Rais dan Muhyidin, calon Naib Presiden yang layak ganti Perdana Menteri

Rais Yatim minta kuota dihapuskan. Baginya kuota akan menguntungkan orang berduit. Bagi orang ‘baik’ seperti Rais, dia tidak mahu ‘masalah’ duit memainkan peranan menghalang pencalonannya untuk bertanding ke jawatan Naib Presiden Disember ini.

Bagi mendapatkan peluang bertanding, tentu kuota perlu dihapuskan.. Kerana kuota menyusahkan bukan menyenangkan mana mana pemimpin untuk dicalonkan sebagai calon di dalam mana mana bahagian parti. Ia juga dikatakan satu cara menyekat sesetengah pemimpin dari bertanding sedangkan baginya juga ia boleh dimanipulasi oleh mereka yang berduit bagi mendapatkan jawatan yang lebih tinggi.

Kuota ada bagusnya juga. Kuota yang dilaksana di zaman Mahathir telah diminta dihapuskan oleh beliau sendiri. Kerana ia menyusahkan beliau yang sudah ‘ bergolek golek’ meraung meminta simpati seluruh ahli agar menyingkirkan Perdana Menteri bernama Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Malang sekali, ‘jeritan mulutku’ dan ‘batinku’ tiada sesiapa ambil peduli meskipun anaknya sendiri yang enggan berundur dari parti bernama Mukhriz bin Mahathir.

Mujur ada juga Mokhzani yang menebus ‘kekecewaan’ Tun Mahathir meskipun Tun sebenarnya tidak menyangka hanya seorang anaknya yang ingin ‘lari’ bersama sama beliau di saat saat UMNO dikatakan telah ‘bisu’ dan ‘reti angguk sahaja’ di bawah pemerintahan Pak Lah.

Saya sebagai insan kerdil nampak satu sahaja, Tun Mahathir ingin membalas kembali segala makian dan cacian ketika berada di takhta PM dahulu kepada penggantinya. Beliau sungguh kesal dan kecewa dan ingin perasaan ‘indah’ itu dirasakan bersama oleh si pengganti yang menurut sesetengah orang ; lembik dan mudah dipengaruhi serta selalu mendiamkan diri dalam lena mimpi…

Begitu juga jika beliau dipecat dan ditendang dari UMNO satu ketika dulu, maka Tun sedang merancang detik sejarah akan berulang dengan menjadikan anaknya seorang agresif dan lantang mencabar Perdana Menteri. Namun sayang, cabaran tersebut sekadar melepas batuk di tangga dan persis suara nyah di belakang lorong Mat Taib di KL yang nampak jantan tetapi pondan…Mungkin sebab itulah Pak Lah seolah olah tidak mendengar ‘gurauan mesra’ dan ‘merdu’ tersebut yang menyanyikan lagi ‘karya’ bapanya sendiri agar Pak Lah diusir serta merta dari terus bermaharaja lela di istana bekas rumah rasmi Mahathir dan anak anaknya.

Lagak Khairy dan isteri baru PM tentu menjengkelkan mereka yang nampaknya seakan akan tidak puas berfoya foya di istana baru tersebut; hasil ‘kepandaian’ bapa yang paling lama menjadi PM di Asia…Mujurlah si Mokhzani sempat juga berada di dalam senarai antara orang terkaya di Malaysia. Sekurang kurangnya Tun membuat tauladan dengan melahirkan bangsa Melayu DEB yang hebat dan kaya meskipun masih lagi ‘gilakan’ kuasa sebagai pengerusi SIC walaupun telah dibisikkan agar berhenti sahaja dari menjadi Pengerusi SIC. Kerana sanggup menjadi ‘pak turut’ ayahanda keluar parti.

Episo Tun Mahathir dijangka semakin sedih selepas ini. Malangnya mereka masih menyangka beliau masih kuat pengaruhnya dan mampu mengarahkan apa sahaja. Tetapi Khairy ‘Hang Nadim’ baru sejarah Malaysia telah mengganggu perancangan mereka semuah hingga tiada lagi jaringan yang boleh menjadi sandaran mereka selepas hilang kuasa…Khairy telah menyekat peluang peluang dan orang orang Mahathir hingga beliau sendiri tidak mampu lagi memberi apa apa kelulusan hingga ramai menderita dan mula lari dari terus menyokongnya.

Kesimpulan saya, cabaran besar bagi Mukhriz ialah Khairy menantu PM. Jika Mahathir berjaya yakinkan semua bahawa Khairy adalah liabiliti UMNO tentu Khairy akan jatuh dan Mukhriz akan naik dengan mudah. Sementara Mahathir masih hidup, inilah projek terakhir beliau agar cita cita menjadi PM sebelum beliau meninggal dunia, akan tercapai dan diperolehi oleh anaknya yang sangat diharap harapkan akan menjadi klon dirinya yang ‘sangat hebat’ dan terkenal seluruh dunia.
Untuk dapatkan itu, Mahathir sanggup buat apa sahaja, walaupun menfitnah dan mereka cerita hingga tiada yang akan dapat lari darinya….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s