Husam : menunjuk nunjuk dan mengada ngada

musa bw copy_large3

Husam (left) with Sheih of Kickdefella fame at a press conference in the PAS Media Centre in Kota Bahru…picture from Jed Yoong weblog...

Kelantan tidak ikut langkah Pusat

Bagus kerana tidak perlu ikut benda yang tidak elok… dan elok sekalipun…kerana nanti air muka Kelantan akan malu kerana mengikut benda ‘baik’ yang tidak mahu di’popularkan’ oleh pembangkang.

KOTA BHARU 11 Jun – Kerajaan Kelantan tidak akan mengikut langkah kerajaan Pusat mengurangkan elaun keraian anggota Exco dan wakil-wakil rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan ekoran kenaikan harga minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, langkah itu tidak membawa banyak makna bagi mengatasi masalah yang dihadapi rakyat ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga bahan api itu yang begitu tinggi.

Katalah macam ni, saya tidak ingin menjadi ‘ pengikut’ BN kerana membuat perkara yang sama…Baru betul.

Apatah lagi, katanya, kerajaan negeri telah sekian lama melakukan langkah berjimat cermat termasuk pemotongan elaun wakil rakyat sebagai strategi menjaga kebajikan rakyat.

Mesti tak mahu potong sebab dah 25 % potong sebelum ni. Nanti miskin pulak kalau potong lagi banyak.

”Langkah penjimatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sesetengahnya seakan mahu menunjuk-nunjuk dan mengada-ada seperti pemotongan elaun keraian 10 peratus bagi anggota Kabinet,” katanya di sini hari ini.

Macam terrer je tahu isi hati orang. Kalau macam tu Kelantan ketua penunjuk penunjuk kerana menunjuk kepada rakyat 10 tahun lepas dengan memberitahu pemotongan gaji dan elaun !

Beliau berpendapat, banyak lagi langkah yang lebih berkesan termasuk menghentikan pemberian tender secara runding terus melibatkan kos beribu-ribu juta yang sepatutnya dapat diselamatkan.

”Contohnya, pembinaan landasan berkembar kereta api yang kosnya dahulu sekitar RM8 bilion sekarang melonjak kepada RM16 bilion.

”Kita seolah-olah mahu berjimat 10 sen tetapi sedia biarkan hilang beribu juta, ia tak memberi kesan yang munasabah,” katanya.

Macam tahu tahu jer ..Hati hati main tuduh nanti kena sebat sebab menjatuhkan maruah orang ni… Mujur tak ada hudud lagi. Kalu tidak takzir pun boleh kena sebat sebab menuduh tanpa bukti…

Selain itu, katanya, langkah mengehadkan penggunaan hotel untuk seminar juga suatu langkah ke belakang kerana ia secara tidak langsung akan menguncupkan industri perhotelan dan pelancongan di negeri-negeri.

”Saya tidak faham kenapa kita naikkan harga minyak yang sepatutnya masih boleh dielak sehingga terpaksa bersusah payah melakukan itu dan ini untuk mengambil hati rakyat,” ujarnya.

Tak reti ke atau tak faham ekonomi ? kan minyak subsidi menguntungkan warga asing dan juga ‘pengkhianat’ yang jual minyak subsidi ? nak lagi ? rebat tunai tu tak cukup ker ? nak biar rakyat kemudian hari menderita ? dengan berbelanja habis duit simpanan negara dan menjadiakan anak cucu papa kedana menanggung hutang ?

Katanya, langkah lebih berkesan perlu diambil dan tidak harus disempitkan pemikiran atau tindakan dengan menggerakkan tenaga-tenaga alternatif termasuk gas dan solar.

Masalahnya mana satu betul ni. Siapa yang sempit sebenarnya…Kalau nak bangkang, bangkanglah dengan data fakta dan juga penyelesaian agar rakyat dapat menilai bahawa anda bekerja keras mencari penyelesaian kepada kesempitan hidup sekarang.

Bukan dengan mengatakan bahawa tindakan kerajaan memotong elaun dan gaji adalah tindakan MENUNJUK NUNJUK DAN MENGADA NGADA !!

2 responses to “Husam : menunjuk nunjuk dan mengada ngada

  1. “Mesti tak mahu potong sebab dah 25 % potong sebelum ni. Nanti miskin pulak kalau potong lagi banyak.”

    Dah potong 25% tu tak banyak ke? 10% yang BN potong tu banyak sangat ke? Jangan emosional dan taksub dgn UMNO bro. Be rational!

  2. Masalahnya dok perli tu yang jadi nampak tak banyak…diam diam sudahlah…

    sekurang kurangnya ada usaha dari kerajaan dan juga langkah-langkah terbaru di dalam menyerap kesan kenaikan minyak hari ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s