TUN M: MAKIN HATINYA SAKIT, DIA SEMAKIN ‘JAHAT’ – Malaysiakini

Oleh : Raksasa BN ( sumber asal klik sini )

Apabila seorang bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad membuat komen tentang kenyataan terbuka Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan
belot dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memang nyatalah ungkapan itu boleh disifatkan satu komen ‘busuk hati’ (dengan maaf).

Hinggakan Tun M sanggup meramalkan dengan pengakuan Najib itu dijangka UMNO akan hanyut dan begitu optimis meneka bahawa UMNO akan lebih parah dalam waktu terdekat merupakan satu ramalan yang sedikit sebanyak berunsur sangat dengki dengan kepimpinan Pak Lah yangkelihatan pasangan paling ideal buat ketika ini.
Tun M benar-benar yakin bahawa dengan kemerosotan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu adalah disebabkan Pak Lah semata-mata. Dalam gambaran kasarnya, Mahathir menganggap Najib seorang yang bodoh menyokong Pak Lah. Saya menyimpulkan kenyataan
Tun M itu membawa erti, Pak Lah dan Najib sebenarnya adalah anak didik beliau sekian lama. Belum pernah pula dizaman pemerintahan Tun M, dua insan ini, Abdullah dan Najib pernah terlepas cakap atau berkias-kias mahu melawan bos mereka Tun M.
Mereka berdua paling cool jika dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Atas sifat-sifat itulah kononnya Tun Mahathir yang sentiasa dilihat orang sebagai orang berpandangan jauh meletakkan Abdullah sebagai pengganti beliau paling sesuai dan dicadangkan supaya Najib dilantik menjadi timbalannya. Kehendak Mahathir berlaku dan inilah frame yang ditinggalkan untuk menjaga parti, jaga negara.
Selepas pilihan raya umum tahun 2004, BN menang besar, Mahathir mungkin terperanjat melihat sokongan rakyat kepada BN yang begitu hebat sekali. Tidak salah kalau keadaan itu sebenarnya rakyat memang cukup suka Mahathir sudah tidak berkuasa lagi. Tetapi apabila Pak Lah membuat keputusan membatalkan pembinaan jabatan bengkok antara Malaysia dan Singapura, Mahathir mula melenting. Itu yang belum dibuat. Belum lagi Pak Lah kata nak robohkan KLCC Twin Tower dan hentikan pembangunan Putrajaya atau tutup KLIA.
Kalau ituyang Pak Lah buat, tak tahulah macam mana Mahathir melalak tengah-tengah jalan bercakap sorang diri dari celah bumbung kereta dengan hailer terbesar agaknya. Akhirnya cerita jambatan bengkok senyap begitu saja setelah focus Mahathir terganggu Anwar dibebaskan kerana membebaskan Anwar samalah seperti membebaskan musuh Mahathir nombor satu yang pasti akan menuntut balasan. Ini memang terlalu menggusarkan Mahathir.
Resah Mahathir itu menyebabkan gangguan jantung beliau hingga terpaksa menjalani pembedahan bypass buat kali kedua. Walaupun beliau menafikan perkara ini, tetapi itu adalah antara kesannya. Bila hatisakit, hati susah, jantung akan turut sakit.
Alhamdulillah, Mahathir kembali sihat seperti sediakala. Pendedahan Mahathir yang beliau menyesal melantik Pak Lah sebagai penggantinya yang dijejeh di mana-mana media dalam dan luar negera telah menyumbang kepada kurang yakin rakyat kepada Pak Lah yang baru memegang jawatan penting untuk meneruskan tugasnya sudah terpaksa berdepan dengan karenah bekas bosnya sendiri. Seolah-olah dia tidak ada dosa dengan rakyat negara ini. Mahathir hilang hormat, hilang diplomasi, hilang budi bicara, hilang pertimbangan, hilang maruah dan hilang penghormatannya apabilabertindak macam budak-budak nakal mencemar kepimpinan dan Negara melalui satu corak vandelisme moden.
Mungkin itu tujuan Mahathir mahu menghancurkan BN apabila beliau tidak lagi menerajuinya untuk mendapat nama bahawa beliaulah yang terpandai untuk mentadbir Malaysia ini. Mahathir terus menempelak ramai orang termasuk menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, Kalimullah, Patrick Lim dan ramai lagi untuk dibebankan kepada kerajaan jika boleh hingga BN tumbang sama sekali. Namun, itusemua tidak juga berlaku. Ia bagaikan narrow escape bagi Pak Lah untuk meneruskan usahanya membaiki keadaan. Kebetulan pada ketika BN menghadapi sengsara yang amat berat, hargaminyak pula melambung naik yang memaksa kerajaan tiada pilihan lainkecuali menaikkan harga minyak.
Itupun Pak Lah masih berusaha mengembalikan sebahagian daripada hak subsidi minyak kepada rakyat dengan pelbagai cara yang mungkin tidak siapa terfikir kerajaan boleh menghabiskan masa, tenaga dan hasil negara semata-mata untuk rakyatMalaysia mendapat rasa subsidi walaupun kecil jika dibandingkan apa yang telah kerajaan tanggung selama ini. Sekurang-kurangnya rakyat asing tidak dapat menjamah subsidi ini untukdikongsi dengan kita. Dan hari-hari ada saja perkembangan baru untuk mengurangkan beban rakyat melalui pelbagai cara dan ini nampaknya Pak Lah dengan ahli kabinetnya akan terus fikir apa saja terbaik untuk rakyat.
Kebaikan jangka panjang pastinya sedang tersusun. Cuma memerlukan kesabaran rakyat apa yang kerajaan akan lakukan seterusnya bagi mengimbangkan kembali keadaan yang begitu gawat pada ketika ini. Sepertimana kata Pak Lah umumkan bahawa kerajaan akan kembalikan royalty minyak kepada Terengganu dan mana-mana negeri yang terlibat dengan hasil minyak untuk ditadbirkan sendiri oleh negeri-negeri mendekatkan satu pendedahan besar tentang minyak tidak lama lagi.
Juga dalam pembangunan, kerajaan tidak asingkan negeri-negeri yang diterajui pembangkang. Kelantan akan menikmati peruntukan dari pusat. Kalau zaman Mahathir, Kelantan memang jelas dianaktirikan. Hanya nak adakan pilihan raya saja Kelantan mewah sekejap. Setelah gagal,Kelantan ditinggalkan terbontang begitu saja.
Dalam kita mendengar gendang, paluan, sorakan, tempikan, renung-renunglah sama berbezaan zaman Mahathir yang telah banyak mengusutkan punca-punca saluran kerajaan hingga hari ini satu demi satu pendedahan kita dengar apa yang Mahathir buat kepada negara kita. Penglibatannya dalam urusan kehakiman pun sudah cukup mengerikan dan apatah lagi soal kewangan negara yang sehingga akaun Petronas pun tidak boleh dipersoalkan. Akan banyak lagi pembongkaran danpendedahan mengenai Tun Mahathir. Dengar, perhati dan barulah buat pertimbangan untuk meletakkan siapa Tun Mahathir dan siapa Pak Lah sebenarnya

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s