Abdullah cabar pembangkang beri subsidi kepada rakyat !!!

Pak Lah cabar pembangkang…. Pasti tak ada jawapan pun nanti ! tengok apa diorang akan jawab nanti… Nak cabar balik ? hahaha memang kering idea pembangkang ni….dok merapu sahaja tiap masa.

PASIR MAS 13 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya mampu menurunkan harga minyak dengan mudah ketika rakyat berasa tidak puas hati dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mencabar parti pembangkang menurunkan harga minyak di negeri-negeri yang mereka kuasai dan tidak sekadar terus berjanji.

“Masa pilihan raya dulu pun mereka janji macam-macam tapi sampai hari ini mereka tidak tunaikan. Kalau hendak kurangkan harga minyak, berilah subsidi untuk kurangkan harga minyak di Selangor dan Perak dulu.

“Kalau tidak boleh buat itu, tidak payahlah kritik. Tapi kita tahu pembangkang sentiasa ada benda untuk mengkritik.

“Seribu satu alasan boleh diberi oleh pembangkang, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu,” kata Abdullah kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Peningkatan Pengeluaran Beras Negara di Kampung Bendang Perangkap, Bunut Susu di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan termasuk parti politik pembangkang di Kuala Lumpur hari ini, Perdana Menteri mengakui ia sememangnya sesuatu yang telah dijangkakan.

“Bila ada yang tidak puas hati, (tunjuk perasaan) menjadi kecenderungan mereka untuk melahirkan rasa tidak puas hati,” katanya.

Bagaimanapun, tegas beliau, kerajaan tidak akan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak tanpa pembelaan.

“Saya inginkan jelaskan bahawa pihak kerajaan akan terus berusaha mengurangkan bebanan kenaikan harga minyak. Kita memahami dan menjangkakan ia akan menimbulkan kemarahan.

“Tetapi kita juga telah pun memikirkan apakah langkah yang perlu diambil… sebab itu saya umumkan satu demi satu langkah untuk meringankan beban kenaikan harga,” tegas beliau.

Abdullah menjelaskan, pengumuman itu termasuk pemberian rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian yang boleh dituntut di semua pejabat Pos mulai esok.

Beliau berharap pendekatan yang melegakan rakyat itu dapat berjalan dengan baik.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s