Ezam hulubalang baru Umno



Teka-teki dah terjawab.. ( gambar : KL POS )

Selamat Pulang :

Itulah ucapan dari saya jika dapat bertemu Ezam… Peribadi beliau memang konsisten dengan prinsip agama dan itulah yang diusahakan selama ini. Hasilnya kerajaan mendengar dan melaksanakan cadangan GERAK ( NGO ) yang diasaskan beliau sehingga semalam Ezam sudah tidak betah lagi bersendirian dan ingin pulang ke ‘gagang’.

Mohamad Ezam Mohd. Nor menegaskan beliau kembali ke pangkuan Umno semalam demi prinsip, tetapi rela diperalatkan untuk melawan bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang.

“Saya orang politik. Dalam politik kita sentiasa dipergunakan. Saya rela untuk dipergunakan Umno demi kebaikan,” katanya menjawab soalan sama ada beliau bersedia diperalatkan Umno untuk menangkis pengaruh Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar, katanya, berdosa besar kerana setelah dibebaskan dari penjara, telah mengubah prinsip perjuangan PKR daripada sebuah parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu menjadi sebuah parti yang telah membuang terus perjuangan Melayunya itu.

Beliau juga dengan sinis mengkritik Anwar sebagai pemimpin yang mengamalkan politik menghalalkan cara sehingga sanggup memperalatkan Dasar Ekonomi Baru dalam kempen pilihan raya umum ke-12 hanya untuk menarik sokongan bukan Melayu.

Anwar, jelas Ezam telah membawa PKR keluar daripada landasan perjuangannya semata-mata untuk kepentingan peribadi beliau.

“Jika tidak percaya, tanyalah pemimpin-pemimpin peringkat negeri dan bahagian. Janganlah tanya pemimpin besar, kerana mereka sudah kenyang,” ujar Ezam, bekas Ketua Angkatan Pemuda PKR, yang keluar parti itu April 2007.

“Sebabnya besar. Ia satu perselisihan yang serius. Jangan lupa, saya dan Datuk Nala (S Nalakaruppan yang turut hadir pada sidang akhbar itu) adalah dua orang yang pernah masuk penjara kerana Anwar. Semuanya kami akan dedahkan nanti.”

Ezam juga menafikan spekulasi bahawa beliau ditawarkan jawatan untuk menyertai Umno.

Katanya, jika tawaran menjadi ukuran sudah lama beliau menganggotai semula Umno dan bukannya sekarang.

Sebelum ini, dedah Ezam, beliau pernah ditawarkan jawatan dan kedudukan tinggi untuk meninggalkan Keadilan (kini PKR) oleh pemimpin kerajaan, tetapi tidak berminat kerana tidak ada tanda-tanda reformasi dalam Umno.

Beliau mengulangi bahawa minatnya kepada Umno bangkit semula berikutan perubahan dasar yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam isu rasuah dan institusi kehakiman.( sumber )

Apa pula reaksi anak Tun Mahathir yang memang selalu ‘ sumbang’ nadanya kepada Pak Lah dan UMNO sekarang ??

Ahli Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir pula tidak setuju dengan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO.

“Ada sesuatu yang tidak kena di sini,”katanya. Malah katanya ‘’saya risau apakah kemasukan Ezam menjadi satu petanda awal bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali menyertai UMNO.”

– Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang diminta mengulas pula memberitahu beliau bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Ezam.

“Kami kawan lama,maklumlah dia keluar (dari UMNO ) dulu bukan dalam keadaan yang menyeronokan .Kita bersihkan yang lama supaya nanti tiada yang membelenggu beliau berjuang bersama kita.

“Saya terfikir juga bagaimana dia tergerak hati untuk bersama-sama dengan kita,mengapa orang yang begitu rapat dengan Anwar seperti Chandra ( Dr Chandra Muzaffar) dan Nalla ( Datuk Nallakaruppan) juga sudah kecewa dengan Anwar.

“Semua ini menimbulkan tandatanya kepada saya secara peribadi hingga berjumpa dia nanti.Tempat dan tarikh belum ditetapkan,”katanya.

Ditanya mengenai penerimaan ahli UMNO pada Ezam beliau berkata itu bergantung kepada cara dan pendekatan Ezam sendiri dan ia perlu dari peringkat bawah.

Apa reaksi bekas Presiden parti lama Ezam ? dan kawan ‘baiknya’ ?

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Azmin Ali senada menilai langkah bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda parti itu Ezam Mohd Noor nak masuk UMNO langsung tidak menjejaskan pembangkang.

