Ezam n friend Trojan Horse atau Ashabul Kahfi ?

Saya tertarik membaca komen komen positif dan negatif berkenaan kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Ia pasti diucap oleh tokoh terkemuka dan popular. Yang penting, nada menolak dan menerima perkara biasa dalam apa apa isu.

Cuma, calon bagi jawatan Naib Presiden UMNO nampaknya bimbang dan ada ura ura dikhabarkan akan kembali ke jawatan lama. Selepas memberi laluan mudah kepada sesiapa sahaja yang ingin mendaki tangga seterusnya dalam parti, sebagai Ketua Pemuda.

Namun, keikhlasan diuji lagi.. Ezam dan kawan kawan bak Ashabul Kahfi nampaknya tidak diterima dengan mudah ke dalam perjuangan UMNO. Kecelaruan ini tentu ada makna tersirat di samping tersurat.

Nampaknya Ezam masih lagi berbisa. JIka dia biasa biasa sahaja tentu ramai akan diam tidak berkata apa apa. Tetapi, sangkaan baik perlu didahului kepada bekas ahli yang telah ‘bertaubat’ dan nekad ingin mencuci segala sampah hasil perbuatannya dahulu.

Ada orang nampak Ezam wira bangsa. Yang akan mendedahkan tindakan Anwar yang dikatakan telah lari ‘kemelayuan’ dan ‘keislamannya’… Jangan salah sangka, saya tidak kata Anwar murtad atau munafik, cuma kata dia dikatakan oleh ramai orang berkawan dengan anti Islam dan tentu umat Islam seperti bangsa Melayu curiga dengan ‘keislamannya’.. Apatah lagi membenarkan dan menerima sokongan dari golongan yang ingin meruntuhkan Islam seperti Hindraf dan IFC,…

Malaysia jika jatuh akan menggembirakan kuasa dunia, kerana kemajuan kita akan membawa kemajuan kepada nama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita.

Juga dikatakan kebangkitan akan datang dari arah timur, dan kita rasa Malaysia antara negara di Timur yang berpotensi menjadi kuasa menggembalikan daulat Islam di arena antarabangsa.

Jangan lupa, Imam Mahdi akan dibantu oleh Ashabul Kahfi, apakah Ezam dan kawan kawan antara terpilih dan ada potensi mendapat gelarannya?

Apapun bagi saya Trojan Horse itu imaginasi orang yang ingin merosakkan bukan membaiki.. Dipetik kata kata tersebut dan dikiaskan kepada Ezam dan disandarkan dengan beberapa patah fakta tidak lengkap. dan persepsi baru akhirnya menjelma hasil tulisan mereka…

Namun bagi saya, Ezam ada niatnya… Niat serahkan urusannya kepada Allah yang Esa dan biarkan amalan perbuatan membenarkan niat di hatinya..

Jadi sekarang masa melihat, bukan bercakap dan menghukum apa di dalam hati. Berilah Ezam masa memberi sumbangan sangat bermakna ke arah perdamaian dan ketelusan di antara bangsa di Malaysia…

Moga kita pun turut sama berusaha bukan menjadi penonton di tepi padang sahaja….

One response to “Ezam n friend Trojan Horse atau Ashabul Kahfi ?

  1. anwaribrahimdotcom

    Salam

    Video 7-Siapa godfather Anwar ?

    Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s