Kitab Politik : Bab 4 Golongan manusia oleh Tun Mahathir

Petikan dari blog Tun Mahathir : http://che-det.com

Hari ini orang Melayu terbahagi kepada empat kelompok.

1. Yang pertama

ialah mereka yang akan bersama UMNO walau apapun yang terjadi kepada UMNO atau negara. Golongan ini adalah yang terbesar dalam UMNO dan sokongan mereka menyakinkan pimpinan UMNO bahawa mereka selamat dan UMNO selamat.

2. Kumpulan kedua

ialah mereka yang pada Pilihanraya Umum ke 12 telah undi parti lawan atau merosakan undi atau tidak mengundi.

8. Kumpulan ini terkejut dengan hasil tindakan mereka. Mungkin ada yang menyesal. Tetapi lebih ramai daripada mereka yang kecewa dan semakin marah kerana “pengorbanan” mereka tidak mendatangkan hasil yang di harapkan.

9. Kumpulan ini akan berusaha menyampaikan mesej yang lebih keras. Jika tidak juga di hirau mesej mereka, sikap mereka akan diperlihatkan pada Pilihanraya Umum ke 13 dengan mengundi parti lawan terus.

3. Kumpulan ketiga

ialah mereka yang telah undi parti UMNO tetapi kecewa dendan sikap pemimpin yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan parti, yang menafi parti kalah, yang menyalahkan orang lain, yang tidak mahu mendengar pendapat ahli, tidak membenar ahli mengkritik, tidak benar ahli dengar pendapat orang lain, yang tidak mahu membenar pindaan kepada kuota, yang larang EGM (Extraordinary General Meeting), yang sering berkata ekonomi kukuh dan baik sedangkan rakyat menderita, yang kata inflasi hanya 5% sedangkan harga minyak naik 40%, harga ayam 100%, harga beras sekali ganda dan lain-lain lagi, yang semuanya jauh lebih mahal dari 5%. Mereka bosan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin yang mendakwa benda yang tidak benar berkali-kali.


11. Mereka ini sudah tidak lagi berminat untuk menyokong UMNO dalam pilihanraya.

12. Pemimpin UMNO tidak dapat mengenali mereka kerana mereka tidak memperdengarkan rintihan mereka dan mereka bukan ahli Jawatankuasa Cawangan atau Bahagian yang sering mencium tangan pemimpin, yang boleh di arah oleh pemimpin.

13. Seperti kumpulan yang telah undi parti lawan dalam Pilihanraya ke 12, mereka berdiam tetapi akan bertindak di Pilihanraya Umum ke 13 dengan tidak mengundi UMNO atau tidak mengundi langsung atau rosakkan undi.

4. Kumpulan keempat

adalah golongan muda dan yang berpelajaran termasuk ahli professional. Kebanyakkan mereka ini bukan ahli UMNO dan bosan dengan UMNO. Mereka berpendapat samada UMNO tidak relevan atau UMNO adalah kumpulan pengampu yang hanya ingin mendapat sesuatu bagi diri mereka, justeru itu tidak ikhlas walaupun semasa cium tangan.

15. Ramai mereka ini berpendapat UMNO adalah parti perkauman yang sudah tidak berguna lagi. Malaysia adalah hak semua rakyat berbilang kaum Malaysia. Justeru itu tidak mengapa jika mereka pilih parti pelbagai kaum walaupun ternampak jelas yang parti-parti ini sebenarnya diperalatkan oleh kaum tertentu.

16. Kumpulan (2), (3) dam (4) mungkin tidak sebesar kumpulan (1) jumlahnya tetapi mereka menjadi kumpulan penentu. Dalam pilihanraya kemenangan atau kekalahan di sebabkan oleh sebilangan yang kecil sahaja daripada pengundi. Jumlah pengundi mungkin besar tetapi perbezaan antara yang menang dengan yang kalah biasanya tidak sampai pun 5% daripada jumlah pengundi yang mengundi.

17. Jika jumlah kumpulan (2), (3) dan (4) hanya 5% daripada jumlah pengundi dan mereka tidak mengundi parti yang menang dahulu, parti itu akan kalah. Jika mereka memberi undi mereka kepada parti lawan, parti berkenaan tetap akan menang.

18. Dalam Pilihanraya Umum ke 12 kelebihan undi pada Barisan Nasional amat kecil peratusannya. Jika kumpulan (2), (3) dan (4) tarik keluar hanya sedikit sahaja daripada undi mereka jika mereka beri kepada parti lawan, Barisan Nasional tetap kalah.

19. Jika tidak ada usaha untuk menawan hati kumpulan (2), (3) dan (4) Barisan Nasional tetap akan kalah pada Pilihanraya Umum ke 13.

20. Pemimpin Barisan Nasional, terutama Pengerusi Barisan Nasonal, dan Presiden UMNO boleh berseronok sekarang dan bermegah-megah dengan apa yang dipercayai sebagai sokongan tidak berbelahbagi dan cium tangan ahli-ahli UMNO. Tetapi ingatlah ramalan untuk sapu bersih semua negeri dan memenangi 2/3 Parliamen Pilihanraya Umum ke 12 sebenarnya adalah khayalan, penipuan diri kerana asyik dengan sandiwara-sandiwara yang diadakan oleh mereka yang hanya ingin membodek pemimpin.

21. Ingatlah apabila UMNO tidak relevan lagi dan hancur berkecai, orang Melayu dahulu, sekarang dan yang akan datang akan kutuk mereka yang kerana kepentingan diri, kerana takut, kerana tamak telah menghancurkan UMNO yang mereka sayangi.

Cuma bagi saya ( tuan blog ) Tun dan anak pula di dalam golongan mana ?

adakah golongan sokong UMNO ?

atau undi parti lawan atau merosakan undi atau tidak mengundi. ?

atau mereka yang telah undi parti UMNO tetapi kecewa dendan sikap pemimpin yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan parti.

tentu Tun bukan dari golongan muda dan yang berpelajaran termasuk ahli professional yang Kebanyakkan mereka ini bukan ahli UMNO dan bosan dengan UMNO..

Cuma prediket ‘ bosan dengan UMNO ‘ mungkin boleh dikaitkan dengan Tun sedikit lah.

Sekarang ini adakah Tun menguatkan parti atau memporak perandakan parti ?

adakah Tun masih ingat lagi atau sudah menjadi ‘ melayu mudah lupa ‘ atau ‘ Melayu dalam dilema ‘ ?


Mungkin ada sebab Tun bertindak sedemikian. Samada positif atau negatif. Cuma andalah yang berhak menghakiminya dengan sebaik baik dan serasional mungkin segala fakta / hujah hujah yang terbentang di atas.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s