No2Umno – anda silap !

Apa sebab tiba tiba saya sentuh blog utama dan telah menjadi blog yang millionaire hitsnya pada 15 Mei lepas untuk artikel saya yang terbaru ini ?… Adakah saya ingin menyaingi hits blog No2Umno yang terlalu famous itu ? Atau ada sebab sebab lain lagi ?

Saya fikir tidak perlulah saya mengikut jejak langkah mereka yang ingin cepat popular dengan memberi komen mengutuk dan mencerca kerajaan yang diperintah oleh parti cap Keris…yang ditadbir secara kerjasama parti cina dan india yang bersefahaman di dalam membina negara dan sangat menghormati hak kita selaku Melayu yang termaktub hak istimewanya di dalam undang undang negara.. Langkah yang boleh melariskan blog saya tetapi dalam masa yang sama akan menghancurkan nama baik negara saya..bukan mereka.

Juga saya fikir tidak perlu bagi saya menyertai parti cap bulan atau parti anak mata satu – simbok dajal seperti disebut dalam hadis – untuk saya kejar kemewahan dan kesenangan. Atau mengejar title ‘pejuang Islam’ di hadapan manusia. Ia bukan cita cita dan tujuan utama hidup saya…

Kerana sanjungan hanya sekejap. Tengok warga emas yang masih belum bersara sepenuhnya bernama Tun Mahathir, telah merasa bagaimana sanjungan telah beralih kepada pengganti beliau sendiri iaitu Pak Lah. Sensasi, dan panas adalah tema perbuatan dan percakapan beliau sekarang.

Kenapa ?

tentu dapat anda agak puncanya jika anda bayangkan diri anda berada di satu kedudukan yang tinggi hingga digeruni kawan dan lawan, akhirnya kehilangan dan kesunyian menjadi teman di kala mengira hari ke liang lahad. Tentu anda akan mencari cara mendapat perhatian negara, seperti mana ketika anda dahulu masih dicari untuk nilai berita yang akan menaikkan jualan akhbar dan menaikkan nama hingga anda akan dikagumi, untuk selamanya.

Saya tidak beraksud ingin mengulas berkaitan tindakan ‘tepat’ Tun Mahathir Mohamed keluar UmnO tetapi saya ingin menarik perhatian tentang realiti tulisan blogger politik kita yang sentiasa memberi sokongan dan mencari jalan mempertahankan pakatan rakyat mereka.

Meskipun ada benda dan isu lain boleh ditimbulkan jika mereka benar benar ikhlas dan tegas di dalam memuntahkan ‘peluru’ mengkritik kepimpinan negara mereka juga iaitu Malaysia.

Memang tiada orang akan mengkritik bukan negara mereka kecuali ia melibatkan negara / agama atau kepentingan mereka. Rasanya anda masih lagi ingat tentang kritikan USA tentang nilai sebenar Ringgit yang dikatakan berada di bawah nilai. Ia menjelaskan kepada kita bahawa di saat saat sinar harapan negara Malaysia wajah baru idea Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin suram dek serangan bertali arus dari pihak kerajaan, keluarlah statement tersebut hingga menggegarkan kedudukan kerajaan di pandangan negara negara seluruh dunia.

Sekejap tadi Berita Buletin Utama TV3 turut mendedahkan isu janji janji yang masih banyak belum ditunai oleh Pakatan Rakyat sedangkan mereka sudah mula menternak dan menjadi penternak baru Babi International…Dengan kos RM100 juta dan bagi memenuhi keperluan tempata; kata mereka. Apabila dikritik, mereka menjawab projek itu telah dikajildan dilulus kerajaan sebelum mereka iaitu BN.

Sebenarnya mereka sekadar ingin melarikan diri dari terus menjadi mangsa kritikan sehingga akhir sekali ketua kampung projek tersebut dijadikan sasaran dan turut terkena tempiasnya sehingga ditelanjangkan sebegitu rupa ‘wajah sebenar’ tersebut di medium blog alam siber.

Kan dapat disekar kelulusan projek tersebut, kenapa kerajaan lama juga disalahkan dan dikecohkan seuruh Malaysia ? di manakah komitmen komitmen merealisasikan manifesto sedangkan projek Babi Antarabangsa ( baca : Melayu India Cina ) yang tiada di dalam janji pilihanraya, telah dibuat dan diletakan didalam senarai pertama langkah kerajaan negeri Selangor ?

apakah mereka tidak menyedari bahawa Teressa Kok sangat suka dengan binatang ‘bersih’ tersebut hingga hidangan lima ekor binatang kesukaan kaum bermata sepet tersebut telah menjadi berita utama di blog beliau ?

adakah lima ekor bermakna lima negeri yang dikira sama dengan jumlah binatang babi yang mereka raikan hari itu? adakah ia berlaku dengan sengaja atau sebaliknya?

Hmmmm….. yang sayangnya No2Umno nampaknya ingin benar membela Pakatan Rakyat yang menjadikan babi sebagai binatang pertama diternak selepas pilihanraya, hingga tidak lagi nampak kesilapan manifesto manifesto yang ditaburkan sehingga mendesak mereka menukar dan merubah sesuka hati apa yang dijanji.

Lihat bagaimana janji seribu seorang kepada anak Selangor ke IPT, yang baru lahir yang telah diubah hingga ada yang membuat laporan kerana merasa tertipu dengan janji janji yang diberikan. Beliau juga turut membuat laporan yang kedua terhadap kerajaan Selangor yang memerintah hasil janji janji yang memiliki ‘pembolehubah’ bila bila masa…

Namun, keberanian beliau mencabar kerajaan Pakatan Rakyat tersebut telah memakan dirinya kembali. Dia telah dijadikan ‘sasaran tembakan No2umno ‘ bagi menutup kelemahan Pakatan Rakyat. Seluruh hidupnya dihighlightkan hingga satu dunia dapat baca….

Meskipun ia dilapor dan dibesar-besarkan oleh media, suara blogger sepatutnya menjadi pendesak kepada pakatan sokongan mereka, agar memberi komen dan jawapan kepada isu isu berkaitan pilihanraya yang lalu.

Namun, latar belakang juga yang dikorek hingga menimbulkan persepsi bahawa dia diupah dan diperalat seseorang agar menjadi senjata menggertak Pakatan Rakyat atau menanam keraguan di dalam hati sanubari penggundi agar mereka tidak akan tertipu lagi pada masa hadapan…

Apakah ini tanda No2umno dibayar bulanan atas kerja ‘ bagus’ macam ini ? apakah motif semua kesalahan diletak kepada PM sedangkan semua bertanggungjawab termasuk Tun Mahahthir sehingga kacau bilau bilik gerakan di pos petugas, angkara kritikan yang ‘sangat bagus’ itu. apakah ini arahan ‘tangan ghaib?

Sama samalah kita fikirkan dengan tenang, setenang hati yang damai di dalam mengingati Tuhan…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s