I LUV ISA – Khairy

Kenyataan sinis dari Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu seperti yang disiarkan dalam Mingguan Warta Perdana bertarikh 25 Mei 2008. Berita yang diulang balik dan telah basi kerana ia telah berada di blog Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sejak 3 Mei lagi.( klik sini ). Siap dengan gambar super impose muka Khairy seperti beruklagi dan ia menjadi tatapan pengunjung Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia ( PAS ) Wilayah Persekutuan Ia satu respon spontan dari beliau dan juga diikuti oleh Mukhriz yang turut menolak dari memakai lencana yang diberi oleh Gerakan Mansuhkan Isa ( GMI ) proksi PAS itu .

Ia diedarkan oleh Norlaila yang suaminya ditahan ISA selama enam tahun di Kamunting. Beliau diiringi Dr Lo’lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa ketika mengedarkan ‘badge’ berkenaan.

Mukhriz ketika menjawab selepas menolak lencana berkenaan berkata “ Saya tak boleh ambil ‘badge’ ini. Lagipun, kalau tak salah kenapa takut ISA pula?”

Memang benar ISA tidak dikenakan sewenang wenangnya. Ia digunakan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan perlu oleh kerajaan agar keamanan dan kedaulatana Malaysia akan terpelihara. Berapa ramai tahanan ISA juga terdiri dari kalangan mereka yang membuat kegiatan membahayakan keselamatan seperti mengedar senjata api, dadah, kongsi gelap dan sebahagiannya.

Politik yang bersifat menghasut dan membahayakan ketenteraman awam juga turut dikira membahayakan Malaysia. Seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenakan ISA selama 6 tahun tentu beliau telah diberi peringatan dan amaran agar tidak meneruskan sesi demonstrasi yang diadakan di ibukota selepas pemecatannya. Beliau memang sedar risiko tersebut dan telah mengambil tindakan agar dihukum dengan ISA , dengan harapan rakyat akan semakin simpati kepadanya dan tidak akan melihat kepada pertuduhan yang telah dikenakan kepadanya.

Ini jelas kerana sebarang tindakan menghimpunkan ribuan rakyat dan menganjurkan ceramah menghasut agar membenci kerajaan tentu tidak akan membawa kebaikan kepada negara. Dan ia sangat bahaya kerana diucap oleh individu berpengaruh dan memiliki ribuan pengikut setia yang boleh diarah bila bila masa membuat kekacauan di dalam negara. Akhirnya kegiatan berdemontrasi dan menggangu keamanan telah terhenti selepas ditahan ISA dan negara kembali pulih seperti biasa selepas penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kamunting menggunakan akta ISA ini.

Saranan GMI dan pembangkang dari PAKATAN RAKYAT membebaskan semua tahanan ISA seolah oleh ingin membiarkan penjenayah dan individu yang berpotensi membuat kekacauan bebas bergerak ke mana mana dan mengancam keselamatan kita semua. Tentu ISA adalah langkah terakhir selepas tiada lagi cara lain yang dapat digunakan bagi menghentikan ancaman keamanan dan kestabilan masyarakat Malaysia hingga menakutkan pelancong dan pelabur dari datang ke Malaysia.

Dan PAS nampaknya begitu baik ingin membebaskan semua tahanan ISA kerana mendakwa ISA zalim atau kerana takut kena ISA satu hari nanti ???

Seperti kata Mukhriz ; ” Lagipun, kalau tak salah kenapa takut ISA pula? !!

Fikir fikirkanlah ….

Penulis sedikit kesal kerana Norlaila ingin menyimbah asid ke muka Mukhriz dan Khairy kerana menolak badge tersebut seperti yang tertera di dada akhbar Mingguan Warta Perdana. Kenyataan keras yang tidak patut diucap dari mulut seorang perempuan yang dibawa ke Parlimen berkempen dengan mengedar lencana hapus ISA dan menyumpah seranah kepada yang enggan menerima ’badge’ tersebut.. Lagi tidak patut kerana dia bersama Ahli Parlimen dari Parti Islam Semalaysia yang tentu sudah mengajarnya adab di tempat berhimpun wakil rakyat dan ahli parlimen serta adab adab seorang muslimah yang baik dan berbudi mulia…….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s