Rais dan Muhyidin yang perlu diambil tindakan disiplin !

Kadangkala apabila disebut dan dibincang berkenaan politik ini, saya akan semakin muak dan meluat. Berbagai bagai cerita dan isu timbul dan tidak sudah sudah. semakin banyak bercakap semakin banyak kekeliruan timbul, bukan penyelesaian.

Semalam saya ada menulis berkaitan Rais dan Muhyidin antara 4 calon diperkenan “Tun ku Mahathir’….Perkenan yang mendatangkan isyarat yang jelas keredhaan Tun ku Mahathir sebagai mantan Perdana Menter… Bekas Polis dan Polis jika dibaca bersama, nampak tidak jauh beza…Kerana masih ada kegerunan di dalam nama Polis tersebut walau pun hanya sekadar ‘bekas’ yang berbekas atau tidak, tidaklah kita pasti lagi setakat ini.

Jangan silap faham perkataan Tun ku yang saya gunakan. Ia satu penghormatan kerana Tun itu ibarat milik ku dan bukan sama darjat dengan Tunku kepunyaan Abd Rahman, yang juga mantan PM Malaysia Pertama. Tun ku tidak sama dengan Tunku…satu dekat dan satu jauh…Cuma yang sama sekarang ialah Tun yang ku miliknya jauh di atas sama seperti perangai masa muda dahulu, iaitu menentang siapa sahaja berada di puncak kuasa…

Inginkan glamour ? jangan kata begitu…Katalah, inginkan kuasa @ gila kuasa baru betul !!!

Apapun hari ini ada ura ura mahukan Rais dan Muhyidin dikenakan tindakan. Kerana mengheret isu dalam parti kepada media massa meskipun ia sudah dinyatakan satu kesalahan dalam surat pekeliling parti sebulan lepas..

Jika semalam akhbar melaporkan Zaid, Tajudin dan Mukhriz juga akan dikenakan tindakan disiplin kerana membicarakan di dada media pertelingkahan mereka, sekarang bertambah lagi kepada llima orang iaitu Rais dan Muhyidin.

Maknanya jika kelima lima disabitkan kesalahan tentu tidak ada lagi harapan untuk memenangi apa apa jawatan kerana mereka telah disabitkan kesalahan di dalam parti…Maknanya calon menunggu akan gembira dan bersorak jika laluan mereka telah ‘ditebas’ hingga senang melalui jalan menuju puncak parti selepas ini…

Jadi, apa tunggu lagi…Desaklah Lembaga Disiplin Parti menyiasat dan mengenakan hukuman…Mudahlah bagi yang inginkan kemudahan dan susahlah bagi mereka yang inginkan perpaduan akan terbentuk di dalam parti.

Cuma, anda nampak tak siapa yang sedang geli hati dan ketawa sampai terbahak bahak di hujung sana ???

Ya, si mata sepet dan si mat hitam yang inginkan parti kita jatuh dan menjadi minoriti di bumi sendiri…..agar mereka dapat apa yang mereka ‘rasa’ dicuri dari hak mereka selama ini….

Tuhanku ! tolonglah selesaikan penyakit penyakit hati pemimpin kami sekarang ini !!!

biarlah perpaduan akan mantap dan erat di tanah air tercinta ini ! dengan berkat Nabi Mu …amin

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s