Apa Punca dan Kesan Tun Mahathir nekad keluar parti – satu analisa

Isu Tun anak beranak keluar UMNO dan mengajak ahli ahli yang lain keluar sama, satu tindakan yang tidak pro-aktif ( seperti kata sahabat mantap )..Saya sendiri masih keliru apakah punca sebenar. Walaupun saya ada juga mengagak Tun sekadar ingin ‘mengusik’ Pak Lah agar terus bekerja keras menjaga parti.

Mungkin juga selepas kahwin Tun Mahathir takut Pak Lah akan selalu dibelai isteri baru, yang akan mengganggu kerja Pak Lah. Atau Tun tidak mahu Pak Lah akan terbilang ? atau Tun ingin menarik pengunjung ke blog barunya ? yang setakat ini sudah mencecah 771,910 – rekod yang sangat tinggi sesuai dengan kedudukan Tun sendiri – bekas Perdana Menteri paling lama di negara kita.


Tun Mahathir nampaknya sudah diikuti langkahnya oleh ahli yang lain seperti Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Abdul Razak Bahari dan ia memang sudah dijangka.. Cuma Tan Sri Sanusi sahaja yang mendahului ‘imam’ kerana ‘mufarakah terlebih dahulu sebelum imamnya.


Cuma, yang tidak dijangka ialah anak Tun Mahathir iaitu, Mukhriz sendiri yang enggan keluar, termasuk antara bakal calon Ketua Pemuda UMNO akan datang, iaitu Dr Khir Toyo, Fuad Zakarshi, Ali Habshee dan lain lain termasuk Ku Li yang nampaknya tidak seberapa setia sangat dengan Tun dan tidak seberapa berani ‘membunuh diri’

UMNO Perak sudah berbunyi mendesak Mukhriz & Co keluar segera dari parti..

Alasan beliau keluar dipersepsi orang macam-macam. Ada kata ‘duri dalam daging’ sudah tercabut seperti kata Tun Musa Hitam..Namun, Semalam laporan akhbar menyebut Tun Mahathir sudah mula  menyerang balas kritikan peda beliau dan Shahrir Samad di blog Tun sendiri …

Dan yang utama ialah kesan tindakan ini. Hingga saham telah merudum selama dua hari berturut turut – lapor Bernama..


Kesimpulan saya ialah:

(a) Punca

– Tun tak puas hati dgn PM kerana kaedah tadbir yang berbeza.

– Tun lebih diktator dan akauntabiliti ditanggungnya. Tun mengawal dan menjawab segala isu.

– PM sekarang lebih terbuka dan tiap orang ada akauntabiliti. Setiap Menteri diarah memberi penjelasan masing masing bagi isu melibatkan kementerian mereka. Ini sangat sihat kerana ia menunjukkan keterbukaan PM berbanding masa dahulu.

-Kejayaan cemerlang PM ialah PRU-11 yg tidak pernah dialami oleh Tun. Ia terbaik pernah dicapai BN dan mengatasi rekod Tun Mahathir…

-PM juga membiarkan sistem hakim putuskan keputusan melepaskan DSAI.

-Pelantikan kabinet terbaru tidak termasuk orang2nya yang lalu spt Rafidah. Ia seolah menyingkirkan orang kuat Tun Mahathir sedangkan ia adalah proses menggabungkan muka lama dan baru agar Kabinet akan bertambah dinamik.

-Rekod kurang elok BN pd PRU-12. Kemuncaknya bila laporan suruhanjaya kes video lingam yang libatkan Tun sendiri.

(b) Kesan

– ada impak pd orang Melayu apatah lagi bila UMNO kalah di 6 kws (termasuk WP).

-Tun gagal cari pengaruh sebelum ini dan tindakan keluar parti sebagai cara terakhir.

-2-3 orang ahli UMNO keluar tak jejas 3 juta ahli lain.

-Ada eloknya dia keluar kerana menghentam parti dari dlm lebih besar bahaya berbanding dari luar.

-Ujian ini baik kepada UMNO dlm usaha bina kekuatan.

-Parti yang mengidolakan individu atau pemimpin boleh hancurkan parti itu sendiri.

-Inilah cara pembersihan yg terbaik yg ditakdirkan Tuhan.

-Orang bukan Melayu sebenarnya takut dgn ketidakstabilan parti Melayu.

-Sikap pembangkang ambil kesempatan perkara biasa tapi tidak ada makna jangka panjang.

-Tempoh 4 tahun sebelum PRU-13 cukup utk kembalikan kekuatan UMNO, BN.

Semoga ‘kotoran’ akan segera keluar dan memberi nafas baru kepada perjuangan UMNO agar bertahan dalam situasi mencabar ekoran serangan dari dalam dan luar ini.

Mungkin lagu warisan perlu dihayati selalu oleh kita semua agar sedar ‘kita tiada masa lagi’ dan jangan berpencak silat sesama bangsa sendiri kerana ia hanya merugikan Alif Ba Ta sahaja…

salam dari : tok janggut

One response to “Apa Punca dan Kesan Tun Mahathir nekad keluar parti – satu analisa

  1. assalamualaikum,
    Aku penyokong Umno jugak tapi aku tak berapa setuju satu paragraph tu yang kau ckp ” Kejayaan cemerlang PM ialah PRU-11 yg tidak pernah dialami oleh Tun. Ia terbaik pernah dicapai BN dan mengatasi rekod Tun Mahathir”.
    Cuba kau teliti betul2 ngape UMNO menang besar masa tu, sebabnya waktu tu terlaluy awal sangat orng nak menilai pak lah, dengan sajak nya yang meruntun jiwa, islam had-harinya, keluarga ulama datuknya yg disiarkan hari2, menyebabkan org terpengaruh dgn jiwa islam yg dibawanya,
    Aku nak tanya kaulah apa yg kau faham tentang Islam had-hari tu.
    Apa impak kepada rakyat malaysia ni?
    Harus di ingat ramai pengundi muda UMNO sekarang yang hidup di zaman Tun termasuk aku masih lagi menyanjung tinggi Tun, kalau diperbandingkan dengan Pak Lah sgt jauh berbeza.
    Tolonglah nasihatkan Pak lah supaya turun segera sebelum nasi menjadi basi sebelu PRU 14 .
    semoga UMNO terus subur sebelum layu.
    Aku sayangkan Umno lebih dari Pak lah.

Leave a comment