MINDA SH ALATTAS : SATU RENUNGAN UNTUK SEMUA

RAJA BLOGGER ‘GENIUS’ ATAU GILA

DISALIN DARI : WEB SYED HUSSIEN  ALATTAS UNTUK RENUNGAN ANAK MELAYU ISLAM MODEN

MALAM 27hb. Julai 2007 di sebuah dewan, di Holiday Villa, Alor Star, Kedah saya bersama setiap hadirin telah dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu Melayu evergreen antaranya Gelora nyanyian P.Ramlee dan Saloma selain dari lagu-lagu Melayu asli Seri Mersing.

Seri Mersing Lagulah Melayu Dikaranglah oleh Biduan dahulu Hatiku runsing bertambahlah pilu Mengenangkan nasib bangsalah Melayu.

Kebanyakan mata lebih terbelalak, asyik seronok gila melihat gadis-gadis sunti dengan gaya yang seksi mengenakan tarian gelek. Mereka terdiri daripada pelajar perempuan yang melakunkan semula tarian seperti di majlis raja-raja Melayu dulu seperti yang digambarkan dalam filem Melayu purba.

Setelah disajikan dengan halwa telinga, santapan yang enak-enak kemudiannya minda dikejutkan oleh ucapan dari Pendeta Ismail Hussein mengenai misi dan visi dunia Melayu yang menjadi trademark perjuangannya selama ini. Dalam perjuangan Tan Sri Pendeta Profesor Ismail Hussein ini macam juga perjuangan Allahyarham Tun Mustapha. USNO itu Tun M dan Tun M itu USNO, seperti juga Anwar dan ABIM, Ismail Hussein dan Gapena.

Perasmian diwakili oleh YB Dato Khalida, EXCO Kerajaan Kedah Darul Aman menggantikan Dato Mahadzir Khalid. Upacaranya ringkas sahaja tapi padat.


Segala-galanya bergerak begitu pantas, segala tumpuan masih berpusat ke pentas sehingga tiba pula giliran ucap tama oleh Dato Siti Hawa Salleh yang membawa hadirin satu ratus tahun ke belakang mengenai apa yang berlaku di zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid serta peranan penulis dan bagaimana penasihat boleh menghancurkan satu kerajaan yang sehebat Merong Mahawangsa.

Pembukaan ucapannya menarik minat saya kerana sikapnya yang berterus terang menggunakan sense of humour. Siti Hawa mengakui kelemahannya yang dia tak dapat mengingati teman-teman yang sudah lama tidak diketemuinya. Biar bagaimanapun itu tidak bererti dia lupa, dia tak hendak buang masa sebut nama berjela-jela, hadirin yang tak memahami usikannya tak geli hati, tak kelakar pun.

Mencedok dan menganalisa ucapan yang panjang lebar berkaitan dengan sejarah dan sastera Nusantara bukanlah macam mendengar cerita lawak jenaka dan penglipur lara yang tidak menuntut minda kita untuk berfikir apa lagi tak ramai yang minat subjek ini. Berapa kerat sangat orang yang suka memikirkan apa hubungannya sastera dan dunia penulisan politik semasa dengan sejarah bangsanya seperti Pendeta Ismail Hussein yang tak mengenal penat lelah membuatkan saya terpaksa mendokumentasikannya.

Bukan mudah mahu menterjemahkan bahasa akademik dan cerita sensitif mengenai kesilapan sultan-sultan dan kesultanan dengan menggunakan bahasa anak muda sekarang. Setiap perkataan yang digunakan oleh anak muda sekarang bagi menunjukkan sesuatu yang “tersangat teruja” akan ditambah dengan perkataan “giler“: cantik giler, pandai giler berat giler dan bermacam-macam giler lagi. Yang tak giler siapa? Marah para cendiakawan yang ada.

Bahasa berkembang mengikut zaman. Dulu perkataan Melayu seperti sistem, intergriti, makanisme tak ada dalam kamus bahasa Melayu. Tapi sekarang perkataan internet blogger adalah perkataan biasa dalam bahasa Melayu dahsyat giler. Tapi ini tidak bermakna kita boleh buat perkataan baru ikut suka hati kita bagi menyesuaikan dengan gelagat anak-anak muda kita. Nanti kita dilabel sebagai goblok .

