Sanusia dan penghormatan selepas di’buang’ !

Nota : tulisan berwarna adalah komen saya ….

Sanusi anggap pemecatannya ‘terhormat’

Ya, terhormat selepas tidak ingin mengundurkan diri…. Sepatutnya ‘sedar diri’ kerana diberi jawatan kerana ehsan Parti, tapi sikap menentang lebih diutama demi perjuangan sahabat baiknya ; Tun Dr Mahathir…

KUALA LUMPUR 10 Jun – Bekas Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Sanusi Junid menganggap pemecatannya daripada jawatan tersebut yang berkuat kuasa 2 Jun lalu sebagai ‘pemecatan terhormat.’

Beliau mendakwa, pemecatannya tidak dibuat atas kehendak Ketua Perlembagaan UIAM iaitu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sehingga kini beliau masih mempunyai hubungan amat baik dengan baginda.

Rasanya tempoh hari kata hanya Sultan boleh memecat Sanusi ? janganlah ‘gilakan pangkat lagi’ sedang rumah kata pergi kubur kata mari…

Sebaliknya beliau mendakwa, pemecatan tersebut disebabkan oleh nasihat atau desakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilakukan melalui saluran pihak-pihak yang berkepentingan.

Barulah betul mengkritik dari luar parti tanpa merasa ‘ nikmat’ jawatan yang diberikan melalui Parti… lepas ini ajak sama kawan kawan ‘ katak si katak lompat keluar’ agar mengeluarkan diri dari jawatan atau berhadapan risiko ‘ditendang’ keluar dengan PENUH HORMAT !

”Ini sejajar dengan Bahagian IV Perkara 20 (ii) Perlembagaan UIAM yang memperuntukkan Presiden boleh dilepaskan dari jawatannya oleh Ketua Perlembagaan atas nasihat Host Member iaitu Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

biasalah dah kecewa tentu PM juga yang disalahkan. sekarang sudah puas hatilah mengutuk dan membenci ‘pemimpin’ parti pilihan majoriti ahli….

Sepanjang sidang akhbar tersebut yang berlangsung selama kira-kira 30 minit itu, Sanusi dilihat tenang dan bersahaja dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Lebih tenang kenapa ? kerana tak ada kerja nak dibuat lagi…

Utusan Malaysia hari ini melaporkan tempoh perkhidmatan Sanusi sebagai Presiden UIAM yang sepatutnya berakhir pada tahun 2010 telah ditamatkan dan diganti oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Pelantikan Mohd. Sidek itu berkuat kuasa 2 Jun dengan watikah pelantikannya ditandatangani oleh Sultan Ahmad Shah.

Sanusi sebelum ini ketika mengulas desakan yang memintanya supaya melepaskan jawatan yang disandang sejak tahun 2000 itu menegaskan beliau tidak ada sebab untuk melakukannya kerana hanya Ketua Perlembagaan UIAM sahaja yang boleh berbuat demikian.

Tengok, memang tidak faham undang undang rasanya ‘orang tua’ ini…Bawalah bersabar dan mengucap banyak banyak…

Sementara itu menurut Sanusi, beliau hanya mengetahui tentang surat tersebut semalam selepas sekembali dari Indonesia.

Katanya, namun sama ada melalui surat atau secara lisan, beliau sehingga kini tidak pernah dimaklumkan tentang sebarang kesalahan hingga membawa kepada pemecatannya.

Menurut Sanusi, sebaliknya daripada apa yang didengar dan dibaca melalui media, pemecatan itu dikaitkan sebagai berpunca dari tindakannya keluar daripada UMNO.

”Tindakan saya keluar daripada UMNO tidak perlu dipolitikkan di dalam kampus UIAM kerana saya bertindak demikian pun bukan kerana tidak cintakan UMNO tetapi untuk menegakkan hak-hak istimewa orang Melayu yang tercemar.

Wah !! demi parti ke ‘perut ‘ ni keluar dari parti ? ke ada projek dah tak jalan selepas PM baru naik ??? takkan hak hak istimewa bangsa saya tercemar jika terus berjuang dalam parti…setahu saya keluar parti itulah ‘ pencemaran’ paling nyata kerana ingin menimbulkan huru hara dalam parti pembela melayu ini !!!

