Catatan hati seorang warga Malaysia yang inginkan perpaduan !

Suasana masih lagi kecoh di sana sini. Ramai antara mereka yang mendapat kemudahan pangkat dan kuasa tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin. Kegilaan kepada dunia telah menutupi hati hati ramai manusia di mana sahaja mereka berada.

Nabi s.a.w telah mengisyaratkan bahawa umat akhir zaman mengalami Sindrom Al Wahnu ; sindrom cintakan dunia dan takutkan mati. Ia jelas kini kerana ramai telah dijangkitinya dan mungkin kita antara mereka itu.

Kemudahan internet juga tidak berupaya menjernihkan kekerohan jiwa kita. Ia sebenarnya menambahkan lagi ‘barah’ yang menunggu masa merentap kehidupan kita.

Perpecahan tidak akan berakhir dengan kita menyerang satu sama lain. Mungkin ada kesannya di sebalik ‘serangan’ pena kita semua. Namun di sebalik catatan tersebut, ada ruang kosong yang diisi oleh nafsu dan godaan syaitan sehingga kita telah menghancurkan perasaan lawan kita.

Justeru, syaitan juga yang berjaya. Dengan menghalang perdamaian dan kasih sayang. Dan meninggalkan ‘sejarah’ perpaduan sebagai artifak sejarah yang sesuai disimpan di muzium sahaja tanpa memikirkan adakah perlu kita gilap kembali agar sesuai digunakan kembali di celah kemodenan yang dikecapi hari ini.

Percayalah, kewujudan teknologi memudahkan dan juga menyulitkan. Memudahkan kita berkomunikasi dan juga menyebarkan fitnah serta dakyah agar ramai dapat menjadi ‘hilang akidah’ dan ‘maruah’ kerana sebaran pantas teknologi kita hari ini….Dengan tidak menafikan ia juga berupaya menjadi dakwah kepada semua lapisan masyarakat.

Apabila keburukan diganti dengan keburukan atas satu sama lain, kita tidak akan menemui lagi kebaikan di celah celah timbunan keburukan tersebut. Maka pembersihan perlu ditekankan dan menjadi keutamaan jika kita inginkan perpaduan di dalam masyarakat Hadhari yang kita idam idamkan.

Jika tidak, kita hanya inginkan ‘kesembuhan’ tanpa ingin melalui tempoh ‘menyakitkan’ dengan kepahitan ubat dan kesabaran merasa azab. Ia jalan singkat yang tidak membawa ke mana mana melainkan ke neraka dunia yang tidak akan membantu ke arah perdamaian dan perpaduan.

Usaha menyatukan umat Islam dari agama satu dan nabi yang satu ini perlu diusahakan dengan mengenepikan semua sekali percanggahan dan melupakan segala tohmahan dan kejian yang dibuat sebelum ini. Berlapang dada adalah kunci kepada pintu perdamaian antara dua pihak bercanggah pendapat dan memaafkan adalah sikap beradab seorang insan yang taatkan Tuhan Yang Maha Pemaaf kepada semua yang pernah bersalah hingga melupakannya dari ingatan sejarah.

Perpaduan antara bangsa dan agama impian utama kita selepas perpaduan antara agama Islam ini menjadi kenyataan. setiap golongan menjadikan perpaduan antara mereka dengan melupakan percanggahan demi mewujudkan keadilan…

Sudah penat kita bersengketa seperti ini. sedangkan sejarah mengisahkan kepada kita bahawa Rasul telah menyatukan hati hati manusia walaupun ia memakan masa yang begitu lama. Perasaan kekitaan telah mengikat persaudaraan Ansar dan Muhajirin sehingga mereka sanggup memberi dan berkongsi apa yang dimiliki hingga kepada peringkat berkongsi isteri dengan melepaskannya kepada saudara seagama sebagai bukti penyerahan mutlak kepada ajaran Ilahi…

Akhirnya perpaduan ini akan tercapai dengan kita mencari titik definisi bagi semua perkara yang kita perselisihkan…

Samada bab pemerintahan, judi, arak, riba, aurat, dan apa jua percanggahan pendapat antara minda ahli agama dan minda ahli siasah perlu dirapatkan serapat yang boleh.. Penerimaan dan tolak ansur kepada sesiapa tidak berpihak dan bertentangan perlu dijadikan tabiat baru kita di dalam menerima suasana Hijrah dari permusuhan kepada kasih sayang.

Mungkin dengan apa yang berlaku hari ini UMNO dan PAS akan kembali bertaut di atas nama Tuhan satu, Nabi yang Satu, Kitab yang satu dan juga bangsa yang satu !

Moga kita akan menjadi bangsa yang gagah di nusantara dan juga dunia tanpa menjadi munafik yang hanya reti berkata kata tanpa ada usaha mencapai ke arahnya…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s