Mukhriz yang ingin mengejar kedudukan di saat harga minyak telah dinaikkan

Tidak boleh tanding jika ‘dosa’ banyak

itulah tajuk artikel Utusan Malaysia hari ini…Selepas membelasah Khairy Jamaludin dengan menganggapnya sebagai liabiliti kepada parti, anak Tun Dr Mahathir sekali lagi tampil dengan kenyataan ‘membelasah’ wira baru UMNO @ Trojan Horse Anwar seperti andaian ramai pihak – hinggakan sanggup menghalang kemaraan Ezam dengan mengganggapnya sebagai seorang yang banyak berdosa…

Bahkan dengan bongkak dia berkata ; ‘‘Jika benar beliau akan bertanding pada pemilihan Disember ini, saya terima tetapi saya akan pastikan dia kalah.

Dalam agama jika taubat dari segala maksiat maka dosa akan diampunkan. Ia disusuli dengan keinsafan dan kesungguhan menunjukkan perubahan agar taubatnya tadi adalah taubat yang asli, bukan taubat yang dibuat buat untuk kepentingan dan agenda tertentu.

Dan menganggap orang bertaubat sebagai orang masih lagi jahat adalah satu kenyataan tidak wajar dibuat oleh seorang pejuang bangsa seperti Mukhriz…Namun sukar sebenarnya saya ingin menganggapnya pejuang bangsa sekarang kerana beliau sudah jelas memperjuangkan ayahanda dan cita citanya dari kestabilan parti dan bangsa Melayu yang sepatutnya menjadi teras kepada perjuangan warisan ayahanda dan ibundanya selama ini.

Ezam belum apa apa lagi sudah kena ‘tumbukan’ dan ‘maki hamun’ hinggakan kita merasa kecewa di atas sikapnya sedemikian. Ini memberi gambaran bahawa UMNO tidak ‘mesra’ kepada ahli yang telah sedar dari perjuangan sia sia seperti PKR hinggakan mereka telah kembali kepada UMNO dengan niat ingin membalas kembali kesilapan mereka dengan kembali kepada parti asal walaupun akan dikeji dan dimaki oleh ramai kawan kawan dalam parti aliran pembangkang yang pernah bersama mereka sepanjang masa berada di luar parti selama ini.

Adakah dengan mengeji akan menyelesaikan masalah atau memburukkan lagi masalah ? adakah UMNO perlu membiarkan tanggapan sinis seperti Mukhriz akan berterusan sehingga menyakiti hati atau menyekat hasrat hati bakal ahli baru parti sehingga UMNO akan semakin tidak relevan dengan aspirasi baru zaman ini ?

Mukhriz kena hati hati…Takut jawatan tak dapat penyokong semakin lari. Dalam politik bahasa tidak perlu lantang dan ‘kejam’ setiap hari.. Berilah sedikit peluang kepada ‘jeneral’ baru UMNO membuat perubahan dan mengadaptasi cabaran baru yang tidak mungkin tidak pernah berlaku di zaman ayahandanya sebelum ini …

Baca kenyataan penuh di bawah oleh Mukhriz Tun Mahathir….

SUNGAI PETANI 8 Jun – Bekas ahli UMNO yang mahu menyertai semula parti itu tidak layak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Disember ini selagi ‘dosa’ mereka belum dibersihkan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, selain perlu membersihkan ‘dosa,’ ahli terbabit juga perlu meyakinkan ahli-ahli parti sebelum membuat keputusan untuk bertanding.

Sambil merujuk kenyataannya itu kepada Mohamad Ezam Mohd. Noor, beliau berkata, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat perlu bersih ekoran tindakannya sebelum ini terhadap UMNO.

‘‘Jika benar beliau akan bertanding pada pemilihan Disember ini, saya terima tetapi saya akan pastikan dia kalah.

‘‘Saya berpendapat orang yang banyak melakukan dosa dalam UMNO, mereka perlu membersihkan diri, walaupun secara teknikal, sesiapa yang ingin bertanding mesti sah keahliannya.

‘‘Bagi saya Ezam belum benar-benar layak untuk bertanding sebarang jawatan dalam parti,’’ katanya, di sini hari ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s