Apabila Sultan Melayu dihina oleh Bangsa Melayu sendiri !

Kawan kena dipilih jika kita benar benar ingin menjalinkan persahabatan. Kalau silap pilih kawan tentu susah nak betulkan kembali ‘kerosakan’ yang timbul dari persahabatan ‘sumbang’ tersebut. Jika kawan dipilih dari yang berbudi bahasa dan bertatasusila tentu kita akan mengikuti jejak langkah siapa yang kita kawan.

Jika kawan pilihan kita melakukan perkara tidak senonoh tentu kita yang menjadi kawannya akan merasa amat malu dengan tingkahlaku yang tidak bermoral tersebut. Kecuali mereka yang rasa tidak kisah perangai rakannya walaupun jahat lebih dari syaitan dan iblis.. kerana mereka memang sanggup berkawan dengan syaitan untuk tujuan menumbangkan lawan mereka dari BN.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Seseorang itu bergantung kepada agama saudaranya. Maka hendaklah kamu memilih siapa yang menjadi kawannya..

Ini satu saranan Nabi Muhammad s.a.w bab berkawan. Jika sesama Islam perlu dipilih kawan yang hendak diajak berkawan, maka kawan dari bukan Islam lagi utama dipilih dan ditapis sebelum berkawan dengan mereka.

Bab berkawa tidak terbatas antara agama sahaja bahkan semua makhluk Allah Taala boleh dijadikan kawan selama mana dia tidak mengajak kita kepada kekufuran dan kekafiran…

Namun PAS yang dibawa oleh ‘pejuang Islam’ tidak menggambarkan begitu. Nampaknya saranan Nabi tidak dipedulikan dalam bab perjuangan menegakkan Islam. Yang mana ia satu tanda perjuangan mereka bertopengkan Al Quran dan Hadis sahaja namun tidak mengamalkannya.

Tindakan rakan ‘sepakatan’ mereka telah membuat langkah songsang dengan mempersoalkan titah perintah Agong dan Sultan Perak telah mengejutkan kita dengan tindakan manusia warganegara Malaysia ( walaupun asal dari negeri India ) bernama Karpal Singh tersebut.

Adab dan adat budaya setempat tidak dihormati meskipun dia mengetahui bahawa dia boleh dikenakan tindakan mengikut akta Hasutan seperti mana dijelaskan oleh peguam terkemuka Shafiee Abdullah dalam Utusan hari ini 8 Mei 2008..

Apabila ditanya kepada Nik Aziz, jawapan tentang tindakan Karpal tidak diulas, tanda mereka tidak mahu terjebak dengan isu tersebut. Meskipun beliau juga yang berkata ketika isu novel SHIT, bahawa ia dibenarkan agama kerana berdalil ( baca:berdalih ) bahawa Tuhan pun sama mencarut..

Maknanya bagi Nik Aziz selaku rujukan PAS bertindak mendiamkan diri dari menyelar tindakan Karpal yang memperlekeh isu titah Yang Dipertuan Agong dan tindakan mempertahankan Pengarah JAIP oleh Sultan Perak. Kuasa yang diperolehi hasil ‘pakatan’ antara PKR DAP lebih utama dari kedaulatan sultan Melayu penjaga keistimewaan agama Islam. Mereka lebih pentingkan maruah mereka dan hati rakan pakatan dari mempertahankan Sultan dengan memberi alasan tidak mengetahui isu tersebut seperti kata Naib Presiden PAS Husam Musa.

Bagaimana boleh seorang Naib Presiden PAS yang bernama Husam Musa ( pengasuh Blogger Kicdefella ) yang dikatakan akan dilantik menjadi MB jika Nik Aziz mengundurkan diri, boleh mengatakan tidak tahu kepada isu yang telah heboh ke seluruh negara sejak beberapa hari lepas..Sedangkan mereka juga turut mengutuk Pak Lah jika berkata tidak tahu kepada beberapa isu isu semasa yang mana memang memerlukan penjelasan sendiri dari menteri yang berkaitan dengan isu tersebut.

Dan terbaru hari ini pemuda PAS Perak kawasan Ipoh Timur menunjuk sikap kurang ajar hasil tindakan rakan mereka dari bangsa Singh tersebut, dengan mendesak Pengarah JAIP agar melaksanakan tugasnya dengan profesional. Ia seperti menyindir tindakan Sultan yang sudah memperkenan perlantikan semula Datuk Jamry Sury hingga menyerlahkan niat mereka yang tidak setuju dengan keputusan Sultan tersebut dengan menyerahkan memorandum. Mereka memang ingin memperli Pengarah yang dilantik oleh Sultan mereka sendiri demi kepuasan rakan pakatan mereka meskipun di sana maruah agama dan negara serta bangsa sudah jatuh di tangan bangsa Melayu sendiri yang berugama Islam ….

Dan ini hasil ‘kesilapan’ memilih ‘kawan’ hingga mereka telah sama berperangai seperti kawan yang mereka pilih sendiri melalui kerjasama parti ‘rakan’ bermata satu ( seperti lambang gerakan sulit Yahudi ) !

Alangkah ‘cerdiknya’ tindakan mereka tersebut ! Dan inilah yang dikatakan Sultan sudah dihina oleh bangsa dan agama sama dengan kita sendiri !!!

Semuanya kerana ‘kawan’ yang mempengaruhi kawan hingga sudah hilang jati Islamnya !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s