Syabas tolak terma air percuma Selangor ;mana air percuma ni ?

Syabas tolak terma air percuma Selangor

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) semalam menolak terma-terma dan syarat-syarat pembayaran yang dijanjikan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pihak Kerajaan Selangor berhubung pemberian 20 meter padu air percuma.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan berkata, setelah menelitinya, Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB itu yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada Syabas dengan serahan tangan pagi semalam.

“Surat penolakan Syabas itu telah dihantar kepada KDEB untuk makluman dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ruslan memberitahu, Syabas tidak bersetuju dengan akujanji itu yang mencadangkan pembayaran bil-bil air yang diberikan percuma kepada pengguna hanya akan dibuat oleh KDEB selepas cadangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor oleh KDEB siap sepenuhnya September ini.

Menurut beliau, cadangan KDEB itu secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat berkenaan.

Ruslan menambah, Syabas berpendapat pemberian air percuma yang dicadangkan Kerajaan Selangor tiada kaitan dengan program penstrukturan yang dicadangkan di negeri itu.

Janji dah jelas tidak dapat dipenuhi…Berjanji sesuka hati, dan kita juga terlopong menanti air percuma bernilai RM11 sebulan jika benar dijalankan nanti.

RM11 tidak banyak.. Ia sekadar harga bahan mentah / basah untuk tempoh sehari bagi kaum ibu ibu atau makan di kedai sehari juga – anggaran kasar- bagi anak muda.

Harap MB Selangor cepat cepatlah selesaikan .Jika benar benar cekap mentadbir negeri…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s