Minyak dan Stesen Minyak…

DI BANGSAR, KUALA LUMPUR

Hari ini saya menjangkakan topik di atas akan mengatasi semua topik topik yang relevan dibicarakannya sekarang. Ia akan menenggelamkan isu Rais dan Muhyidin, isu Zaid, Tajudin dan Mukhriz, isu Tun Mahathir dan pendakwaan Mahkamah, dan juga isu isu telah dan akan datang buat masa terdekat ini.

Ia diumumkan semalam kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter berkuatkuasa hari ini ( 12.01 pagi tadi )…Saya sempat meninjau dan gambar di atas hampir sama dengan gambar yang diambil mata saya ketika meninjau kawasan sekitar tempat tinggal saya di Sepang. Sesak dan menyesakkan.

Sesak dengan kenderaan yang berebut rebut merebut harga diskaun terakhir. Sesak dengan deretan manusia yang seolah olah berpesta menunggu giliran membeli minyak meskipun di dalam dada penuh geram dan marah dengan tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang telah kali ketujuh menaikkan harga minyak sejak memegang kuasa dari 2004.

Pak Cik yang menunggan basikal di kampung, ulang alik ke surau tidak terasa dengan kenaikan minyak ini. Makcik yang berlenggang kangkung ke pasar berjalan kaki juga tidak terperasan pun kenaikan minyak yang sama sahaja bagi mereka naik atau turun… Begitu juga anak kita yang masih kecil tidak tahu apa apa tentang keriuhan umat manusia yang sedang memendam rasa menghadapi kenaikan harga minyak tertinggi setakat ini.. Seperti harga di pasaran komoditi dunia.

Sebelum pilihanraya rakyat dimomokkan bahawa BN akan menyebabkan Barang Naik. Selepas itu, tidak sampai 3 bulan, harga betul betul naik. Dan BN @ UMNO akan dipersalahkan.

Ketika ini Anwar selaku pengemudi Pakatan Rakyat akan berkata ; saya tidak pernah menaikkan harga minyak sepanjang menjadi Menteri Kewangan…Memang betul tetapi berapa harga minyak dunia masa itu ?

Harga dulu dan sekarang sangat jauh beza… Pertambahan harga menjadikan kerajaan semakin tertekan menanggung subsidi minyak petrol dan diesel ini… Sedangkan subsidi sepatutnya lebih diutamakan kepada barang makanan berbanding minyak kerana pak cik makcik di kampung bukannya pengguna minyak tegar setiap hari. Dan mereka lebih pentingkan makanan dari kenderaan. Biar tidak naik kereta tetapi makanan masih dalam lingkungan harga yang mampu dibayar oleh mereka.

Jadi, apa tindakan kita ? Jika dalam Malaysia Today – klik sini – hari ini sudah ada ‘ugutan’ dan ‘cadangan’ mengadakan demonstrasi , apakah kita akan dapat menurunkan minyak dengan berdemonstrasi ? adakah ‘kebajikan’ selama ini hasil subsidi minyak oleh kerajaan ( yang juga dari duit rakyat ) akan terhapus sekelip mata kerana kenaikan yang berpunca dari kenaikan harga minyak dunia ? adakah kita sedar minyak ditentukan oleh pasaran bebas dan bukannya dari keupayaan kita sendiri ?

Bagi pembangkang, mereka akan semakin puas hati. Kerajaan telah ‘membunuh diri sendiri’ selepas baru sahaja menjadi wira menaikkan gaji mereka yang tertinggi setakat ini pada akhir tahun lepas. Apa kata mereka ? Kenaikan harga minyak, terburuk dan melampau….Seperti laporan Harakah daily – klik sini …Mereka barangkali tidak ingat lagi kenaikan ratusan ringgit hingga dapat dikirim sebahagiannya kepada keluarga yang susah di kampung dan disedekah kepada jiran tetangga yang keperitan hasil imbuhan tangga gaji yang naik mendadak tempoh hari. Juga petani dan nelayan yang turut merasa limpahan tersebut ekoran kuasa pengguna sudah naik dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan yang mewakili entiti terbesar jumlah pekerja di negara ini.

Cara terbaik mengatasi kenaikan  ialah, mengekalkan perbelanjaan berhemat, mengurangkan penggunaan minyak dan eletrik, membuat kerja lebih masa, memotong perbelanjaan tidak perlu serta membuat kebaikan sesama insan dengan menghulurkan sedekah dan zakat kepada mereka yang memerlukan bantuan agar keperitan di tengah krisis kenaikan minyak ini akan dapat diserap bersama sama oleh kita warga Malaysia yang tentu tidak ingin menyumbang kepada keruntuhan negara dengan menyertai demonstrasi atau rusuhan demi menjayakan agenda politik sesetengah pihak yang ‘dahaga’ dan ‘gila’ kuasa.

Ingatlah susah sama dipikul senang sama dijinjing… Kesetiaan rakyat memberi sokongan kepada kerajaan tentu akan dihargai oleh negara kita meskipun dalam masa yang sama Kerajaan juga perlu mengecilkan perbelanjaan dan menyeru seluruh kakitangannya untuk berjimat di saat saat negara telah dihimpit krisis demi krisis ini yang kita yakin mainan pihak yang inginkan kita kembali huru hara seperti krisis ekonomi 10 tahun lalu pada tahun 1998 ..

Itu usaha yang kita boleh lakukan dan itu akan diingati anak cucu kita sampai bila bila kerana berjasa kepada negara.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s