Artikel sahabat blogger ; kenapa Mukhriz tidak mengikut langkah bapanya

OLEH: PEJUANG BANGSA

SATU perkara yang perlu diketahui; ‘suasana kalah’ seperti yang berlaku sekarang pernah berlaku sekali dalam tahun 1969, di mana Perak dan Selangor ‘tumbang’ ke tangan pembangkang, walaupun akhirnya terselamat akibat ‘lompat’ dan antara yang tewas, termasuklah Dr.Mahathir Mohamad yang digelar duri dalam daging oleh Tun Musa Hitam.

Sebaik sahaja tewas di tangan Ustaz Yusof Rawa, Dr. Mahathir menulis surat kepada Perdana Menteri ketika itu, (Almarhom) Tunku Abdul Rahman Putra, mengkritik dan mendesak Tunku berundur.

Langkah Dr. Mahathir itu, dengan beberapa surat pembaca yang ditulisnya tanpa menggunakan nama sebenar, kini dikuti oleh anaknya, Mukhriz yang terus menerus membuat onar mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Tahun 1969 juga, Menteri Penerangan adalah orang Kedah, Senu Abdul Rahman tewas. Tahun 2008, Menteri Penerangan juga dari Kedah, Zainuddin Maidin namanya. Pun tewas. Persamaan ini, hanya dibezakandengan kehadiran ‘internet, blog dan laman web’ sedangkan tahun 1969, semua ‘media baru’ ini belum wujud lagi.

Ketika Dr. Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno, tentunya orang-orang lama akan berkata ‘betul tindakan Tunku Abdul Rahmandahulu yang memecat Dr. Mahathir dari Umno’.

Marilah kita sedekah al-Fatihah buat Almarhom Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang berpandangan begitu jauh, ketika menilai siapa Dr. Mahathir ini. Al-Fatihah!

Jangan lupa, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, Umno diharamkan. Apakah ‘luka’ ini boleh dilupakan begitu sahaja? Apa yang Dr. Mahathir tidak buat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah, selain memindahkannya dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan seterusnya menggugurkannya… boleh dianggap sebagai ‘haknya’ yang tidak perlu dipersoalkan.

Apa yang tidak dilakukan Dr. Mahathir terhadap Musa Hitam hingga menyebabkan Musa mengambil keputusan mengundurkan diri dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan melepaskan semua jawatannya termasukMenteri Dalam Negeri.

Begitu juga dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba ‘disingkirkan’ dengan penuh penghinaan walaupun gambaran di luar seolah-olah Ghafar dikalahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam filem P. Ramlee bertajuk Laksamana Do Re Mi… ada satu adegan di mana seorang Raja dan seorang Permaisuri ‘bertakhta’ di bawah sebatang pokok, masih lagi mahu memerintah dengan memanggil Memanda Menteri, sedangkan ketika itu sudah tidak mempunyai negeri, jauh sekali mempunyai kuasa gara-gara Menteri Pasola.

Hari ini, Dr. Mahathir yang sudah ‘melepaskan semua jawatannya’ masih lagi mahu menyeru ahli-ahli Umno mengikut langkahnya, meninggalkan Umno buat sementara waktu untuk mendesak Perdana Menteri, berundur.

Seperti ada persamaan Raja dalam filem Laksamana Do Re Mi dengan Dr.Mahathir dalam hal ini. Sudah hilang kuasa, terasa masih berkuasa lagi. Menyeru lagi!

Alahai, Dr. Mahathir. Dr. Mahathir terlalu banyak berbuat tidak adil kepada ‘orang lain’ketika dia berkuasa dahulu. Hari ini, semua tindakannya itu, tertimpa ke atas dirinya sendiri – memecat dirinya sendiri selepas ‘kusut fikirannya’ mengenangkan pendedahan klip video Linggam!

Dr. Mahathir masih tidak malu bertempik di merata tempat bercakap soal Jambatan Bengkok dan isu Proton. Suatu ketika dahulu, di bawanya bekas CEO Proton berjalan bersama-samanya untuk mengecam kepimpinan Pak Lah.

Kini, panglima yang dibawanya berjalan, kelihatan Sanusi Junid, bekasMenteri Besar Kedah yang pernah melepaskan jawatan akibat ‘cakapbesar’ dengan menghancurkan politik Umno di Kedah.

