DS ANWAR: Perdana Menteri Malaysia ke-6?

Gambar dari blog pro pembangkang ( baca : pemerintah 5 negeri ) tentang gambar di atas..anda boleh teliti reaksi beliau yang kebetulan penyokong pembangkang parti PAS.

Dalam komennya, beliau seolah olah tidak puas hati kerana ia ditampal oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa Perhimpunan Bersama 5 Exco Selangor yang berlangsung di Dewan Bunga Kertas MBSA TTDI, Shah Alam pada 19 April 2008.

Katanya, Tindakan memasang poster seumpama itu adalah tidak wajar kerana Pakatan Rakyat yang baru dipersetujui dan belum secara rasmi ditubuhkan. Ia juga boleh mengundang rasa gelisah di kalangan penyokong PAS yang semestinya mempunyai calon Perdana Menteri sendiri apabila Parlimen Malaysia ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya ke-13 atau dalam di dalam situasi tertentu (ahli Parlimen BN lompat parti)…

Apakah Anwar tidak direstui semua pakatan pembangkang ?

adakah Anwar hanya mimpi dan berangan angan sahaja ke sana ke mari memupuk sokongan menjadi Perdana Menteri?

Jika ini benar, harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat diletak pada pihak yang salah. Yang jelas, setiap kepala parti ingin meletakkan calon mereka . Lihat sahaja kisah perlantikan MB Perak yang berkesudahan parti paling sedikit memerintah negeri dengan wujud spekulasi bahawa beliau hanyalah menjadi tunggangan bukan berkuasa penuh.

Inilah yang dimahukan Anwar. Semua kaum menjadi satu sama lain. Hingga di situ agenda agama tidak lagi menjadi keutamaan. Meskipun agama Islam diletak sebagai agama rasmi dan tertinggi di negara kita.

Kita tidak kisah kalau tidak ada artikel dalam perlembagaan yang menyebut islam sebagai agama rasmi tetapi sekarang peruntukan untuk menjaga keistimewaan Melayu dan Islam jelas diletakkan di dalam undang undang.

Maka, dimanakah lagi alasan kaum lain ingin menidakkan perkara di atas ?

Kita bimbang jika PKR dan sekutunya memerintah, agama akan jadi satu bahan kecil di dalam negara. Agama Islam tidak lagi menjadi tonggak dan semua agama bebas disebarkan dan murtad akan berlaku tanpa kita mampu lagi menahannya.

Bahkan kenyataan Raja Petra Kamarudin semalam, yang menyebut dengan sinis isu pertukaran agama, jelas membayangkan bahawa mereka sangat liberal di dalam bab agama. Seolah olah Islam boleh dipermainkan seperti tukar baju bila bila masa. Hingga mereka seperti ingin menggubal undang undang membenarkan penukaran agama dari Islam ke agama lain.

Jika anda suka dan berfahaman seperti mereka , ia sama maknanya anda suka kepada kebebasan keluar masuk agama. Anda suka negara di dalam huru hara kerana ramai menukar agama setelah memeluknya dengan mudah demi mendapat keistimewaan dan meninggalkannya selepas habis menikmati semua yang ditawarkan sebagai penganut agama Islam…

Raja Petra juga menyebut tentang bagaimana ISA perlu dihapuskan..Ia sama erti anda suka penjahat bebas merata rata. Anda suka kekacauan terus berlaku dalam negara kita.

Kerana ISA diguna jika ada kegiatan menggugat keamanan dan keselamatan. Ia penjaga atau benteng kestabilan negara walaupun kebanyakan pemimpin pembangkang yang sangat berani, antara bekas penghuni penjara ISA ini.

Kita tahu bukan semua pesalah politik di dalam ISA ini, ada juga dari penjenayah berbahaya, dari militan yang ingin mengancam ketenteraman awam,membunuh bukan Islam dengan fahaman sesat mereka.

Justeru, penangkapan tanpa bicara ini sangat perlu dan terbukti berkesan di dalam menjaga semua kaum dan agama dari terjebak ke dalam perpecahan dan permusuhan antara kaum.

Banyak negara lain yang masih menjalankan undang undang tersebut dan kita yakin tidak ada pihak yang dengan sengaja menahan antara rakyat Malaysia tanpa ada kesalahan yang dilakukannya.

Isu ISA, kebebasan media, institusi kehakiman, korupsi dan lain lain lagi hanya isu yang diulang ulang. Ia ingin menarik perhatian rakyat dan kita tahu tidak ada yang benar di dalam dakwaan mereka.

Contoh? Malaysiakini  yang baru memohon maaf selepas teruk memusnahkan imej Khairy Jamaludin dengan laporan menyeleweng dan Malaysia Today RPK sendiri yang menyiarkan berita palsu berhubung UUM dan Tan Sri Nordin berhubung sijil tidak sah hingga dia diperintah membayar RM 7 juta sebagai gantirugi.

Anda fikirlah kerana masih ada waktu untuk berfikir…sebelum fikiran anda tidak berguna lagi jika negara sudah dikuasai mereka yang ingin meliberalkan agama …. dan dengan bantuan saudara sesama agama kita juga…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s