Kedua-dua mereka yang ditemui di lobi Parlimen berkata ini kerana Ezam sudah lama bukan lagi ahli PKR.

“Itu pilihan dia,”kata Wan Azizah.

Manakala Azmin yang mulanya agak keberatan nak komen berkata, “ saya tak perlu komen kerana dia bukan ahli Parti Keadilan Rakyat….bahkan parti bukan bersandarkan kepada satu individu…kekuatan parti bersandarkan kepada sokongan rakyat yang mahukan agenda perubahan.

“Dari segi lojiknya orang yang paling lama dalam UMNO Tun Dr Mahathir pun sudah istihar UMNO sebuah parti yang rosak…dia sendiri telah keluar dari UMNO jadi saya tak perlu komen lebih dari itu,”katanya yang diketahui umum mempunyai hubungan yang dingin dengan Ezam.

Kedua-dua Azmin dan Ezam sebelum ini merupakan tunjang Parti Keadilan Nasional iaitu nama asal PKR.

Sumber : Agenda Daily

Ezam sudah tidak relevan dengan politik Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).” Demikian komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohamad ketika diminta mengulas kemasukan semula Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno semalam.Beliau berkata, PKR berjaya dengan baik tanpa ketiadaan Ezam dalam pilihan raya umum ke-12 dan barisan Angkatan Muda juga berjaya di bawah kepimpinanannya.

“Justeru, tahniah kepada Umno kerana sudah ambil semula dan saya tak anggap ia sebagai masalah,” katanya di Parlimen hari ini. ( sumber )

Jelas, mereka merasa Ezam tidak bernilai lagi sedangkan UMNO tetap nampak ‘kilauan permata’ yang masih utuh dalam peribadi Ezam….

Sementara itu , Ezam sudah tegaskannya tengah hari tadi semasa sidang akhbar bahawa ramai lagi akan mengikut jejak langkah mereka kembali kepada parti UMNO dan menyokong kepimpinan Pak Lah… Agenda Daily juga menulis hal yang sama di bawah :

Lagi bekas pemimpin PKR nak sertai UMNO

TERBARU: Tiga orang bekas Ketua Pemuda PKR negeri iaitu Kedah,Perlis dan Selangor istihar nak mohon sertai UMNO ikut jejak bekas Ketua Pemuda Ezam Mohd Nor.Turut ikut serta ialah bekas orang kuat PKR Permatang Pauh Anuar Shaari yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mereka akan serah borang kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen jam 1 tengahari ini – 29/5/2008

Dan yang sahihnya berita Utusan 29/05/2008 3:40pm : Dua lagi bekas orang kanan PKR masuk UMNO

KUALA LUMPUR 29 Mei – Dua lagi bekas orang kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen hari ini.

Mereka ialah bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan, Anuar Shaari dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli. – Utusan.


Apa pun, kita bersyukur kerana di saat saat ramai tidak setia dan derhaka kepada parti, makin ramai pula kembali dan menyokong Perdana Menteri… Mungkin rasa tertipu dan terpedaya telah membuatkan mereka keluar dan kembali kepada tempat asal perjuangan mereka bermula satu ketika dulu.

Tahniah kepada sesiapa yang berjaya memujuk Ezam dan rakan rakannya kembali kepada UMNO…Tentu ramai tidak senang duduk dengan senario terbaru ini kerana bimbang kedudukan mereka akan diganggu oleh Hulubalang baru yang memang sangat tangkas dan petah membalas hujah lawan.

Cuma, di tengah keributan ini, rupa kawan baik Khairy tidak kelihatan…Mungkin beliau ada percaturan sama di dalam menguatkan parti yang dipimpin Bapa Mertuanya ini ? Mungkin Ezam akan menjadi regu Khairy hingga menumpaskan Mukhriz dan Dr Khir ?

Sama sama kita tunggu. Moga UMNO akan terus bangkit dengan pertolongan tidak diduga ini yang semuanya dari gerakan hati dari Yang Esa kepada UMNO yang telah berjasa menjaga agama bangsa dan negara hingga semua bangsa mendapat rahmat dari kemakmuran negara Malaysia yang dipanggil Malaya ketika baru merdeka.


Ingat lagi pesanan Ezam ketika masih di luar UMNO agar PAS berhati hati dengan PKR ( klik sini )


Hidup Islam !!!!!!!!! Hidup Melayu !!!!!!!! Hidup Malaysia !!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s