Husam Musa ingin tukar warganegara ???

Husam Musa yang tidak sedar diri sebagai warga negara Malaysia…

Apa tindakan manusia bernama Husam Musa ini bagi menyambut ketibaan ’ harga minyak baru Malaysia ’ ?

Apa kerja beliau selaku Naib Presiden PAS di saat kita telah diuji Allah dengan kenaikan mendadak harga minyak ekoran kenaikan tinggi harganya di peringkat pasaran komoditi dunia ?

Hanya Satu ; iaitu membuat artikel menghasut rakyat agar menumbangkan kerajaan… ‘

Dengan tajuk : Minyak – Abdullah sedia tumbang..

Apa lagi yang dimahukan oleh orang ’pilihan’ MB Kelantan ini dan disebut sebut sebagai MB baru di Kelantan jika Nik Aziz mengundur diri… Adakah sudah naik ke bulan impiannya setelah ’gagal’ merebut kuasa selaku MB di sana hingga cuba menggugat kredibilit Perdana Menteri agar beliau dilihat lebih bijak dari PM sekarang ini ?

Menyeru atau berdoa agar PM tumbang samalah dengan menghasut rakyat agar memberikan penentangan kepada kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat. Mereka meskipun telah memenangi lima negeri, masih lagi tidak berubah dari sikap pembangkang kepada pentadbir…Mungkin juga kerana Husam belum lagi mendapat kuasa sepenuhnya membuatkan beliau tidak dapat membayangkan kesukaran jika berada di tampuk kuasa atas seperti Perdana Menteri…

Kelantan tidak seramai Malaysia…Malaysia menaungi Kelantan bukan sebaliknya… Dan pertimbangan Malaysia adalah untuk 28 juta bukan seperti negeri Kelantan yang tidak sampai pun 10 juta…

Tengok satu persatu tulisan beliau :

Tiba masanya rakyat Negara ini mengetahui secara terbuka pendapatan sebenar Negara dan Petronas hasil kenaikan harga minyak dunia. Sebuah odit bebas harus diberi peluang melakukan odit terperinci dan mendedahkannya kepada rakyat.

Tetapi, untuk odit bebas dilantik oleh Kerajaan Abdullah adalah mengharapkan kucing tumbuh tanduk. Kita memerlukan kerajaan baru untuk melakukan perkara ini.

Jawapan saya : setelah sekian banyak suruhanjaya nampaknya beliau masih belum berpuas hati. Jika ingin mengetahui satu persatu tentu beliau sudah lama mencalonkan diri menjadi Perdana Menteri… Tetapi tidak kerana baru sekarang PAS menjadi parti bertemakan PAS FOR ALL setelah mendapat idea dan ilham dari PKR yang memang mesra semua bangsa dan agama hinggakan Melayu dan Islam sudah tercabar dengan perjuangan mereka…Contohnya penghinaan kepada Melayu Islam Sepang Selangor dengan projek BABI terbesar di Malaysia dengan kos RM 100 juta…. Ia projek mega yang pertama sekali dibuat selepas mendapat mandat dari pengundi PAKATAN RAKYAT di Selangor….

Kenaikan besar ini adalah preplanned atau dirancang awal. Ia selari dengan saranan Khairy dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. Ia bertujuan mewujudkan dana yang besar untuk membolehkan kerajaan berbelanja sesuka hati seperti dalam kes projek mewah di Terengganu.

Jawapan saya : Sudah dirancang ? adakah Husam tidak membaca kenyataan akhbar bahawa kajian tentang minyak ini sudah dibuat setahun yang lalu…Sekali lagi Khairy menjadi kambing hitam di dalam family PM hingga bab kenaikan minyak turut disandakan kepada beliau juga… Sedangkan dalam Islam, maruah adalah sangat penting sehinggakan tuduhan perlu dibuktikan dengan jelas disaksikan depan mata dan ada keterangan keterangan bukan khabar angin semata mata…. seperti kes zina iaitu ’sarung’ dimasuki ’pedang’…..dan dengan 4 orang saksi yang layak dipercayai di sisi agama Ilahi…Sekali lagi tohmahan palsu yang melambangkan kedangkalan EQ seorang pemimpin muda yang sepatutnya tidak bertindak sebegitu.

Membandingkan harga minyak Negara dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak, adalah perbuatan yang menyakitkan hati. Singapura, GDPnya beberapa kali ganda Negara kita dan Singapura tak ada Petronas kerana tidak ada satu titik minyak di sana. Di Thailand, sekurung-kurangnya road tax adalah percuma.

Jiak tidak suka dengan keputusan kerajaan ini, apa kata Husam Musa keluar sahaja dan menukar warganegara …Pergilah menetap ke negara yang lebih baik dari Malaysia di sana..

Seperti seorang anak yang membandingkan kemewahan anak jirannya sehingga menghina ayah dan ibu kerana tidak puas hati dengan pemberian dan peruntukan yang diberi…. Tentu si anak patut sahaja diusir jika ia diucapkan dengan minda yang sedar dan jelas ingin menghasut adik adiknya yang lain agar turut sama ‘berdemonstrasi’ kepada ketua keluarganya yang jelas perlu ditaati dengan sepenuhnya…

Kesimpulan ialah setiap warga Malaysia perlu memberikan cadangan dan juga pesanan agar semua rakyat dapat mengambil langkah langkah berhemat di dalam berbelanja….Tindakan mengajak berdemonstrasi dan mendoakan keruntuhan sesebuah kerajaan lantaran tidak bersetuju dengan tindakan Ketua Kerajaan Malaysia iaitu Pak Lah menaikkan harga minyak, amatlah dikesali….

Tengoklah keperihatinan kerajaan hingga sudah berapa banyak subsidi makanan telah diberikan kepada minyak masak, beras, tepung hingga ia telah meliputi kebaikannya kepada seluruh rakyat di mana sahaja yang lebih memerlukan subsidi minyak masak dari minyak kenderaan yang semakin meningkat hari demi hari di pasaran dunia.

Moga Allah memelihara kestabilan dan perpaduan di Malaysia dari diganggu hati hati yang busuk dan kotor

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s