Mari kita berdemonstrasi !!! kata PAS

Salahuddin Ayub seru seluruh rakyat hadir demonstrasi anjuran Pemuda PAS minggu depan
Oleh Harakahdaily
Jumaat, 06 Jun 2008
EKORAN kenaikan harga petrol dan diesel yang mendadak hingga meninggalkan kesan kritikal terhadap rakyat terutama golongan pendapatan sederhana dan rendah, Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah kenaikan harga tersebut.

Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub berkata, rakyat seluruh negara perlu membuktikan bantahan tersebut dengan menghadiri demonstrasi yang akan diadakan minggu depan di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, penindasan terbaru kerajaan BN itu mesti dibantah oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menyelar sikap Perdana Menteri yang mengingatkan rakyat supaya jangan berdemonstrasi kerana kerajaan tetap memberi subsidi minyak sebanyak 0.30 sen.

“Apakah PM tidak sedar himpitan hidup rakyat boleh menyebabkan mereka melakukan apa saja dan tidak mustahil kadar jenayah akan meningkat seperti kes kecurian, ragut, rasuah dan sebagainya,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat seluruh negara khususnya pemuda supaya menyertai demonstrasi aman yang akan diadakan di Kuala Lumpur minggu depan.

“Saya akan mengumumkan tempat yang sesuai untuk mengadakan demonstrasi dalam sidang media, Sabtu ini,”katanya.- seperti laporan Harakhdaily

Hahaha……………hebatnya…saya suka kepahlawanan sebegini di kalangan rakyat Malaysia…Tengok bagaimana rakyat negara kita bernama seperti di atas mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA sukakan demonstrasi. Sama juga dengan PKR yang turut serta menganjurkan demonstrasi tanpa permit di merata rata tempat dengan tujuan bermain politik dengan keperitan hidup rakyat ….Lebih lebih lagi berdemonstrasi di saat kita telah mengalami peningkatan harga minyak yang sangat tinggi dan mungkin tertinggi setakat ini…

Nampaknya seolah olah pergi berdemonstrasi mengikut undang undang!

seolah olah undang undang di bawah tapak kaki mereka hingga boleh diinjak-injak bila bila masa.

Seolah olah mereka masih berada di zaman dahulu kala yang mengamalkan undang undang rimba.

Seolah olah berdemonstrasi itu menambah minyak kereta para peserta yang memang sentiasa setia dan mendengar kata kata pemimpin mereka…

saya ingin bertanya satu soalan bodoh sahaja , adakah Malaysia mempunyai KUASA menentukan harga minyak dunia ?

dan satu lagi soalan budak tadika sahaja; adakah PAS berbuat sesuatu seperti sembahyang Hajat sesuai dengan keISLAMANnya sebagai sebuah parti bangsa Islam ???

adakah demonstrasi disuruh oleh agama di saat saat kita menghadapi kesan kenaikan sejagat harga minyak ini ?

dan adakah PETRONAS alat mencari duit dan membelanjakan seluruh keuntungannya kepada subsidi hingga kita akan jatuh miskin selepas minyak kering 2011 nanti ?

Maafkan saya jika ini mengguris perasaan saudara saya. Tetapi perasaan pekerja dan petani serta golongan marhaen lebih saya utamakan dari perasaan mereka mereka yang perasan sebagai wakil rakyat sedangkan mereka sebenarnya golongan yang ingin mengambil kesempatan mencari keuntungan politik bersembunyikan nama keadilan dan keperihatinan kepada semua bangsa di Malaysia.

Sekarang ini Pakatan Rakyat sudah pening bagaimana mahu melaksanakan janji janji seperti manifesto mereka PRU 12 lalu.. Mereka sudah kebingungan kerana banyak juta diperlukan agar janji janji dapat dipenuhi dan tiada lagi kritikan terhadap mereka yang senang berjanji tanpa bertindak memikirkan risikonya di kemudian hari. Memang itulah nasib mereka sehingga Sultan mengingatkan kerajaan negeri tempoh hari agar tidak menggunakan dana hingga kewangan negeri berada di tahap kritikal dan tidak ada simpanan bagi kes luar jangka…

Adakah kita ingin suasana huru hara tercipta dengan menjadikan isu kenaikan minyak sebagai alasan menunjuk perasaan ? adakah itu yang kita mahu hingga negara akan semakin jatuh dan dijauhi pelabur asing dan pelancong hingga pendapatan negara berkurangan dan menyukarkan lagi usaha memberi subsidi kepada rakyat ? adakah mereka memikirkan rasional mengadakan tunjuk perasaan di tengah tengah kotaraya agar mereka boleh dinobatkan sebagai wira bangsa kita ?

Adakah darurat itu pilihan kita atau berjimat cermat dan mengecilkan perbelanjaan itu menjadi keutamaan ? polis dan tentera terpaksa bersusah payah menjaga ketenteraman awam sekiranya ratusan ribu rakyat berkumpul hingga menjadikan suasana tidak terkawal dan tidak mustahil ancaman pemberontak dan pengkhianat dalam negara akan mengambil kesempatan di tengah suasana sedemikian ?

Fikirkanlah baik baik dan jangan kita bertindak tanpa ada pertimbangan akal fikiran… Sekalipun kita sendiri tidak mahukan kenaikan sebegini berterusan setelah lama kita hidup di dalam subsidi dan juga bantuan dari kerajaan…

Ada kalanya seseorang perlu dibiarkan berdikari di atas kaki sendiri jika kita ingin menyedarkannya dari lena keenakan dibuai oleh suapan tidak berkesudahan oleh ibubapanya…..

Bukan kejam tetapi bersedia jika suasana berubah semakin buruk dengan tiba tiba…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s