”Lagi pun tidak ada syarat kata hanya orang UMNO sahaja boleh kerana kalau begitulah syaratnya bagaimana pula dengan duta-duta Mesir, Arab Saudi, Bangladesh dan negara Islam yang kini berada dalam Majlis UIAM.

”Mereka ini tidak hanya bukan anggota UMNO tetapi orang Melayu pun bukan,” jelasnya.

Sabar !!! jangan emosi. Mereka dipilih tetap pilihan walau tidak ada keahlian. Jadi yang buruknya beliau yang tidak menjadi ahli pun ‘tidak layak’ memegang jawatan Presiden meskipun mereka masih diberi jawatan walaupun tidak berkhidmat kepada parti ! siapa lebih baik dari siapa ni ?

Apabila ditanya sama ada beliau sedih dengan pemecatannya, Sanusi menegaskan bahawa beliau tidak sesekali mempunyai perasaan sedemikian.

Katanya, cuma apabila tidak lagi menjadi Presiden UIAM, peluang dan ruang untuk beliau beribadat melalui jawatan itu tidak ada lagi selepas ini.

”Sebab itu saya kata sebelum ini yang saya tak akan berhenti secara sukarela kerana kalau tengah beribadat buat apa kita nak berhenti.

”Dari segi imbuhan pula ia hanya RM5,000 sebulan. Ia bersamaan gaji permulaan bagi Penolong Profesor,” ujarnya.

Kalau saya RM 5000 banyak tu. Dapat bayar 5 buah kereta Perdana setiap bulan. Dapat umrah ke Mekah tiap bulan…tapi bila dah ‘bercerai’ ni macam macam lah dikata dan dikutuk…Bagus kutuk sekarang dari kutuk dahulu semasa masih ahli parti dan menjadi Presiden dari jasa parti .

Sanusi juga mengambil kesempatan pada sidang akhbar tersebut merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Sultan Ahmad Shah atas bimbingan dan nasihat baginda sepanjang khidmatnya di UIAM.

Beliau juga melahirkan harapan agar UIAM terus menempa kecemerlangan terutama dalam memainkan peranan sebagai jambatan menyampaikan kebaikan Islam kepada dunia.

”Memandangkan pemecatan saya dilakukan secara tergesa-gesa maka hanya melalui sidang akhbar ini sahaja saya dapat menyampaikan kepada semua pihak di UIAM termasuk mempertahankan maruah saya,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan Awam UIAM, Abdul Rahim Ahmad dalam kenyataannya memaklumkan pelantikan Mohd. Sidek yang dibuat atas perkenan Sultan Ahmad Shah berkuat kuasa 2 Jun lalu.

Katanya, seluruh komuniti UIAM mengalu-alukan pelantikan Mohd. Sidek sebagai Presiden UIAM yang kelima.

”Kami juga melahirkan penghargaan tertinggi di atas sumbangan Sanusi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di UIAM,” katanya.

Sekarang nak tengok Tun Mahathir sanggup ke tidak lepaskan jawatan ‘ahli’ Penasihat Petronas , Proton yang mendatangkan pendapatan puluhan ribu sebulan jika benar tidak menyokong Pak Lah sebagai perdana  menteri …

Ya lah, ahli UMNO tidakdapat apa apa. Jika Sanusi ‘rasa lekeh’ dengan gaji 5 ribu sebulan, rasanya Tun lagi tidak rasa apa apa jika dilepaskan jawatan bergaji puluhan ribu sebulan – sama dengan gaji PM sekarang ini hampir 20 k sebulan ( kalu tak silap sayalah )… Lagi lagi Mokhzani yang sudah ada dalam top 40 orang kaya Malaysia….Apalah sangat jadi Pengerusi SIC yang tak menjanjikan apa apa tu. Sekadar pendapatan ‘celah gigi’ saja.

Jom kita tunggu lagi apa keputusan terkini politik negara kita yang masih dalam ‘darurat’ bagi saya tidak tahu apa apa  ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s