabelkan sebagai ‘ Mr Yes Man’  kerana mendiamkan diri dan tidak menzahirkan penentangan secara terbuka.

 

Terbaru Tok Det berkata bahawa Najib  tidak seharusnya menjadi perdana menteri kerana tidak berani mendedahkan sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya lepas.

 

Dr Mahathir, yang sering menyalahkan perdana menteri, menganggap Najib “lemah dan pengecut” kerana enggan mendesak Datuk Seri  Abdullah Ahmad Badawi mengambil tanggungjawab susulan kemerosotan BN baru-baru ini.

 

Rasanya kita tahu dan dapat agak apakah punca Tun beria ia mahu menjadikan isu kekalahan Pak Lah pada pilihanraya lepas sebagai senjata menikam pilihan beliau sendiri.

 

Ini kerana beliau tentu merasa sangat bimbang jika prestasi Pak Lah akan melebihi dirinya sendiri yang selama ini telah 22 tahun sebati dengan dunia politik Malaysia. Walhal kekalahan teruk Pak Det itu ketika krisis 1990 dan 1999 tidak menghapuskan sokongan kepada beliau walaupun timbul desakan  rakyat agar Tun meletakkan jawatan.

 

 Meskipun taktik menangis digunakan tetapi ia dilihat satu adengan air mata palsu yang melambangkan situasi Tun yang sangat terdesak menjaga kepimpinannya meskipun Pak Lah ketika itu dengan tegas mempertahankan beliau dari meletakkan jawatan. Pak Lah tidak gelojoh seperti Anwar dan Pak Lah membela Tun Mahathir.

 

Nampaknya budi yang baik dibalas baik .

 

Dan tindakan baik Najib menyokong Pak Lah sekarang kerana beliau sendiri menyokong bosnya dahulu ketika ramai pihak ketika itu mendesak Tun meletakkan jawatan setelah menjadi punca kepada kekalahan teruk BN di dalam pilihanraya ke 10 tersebut.

 

Tun sebenarnya melihat perubahan pembaharuan Pak Lah sangat drastik dan tidak mustahil bukan UMNO yang akan terkubur tetapi jasa dan sanjugan ramai orang khususnya peminat Tun sendiri akan terkubur dan beralih kepada Pak Lah.

 

Isu ex-gratia kepada bekas hakim yang dipecat, dan terkini penubuhan suruhanjaya bebas menggantikan BPR, adalah tindakan sangat tepat dan mendapat sokongan semua pihak ke arah menjadikan intergriti satu tindakan dan amalan semua rakyat Malaysia.

 

Memang isu isu jambatan bengkok, saham ECM-Libra, Wilayah Iskandar dan berbagai isu lagi dilemparkan kepada Pak Lah tetapi ia sekadar satu isu bagi menutup niat sebenar Tun yang inginkan perjalanan pentadbiran era baru ini akan terjejas dan langsung terhenti.

 

Jika berjaya, Tun sekali lagi mengulang sejarahnya sendiri sebagai orang yang sangat berani menentang Perdana Menteri Tunku Abd Rahman ketika belum menjawat apa apa jawatan lagi ketika itu.

 

Dan selepas menyerahkan jawatan utama negara, Tun nampaknya sekali lagi bernafsu besar mengkritik Perdana Menteri Malaysia.

 

Sasaran sekarang ialah Pak Lah   yang mendiamkan diri lebih banyak dari mengulas isu Tun yang sangat dihormatinya itu, meskipun selepas Tun sudah lama pencen dan mengundurkan dari dari arena pemerintahan negara.

 

Itu peribadi Pak Lah dan itulah kekuatan Pak Lah sekarang , kekuatan intergriti dan modal insan yang dicerminkan melalui tingkahlaku beliau sendiri…

 

Namun Tun tidak menghargainya.

 

Bagi Tun, isu yang diutarakan di atas adalah pokok kepada serangan hebat beliau kepada Pak Lah. Bukan sebab sebab peribadi tetapi didakwa demi kepentingan UMNO dan Malaysia.

 

Tun memang pandai menjalankan muslihat politiknya. Tetapi sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

 

Tun sudah makin jelas gelabah. Tarikh Anwar menjadi ahli politik membentuk negara menjadi Perdana Menteri ( dalam penantian ) semakin hampir. Lebih lebih lagi selepas tarikh tamat larangan berpolitik pada 14 April lepas.

 

Bukan penerimaan rakyat yang dibimbangkan Tun tetapi balas dendam dari Anwar jika benar beliau akan ditakdirkan menjadi Perdana Menteri.


Tun tahu beliau sudah banyak merosakkan nama Anwar dan Pak Lah juga sudah tidak mahu menolong Tun menutup kes kes lama yang boleh menghumbankan Tun ke dalam penjara. Meskipun  dikatakan gelaran ‘ Tun ‘ menjadikan seseorang itu kebal dari tindakan undang undang.

 

Ini kerana Pak Lah adalah sangat komited melaksanakan perubahan dalam institusi kehakiman dan memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada undang undang negara yang telah tercemar teruk di zaman Tun dahulu.

 

Rakyat tentu mahu penghakiman yang adil akan dilakukan di depan rakyat sebelum di akhirat.

 

Rakyat mesti mahukan keadilan akan bersinar terang menafikan kezaliman yang dilakukan sebelum ini.

 

Akhirnya hari ini Najib di dalam laporan akhbar online Malaysakini mengatakan dengan nada tegas menjawab kritikan Tun Mahathir  :

     
“Ia bukan masalah ‘Mr Yes Man’ atau tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun, cara yang terhormat. 

“Itu yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas,”  

Sambung beliau lagi ; peluang perlu diberikan agar peralihan kuasa berjalan dengan cara yang terhormat memandangkan segala keputusan dalam jangka masa terdekat akan memberi kesan kepada Umno.
    
“Kalau kita lakukan sesuatu pada masa ini, sudahlah Umno dan BN dalam keadaan yang selepas pilihan raya umum tidak sekuat dulu, dan kita memerlukan masa memulihkan kekuatan Umno,” katanya.
    
Perbalahan dan pergeseran juga, katanya, pasti akan berlaku sekali gus membentuk dua atau tiga puak dalam parti yang akan melemahkan Umno dan BN secara langsung.
    
“Kita tidak mampu melihat keadaan ini berlaku dalam parti dan boleh menyebabkan masalah yang besar kepada kerajaan dan negara,” katanya.

 

Rasanya cukuplah kita nasihat dengan elok elok kritikan terbuka Tun Mahathir yang sudah memakan masa bertahun tahun mengganggu usaha kerajaan Pak Lah sekarang ini.

 

Cukuplah kita berlembut dan sudah sampai masanya sekarang kita menyerang kembali kritikan demi kritikan  tok det itu kerana jika dibiarkan lambut laun ia akan merosakkan prestasi negara ke arah menjadi negara cemerlang gemilang dan terbilang !

 

Itupun jika rasa bahawa kritikan Tun Mahathir tidak bermakna dan penuh unsur dendam dan dengki kepada PM kita sekarang ini…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s