Forum Sabah ada unsur hasutan keluar Malaysia !

Jelas, ada hasutan dari tangan ghaib inginkan Sabah keluar Malaysia seperti Singapura.. Ancaman ini harus dipandang serius kerana ia satu usaha ingin menjadikan Sabah negeri autonomi yang ingin mengaut keuntungan minyaknya sendiri tanpa memberikan sesen pun kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Unsur hasutan ini jelas boleh dikenakan tindakan di bawah AKTA HASUTAN 1948 kerana menjadikan forum sebagai medan hasutan. Kita bimbang suara sumbang ini boleh memecahkan lagi Malaysia selepas kita telah kehilangan Singapura pada 1965 dahulu. Ingat baru baru ini budakMelayu Islam umur 19 tahun telah ditangkap kerana menghalalkan darah Karpal Singh yang telah menghina Islam di laman Pemuda PAS JOHOR hingga laporan polis telah dibuat. Perbuatan tersebut meskipun dibuat orang Islam tidak dapat diterima sebagai satu perbuatan biasa. Ia boleh menjadikan negara huru hara dan musuh kita mudah mencelah masuk memburukkan lagi suasana..

Apatah lagi Sabah mempunyai minyak yang banyak dan tentu agen asing akan berusaha menjadikan perbezaan agama dan suku kaum sebagai asas mereka menghasut rakyat.

Inilah ancaman terkini Malaysia dan pihak kerajaan perlu mengambil langkah serius mengekang suara ini yang tentu sekali ingin menjadikan Malaysia hanya tinggal 13 negeri sahaja jika ditolak negeri Sabah.

Persepsi dan pandangan yang dibentuk melalui Forum Sabah amat bahaya kerana ia boleh mempengaruhi ramai pembaca dan menyakitkan hati penduduk semenanjung yang dicerca dan dihina di dalam sana. Ini merosakkan perpaduan sekian lama negara kita dan ini bibit bibit peperangan saudara yang boleh terjadi jika usaha pihak berkuasa lambat dijalankan.

Lihat di sini Forum Sabah tersebut yang perlu diperhati dari semasa ke semasa oleh abang abang polis kita.

http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?t=4701

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s