Mukhriz, anak yang sangat taat kepada bapanya !

Namun Apa agenda Mukhriz mendesak orang sekeliling mencabar Pak Lah ?

Dalam Malaysiakini semalam, Mukhriz anak soleh Tun Mahathir telah membuat cabaran terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar mencabar jawatan Presiden UMNO selepas Tengku Razaleigh juga turut menyuarakan hasrat yang sama.

“Bukan sahaja Tengku Razaleigh boleh bertanding untuk jawatan presiden tetapi juga timbalan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan naib-naib presiden,” katanya kepada pemberita di majlis ‘Pilihanraya umum ke-12 Barisan Nasional hilang sokongan pengundi muda: Di mana silapnya’, sebagai tetamu kehormat, di Machang hari ini- lapor akhbar online Malaysiakini semalam.

Selepas cubaan bapanya tidak disambut, Mukhriz muncul dengan kenyataan terbuka mendesak sesiapa sahaja samada Timbalan iaitu Datuk Seri Najib yang kini hanya menunggu selangkah sahaja sebelum naik ke persada kuasa sebagai Presiden Parti, atau mana mana Naib Naib Presiden yang turut terliur seperti Muhyiddin Yassin ; agar berani mencalonkan diri melawan Presiden Parti…

Naib Presiden UMNO dari Johor itu membuat kenyataan yang mengejutkan ramai 13 Apr, 08 lalu .Katanya ;

Umno akan hancur tanpa peralihan pimpinan …Umno sedang mengalami kemerosotan teruk jika tiada penggantian segera pucuk pimpinan parti..

Beliau berkata parti itu juga akan hilang kuasa dan tidak akan bangkit selama-lamanya. Pilihanraya umum lalu menunjukkan perasaan tidak senang hati rakyat terhadap kepimpinan parti.

Kini pelbagai pihak dari dalam dan luar parti, lapor agensi itu lagi, memperkatakan soal kepimpinan Umno yang dikaitkan dengan “masalah keluarga” dan sistem yang diamalkan. “ – laporan Bernama

Meskipun Najib tidak termakan provokasi DUA BERANAK itu, namun ia tetap LAKU hingga mendapat reaksi segera positif Muhyiddin hingga keluar kenyataan nada sama dengan pakatan dua beranak di atas.

Jelas agenda ‘tidak kira siapa’ asalkan berani menentang dan mendapat pencalonan melebihi kuota yang ditetapkan, menjadi matlamat desakan Mukhriz dan bapanya ini.. Perasaan tidak puas hati sudah jelas disimpulkannya hingga kenyataan beliau seolah olah sama seperti mencedok kritikan pedas bapanya sebelum ini. Bukannya asli dari pendapat beliau sendiri. Sama juga dengan ketua UMNO bahagian Cheras, bekas MB Selangor, Dr Khir Toyo yang hanya nampak jalan penyelesaian kekalahan pilihanraya ke 12 lalu, hanya dengan Pak Lah turun sebagai Presiden Parti..

Mujurlah ada juga suara mempertahankan Presiden agar diberi waktu membuat peralihan kuasa dari Ketua Wanita UMNO yang sudah tidak berjawatan lagi selepas menjadi Menteri selama 18 tahun, Datuk Seri Rafidah Aziz. Beliau berkata pada 26 April lalu di Kota Kinabalu bahawa desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan tanpa melalui proses peralihan kuasa secara teratur hanya akan mencipta satu lagi sejarah hitam kepada politik negara.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah, Perdana Menteri di negara ini dijatuhkan oleh sebilangan golongan yang tidak berpuas hati dengan prestasi yang dicapai oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum.

“Kita belum ada sejarah Perdana Menteri dijatuhkan dan kita tidak harus memulakan satu era masa akan datang, Perdana Menteri pada bila-bila masa boleh diarah atau digesa turun kerana ada pihak yang tidak berpuas hati.

