PERLEMBAGAAN UMNO , ISU SEMASA DAN PANDANGAN KITA

Isu kemasu Ezam ke dalam UMNO dengan iringan 7 pemuda bersamanya telah disambut dengan liputan meluas seluruh negara hingga Presiden dan Timbalannya sendiri menerima borang kemasukan beliau ke dalam parti.. Seluruh negara memerhati dengan minat dan menyifatkan ia satu kejayaan Pak Lah memujuk kembali ahli yang telah dipecat zaman Tun Mahathir atas kesalahan mengkritik untuk kembali berjuang dengan parti,,,

Di tengah keriuhan ada juga suara tidak senang dengan kemasukan mereka ke dalam UMNO dan disifatkan seperti Trojan Horse. Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yasin memberitahu bahawa Majlis Tertinggi UMNO berhak menerima atau menolak permohonan pendaftaran keahlian seperti peruntukukan Undang Undang UMNO..

Kuda Trojan bermaksud muslihat tentera Greek menghadiahkan kuda kayu Trojan berisi tentera yang akhirnya menawan bandar Troy… Adakah Malaysia laksana bandar Troy ?

Mari kita lihat perlembagaan UMNO berkaitan isu isu semasa sekarang seperti di bawah :


ISU KEMASUKAN EZAM DAN RAKAN RAKAN KE DALAM PARTI :

FASAL 5
PENDAFTARAN KEAHLIAN

5.7 Majlis Tertinggi berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah muktamad.

Bagaimana pula kes Ezam ? yang jelas ialah beliau dipecat dan tidak menjadi ahli ekoran mengkritik parti. Maka beliau tidak menjadi ahli ketika betanding di dalam pilihanraya 1999 dan masih mempunyai peluang untuk masuk kembali ke dalam parti…Lihat fasal di bawah :

ISU KUOTA PENCALONAN UNTUK JAWATAN MAJLIS TERTINGGI

Ia telah ditetapkan di dalam Fasal 9 seperti di bawah :

FASAL 9
MAJLIS TERTINGGI

9.5 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:
a) Presiden                        – 30%
b) Timbalan Presiden        – 20%
c) Naib Presiden                – 10%
d) Ahli-ahli Majlis Tertinggi – 5%

daripada jumlah bahagian yang sah mengikut Fasal 14.5.4

ISU KEMUNGKINAN BERLAKU PERLETAKAN JAWATAN PRESIDEN

9.9 Jika Presiden berhenti maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Agung untuk memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1.

ISU AHLI TIDAK MEMBERI SOKONGAN TEGUH KEPADA PRESIDEN

Berkenaan tindakan ahli yang tidak memberi sokongan teguh kepada Presiden dan Majlis Tertinggi dengan membuat tindakan yang boleh memecah belahkan ahli tentu peruntukan di bawah perlu dilihat dan direnung kembali..

FASAL 6
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.

6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.

Apakah perlembagaan akan dilaksanakan dengan tertib atau terpaksa mengikut suasana semasa? Kita tunggu dan lihat apakah keputusannya.

Walau apapun, Tun Mahathir berkata, beliau lebih suka ‘ditendang’ dari meletakkan jawatan meskipun beliau sendiri tidak sabar ‘ditendang’ hinggan ‘menendang’ dirinya sendiri…
Sabar Che Det, anda tidak perlu terkejar kejar kerana Pak Lah bukan seperti yang anda fikirkan……

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s