Anwar Ibrahim @ Kenaikan Minyaknya

Tajuk tepatnya ialah ; Antara Minyak naik dan Anwar Ibrahim naik minyak !

Saya tidak tahu dan tidak pasti apa punca minyak naik. Begitu juga apa sebab Anwar Ibrahim pun naik minyak. Nampaknya banyak pembongkaran yang saya juga TIDAK TAHU benar atau tidak telah muncul di dalam blog beliau…ibarat mencurah minyak ke dalam api.

Siapa dan mengapa DSAI naik minyak selepas minyak naik ?

Mungkin jika tidak naik minyak – marah – tentu rakyat kan cool sahaja menerima kenaikan ini, tetapi tidak begitu. Naik minyak dan minyak naik – naik sekali serentak hingga rasanya banyak ’ manusia akan naik minyak’ kerana membaca fakta saya yakin palsu berkaitan akaun simpanan anggota kabinet Malaysia dan bekas anggota Kabinet.

Khususnya sasaran utama DSAI yang memang ingin menjadikan lawannya iaitu Tun Mahathir menjadi ’abu’ dengan pendedahannya.

Apa yang didedah ? akaun dan jumlah wang di dalam akaun.

Jika beliau tidak berniat demikian tentu komen tersebut tidak akan disiarkan di dalam blog tersebut. Ia nampaknya satu strategi halus dengan menyamar melalui nama pengunjung – pada hemat saya….

Nampaknya ketika inilah apa apa pun perlu dan mesti diguna bagi menaikkan kemarahan rakyat.

Semalam di Malaysia Today – klik sini –, propaganda sedemikian sudah berjalan. Rakyat dihasut mengadakan demonstrasi dan membuat tunjuk perasaan. Mereka mahu negara kita huru hara dan kecoh agar kerajaan akan tergugat dan ’takut’ dengan mereka.

Dalam komen di blog DSAI, ada Md Nasrul Hadi beri pendapat – yang saya tidak pasti ia benar benar pendapat dari pembaca kerana kita sendiri boleh mereka reka komen di blog sendiri atau sesiapa sahaja sesuka hati –

  1. Md Nasrul Hadi Jun 5th, 2008 at 1:59 am

Datuk seri

Saya sebagai rakyat m’sia merayu kepada datuk seri agar mempercepatkan proses kemasukan wakil bn ke dalam pakatan rakyat agar kepincangan seperti ini dapat dihalang. Kami tidak mungkin dapat menunggu sebelum September jikalau kami terpaksa berhadapan dengan kemungkinan berbillion duit rakyat akan disapu oleh Pak lah dan kuncu-kuncunya sepanjang tempoh itu. Walaupun saya melayu, saya tidak kisah jika kekurangan wakil melayu di dalam pakatan rakyat asal mereka jujur dan amanah dalam tugas mereka. Sekali lagi saya merayu kepada datuk seri

Betul ke Melayu tak kisah ? Kalau betul betul Melayu tentu tidak ada yang TIDAK KISAH kerana Pakatan Rakyat sendiri memerlukan sokongan Melayu dan bagaimana MELAYU boleh disingkarkan di tanah mereka sendiri ????

Nampaknya di tengah kehangatan minyak ini kita dapat membaca bagaimana ‘jarum jarum’ menghasut sudah mula masuk dan ia membina persepsi agar jika Pakatan Rakyat naik nanti, tidak ada RAMAI anak Melayu akan dipilih kerana persepsi sudah dibina sekarang iaitu SAYA TIDAK KISAH seperti komen di atas……

Permainan licik ini nampaknya semakin hangat lagi hingga senarai akaun akaun – yang saya yakin tipu daya – atau jika benar sekalipun ; ia menunjukkan ada ORANG YANG RAPAT DENGAN ISRAEL hingga diberi percuma segala maklumat tersebut. Dan ia nampaknya tidak apa disiarkan di blog rasmi DSAI meskipun tidak pasti adakah benar atau tidak maklumat tersebut…

Jika beginilah semangat KETIDAKMELAYUAN yang jelas ditunjukkan demi untuk meraih sokongan bukan MELAYU, saya rasa politik ANWAR tidak akan berjaya… Anwar tidak akan mampu menembusi segala peruntukan perlembagaan yang mengiktiraf keistimewaan Hak Melayu sebagai penduduk asal negara Malaysia seperti Artikel 153 tentang keistimewaan bangsa MELAYU – yang mana terdiri dari agama Islam, bercakap bahasa Melayu, dan mengamalkan istiadat Melayu…

Pemimpin seperti inikah yang anda mahu ?

saya tentu menolak dan tidak mahu sama sekali pemimpin @ sesumpah yang mahir bertukar kulit di mana mana demi kepentingan nafsu !!!!

klik sini untuk membaca sendiri ‘tuduhan dan pendedahan’ tersebut !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s