Sanusi pernah sekali, bersama-sama Anwar dan Pak Lah menjadi Naib Presiden Umno dalam tahun 1990. Di mana-mana dia pernah dipetik sebagai berkata; “Pak Lah ni hanya tukang baca doa” yang tidak patut dapat jadi Perdana Menteri.

Sanusi bercakap dengan ramai orang, merendah-rendahkan Pak Lah kononnya mahu dibandingkan dengan dirinya sendiri, lebih layak menjadi PM Malaysia, jika dibandingkan dengan Pak Lah.

Bila ada wartawan bertanya selepas Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari Umno, Sanusi menjawab; “saya sudah keluar Umno lebih dulu dari Dr. Mahathir.”Jawapannya itu, bolehlah ditafsirkan sebagai “dia lebih berani dari Dr. Mahathir dan dia lebih dulu dari Dr. Mahathir.”

Lupakan hal Sanusi ni. Menteri ‘Mat Jenin’ ini hanya catatan sejarah kecil sahaja di Malaysia. Tidak perlu untuk dipanjang-panjangkan ceritanya kerana tidak ada apa yang hebatnya dia. Dr. Mahathir, sebenarnya tidak dapat memisahkan hidupnya dari ‘lampukamera’.

Jika dia tidak keluar, tidak berucap, tidak dapat buat sidang akhbar, dia merasakan masyarakat sudah melupakan dia. Ini dia tidak boleh terima. Selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, bukan sekali desakan berundur dihalakan kepadanya. Dia pekakkan telinganya. Dia butakan matanya.

Dia buat-buat tidak tahu ada desakan di bawah, yang menuntut dia berundur. Ketika dia menjadi Presiden Umno, ada dua bekas Presiden Umno meninggalkan Umno. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

Di zamanPak Lah, hanya seorang sahaja bekas Presiden Umno bertindak meninggalkan Umno, iaitu Dr. Mahathir. Di zaman Dr. Mahathir, bukan dia sahaja berkrisis dengan timbalannya tetapi boleh dikatakan semua parti komponen BN, menyaksikanpertelingkahan Presiden dengan Timbalan Presiden.

Bolehkah kita lupa macam Lee Kim Sai berbalah dengan Dr. Ling Liong Sik? Bolehkah kita lupa bagaimana Datuk Seri S. Samy Vellu bertelingkah dengan Datuk S.Subramaniam?Tan Sri Taib Mahmud bertelingkah dengan Datuk Abang Abu Bakar Abang Mustapa, Dr. Lim Kheng Yeik berbalah dengan Kerk Choo Ting dan semuaini ‘mungkin kerana semua parti-parti komponen menyaksikan’ kepimpinan melalui teladan.

Mereka tengok Dr. Mahathir boleh ada empat timbalan, mengapa mereka tidak boleh?Orang Melayu, khususnya orang Umno, usah melatah. Orang Melayu, khasnya orang Umno, usah terpedaya dengan permainan ‘Maha Zalim’.

Orang Melayu tidak ada parti lain, selain dari Umno yang telah membuktikan perjuangan dan pembelaannya terhadap bangsa, agama dan negara.Hari ini, Dr. Mahathir ‘menghasut’ orang-orang Kedah kononnya tidak ada seorang pun menteri dari Kedah dan menyindir, ada negeri yang dapat banyak kerusi menteri.

Dr. Mahathir tidak boleh nyenyak tidur malam kerana dia merasakan Anwar Ibrahim mungkin berjaya menjadi Perdana Menteri yang bererti membuka pintu penjara buat dirinya. Datuk Shahrir Abdul Samad tentunya boleh menceritakan bagaimana’bencinya’ orang-orang di Johor Bahru terhadap Dr. Mahathir yang menyebabkan Shahrir meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan kemudian bertanding semula – bagi membuktikan benar Dr.Mahathir dianggap sebagai diktator oleh pengundi-pengundi di Parlimen Johor Bahru.

Hilangnya Dr. Mahathir dari Umno bukanlah sesuatu yang perlu ditangisi. Biarlah dia pergi dengan jiwanya yang berkecamuk dan dia mungkin terhibur berdamping dengan Sanusi Junid yang merupakan penglipur lara kepada Dr. Mahathir.Persoalan sekarang… kenapa Mukhriz tidak ikut jejak Dr. Mahathir?Adakah dia benar-benar sayangkan Umno atau dia tidak menghormati pendirian ayahnya sendiri.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s