“Kita ada proses peralihan kuasa melalui persetujuan antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau proses pemilihan dalam parti sendiri. Tak payahlah nak desak-desak,” katanya lebih lanjut.

Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa berani kerana ada suara ingin menggandingkan beliau dengan Najib meskipun Najib mengambil sikap berhati hati di dalam membuat sebarang kenyataan, bimbang sejarah Timbalan tidak sampai ke jawatan tertinggi, akan berulang ke atas dirinya.

Sementara itu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir terus bekerja keras memburukkan Pak Lah.. Kemarahannya telah membawa beliau ke BBC, agensi berita yang turut dikutuknya satu ketika dahulu.. Tun memang berani. Hingga sanggup berdepan di dalam Hardtalk , BBC bagi menjelaskan kepada dunia perasaan tidak puas hatinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Jika Anwar ke sana ke mari memburukkan negara di luar negara dengan liputan meluas media antarabangsa, nampaknya Tun juga sudah lupa kritikannya kepada Anwar hingga beliau sudah mula mengikut rentak yang sama di dalam mengkritik dengan konsisten pengganti pilihan beliau sendiri.

Mr Clean sudah bertukar Mr Very Dirty kata buku 70 dalil karangan Ahli ( baca : ghaib ) UMNO Kedah…

Selepas Tun Mahathir, bapa beliau sudah mengkritik Najib dengan mendakwanya lemah dan takut kepada Pak Lah, suara mendesak agar mencabar Pak Lah dicabar dikeluarkan lagi hari ini. Meskipun Najib membalas kritikan pedas Tun Mahathir, namun ia nampaknya masih menjadi sasaran puak ingin menjatuhkan Pak Lah di dalam UMNO.

Semakin hari semakin ramai ditolak ke depan melawan Pak Lah. Meskipun kekalahan UMNO dan BN tidak sepatutnya diletakkan kesalahan dan tanggungjawab tersebut kepada Pak Lah, namun pihak yang ingin mendaki puncak kuasa dalam parti dan kerajaan tidak sabar sabar mendesak kerajaan dan parti dipimpin oleh pengganti yang sesuai hingga kekuatan parti yang dikatakan lemah , akan kembali kuat.

UMNO memang sudah diajar dengan ‘yes man’ di bawah pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun dan sudah dimanja dengan wang bertimbun timbun. Maka puisi Pak Lah yang kita sudah dengar ternyata menggambarkan hasrat beliau di dalam meningkatkan integriti dan menolak rasuah serta menyeleweng harta negara dengan cara kotor.

Namun pembaharuan ini tidak direstui kerana mereka masih memerlukan sokongan wang yang menjadi nadi perjuangan sebelum ini. Justeru percanggahan inilah yang menjadi dilema melayu sekarang yang mana mereka masih belum bersedia menukar corak perjuangan dari berasaskan pangkat dan harta bertimbun timbun kepada agenda memartabatkan negara dan agama.

Sedangkan mereka tidak sedar bagaimana kritikan Tun Mahathir itulah yang akan memusnahkan UMNO. Tindakan tidak bijak itu akan menghancurkan UMNO kerana memberi gambaran yang salah kepada usaha murni Pak Lah di dalam mencorak kegemilangan mengikut cara yang tersendiri.

Mungkin Tun Mahathir marah kerana ada perjanjian tidak dipatuhi antaranya dengan Pak Lah ??? atau ada sebab musabab tidak nampak di mata tetapi berlaku di hati ???

Entahlah… Tun sahaja ada jawapannya.

Jika anda rasa korupsi perlu dikekalkan dalam parti Melayu Islam ini, silakan bersama sama suara mendesak Pak Lah turun dari memegang jawatan Perdana Menteri.

Jika tidak, buatlah sesuatu untuk mengalih sokongan rakyat kepada orang yang anda yakin telah tulus berkhidmat mencurah bakti kepada rakyat ! meskipun dikeji ditohmah dan diuji dengan berbagai ujian.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s