Jangan silap penyampaian, mana tahu Hishamuddin akan membuat aduan ke balai polis, tak pasal-pasal saya dan Siti Hawa akan ditahan seperti Raja Petra. Sedih giler tokoh akademik kerana tak terfikir yang dia boleh ke penjara bila ucap tamanya diberi satu suntikan balastik.

Kelemahan saya bila berada dalam satu-satu majlis keramaian ialah sewaktu badan terpaku pada kerusi, mata melihat, telinga mendengar, mulut tertutup, hati kecil terus menyuarakan sesuatu mengikut fikiran yang boleh berada di mana-mana seperti ada time machine boleh berbalik seperti teori Edward De Bono.

Kadang-kadang saya merasakan macam memori otak bawah sedar dan otak sedar terangkat dari megabyte kepada gigabyte. Daya memori dalam otak manusia ciptaan Allah ini memang hebat. Photograpic memory yang boleh mengingati secara bergambar seperti dalam photoshop komputer boleh diupgradekan kepada mercuric memory seperti kehebatan 3D dan animinasi seperti dalam filem Lord Of The Ring atau Harry Potter oleh J.K. Rowling.

Jangan salahkan saya jika fikiran saya menterjemahkan ucapan yang berat giler ini untuk dihadamkan mengikut bahasa dan analisa menerusi prespektif politik masa kini yang gila-gila, segala kisah pembunuhan Altantuya wanita Mongolia.

Bagi saya apa yang hendak disampaikan ialah kesimpulannya. Moral of the story yang tersirat itu apa?

Kesimpulannya mudah, peranan penulis dan penasihat di kelilingi boss.

Apakah penulis tak perlu mempunyai idea baru untuk mengaitkan kisah silam tentang hilangnya kekuasaan Melayu akibat penasihat? Apakah minda penulis harus terus menerus dikongkong sesudah dalam kotak 50 tahun merdeka?

Jika penulis di zaman lampau berani berkata benar melihat kesilapan yang dilakukan Sultan yang sanggup menerima pakai nasihat punah sesat dari Siam tanpa berbincang dengan para mufti, mungkin Sultan tak baca buku tulisan Raja Ali Haji.

Sultan Abdul Hamid membelanjakan antara 3 juta ke 4 juta ringgit merayakan perkahwinan puteranya Tunku Ibrahim (atau Tunku Sulung) dan empat orang putera dan puteri baginda dalam perayaan selama 90 hari 90 malam di Alor Star pada 15 Jun 1904 dan secara rasmi berakhir pada 15 September 1904. Kedah terpaksa meminjam daripada kerajaan Siam sebanyak $2,600,000/- dan dipaksa menerima seorang pegawai Inggeris yang dilantik oleh kerajaan Siam menjadi pentadbir kewangan Negeri Kedah.

Tiba-tiba saya teringat apa yang diceritakan oleh YAB Dato Mahdzir, apa yang terjadi pada pahlawan Islam, Tarik bin Ziad yang telah menjadi mangsa fitnah. Punahsiat berjaya mempengaruhi Yazid kononnya jika beliau tidak berbuat sesuatu pada Tarik yang berjaya mengalahkan Sepanyol dan menawan Kordoba, apakah patut Tarik dibiarkan menjadi terlalu kuat? Akibat tak berfikir panjang Yazid bin Muawiyah percaya. Akhirnya yang rugi ialah Yazid dan kerajaannya.
Maka cara yang sama digunakan oleh Punahsiat untuk menakut-nakutkan boss, “bahaya dia ni boss kalau tak bunuh dia, boss nanti jadi mangsa“. Akhirnya bangsa Melayu pun hancur oleh penghasut, pemfitnah di keliling Sultan seperti Nina Chatu di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Itu juga yang dilakukan penasihat Muawiyah supaya memusuhi Saidina Ali yang mengakibatkan Islam berpecah kepada dua puak yang sentiasa bermusuhan di antara satu sama lain sehingga hari ini bila orang Islam berada di bawah dua matahari. Kenapa kita tidak mahu belajar dari sejarah?

Saya ingin mengingatkan pemimpin bahawa bukan semua penulis hari ini pengguna berita yang bebal. Ada yang mengumpul laporan-laporan, menganalisa sebelum menelan bulat-bulat dan menyampaikan kepada rakyat.

Kasihan ramai di antara rakyat yang tidak pernah diajar bagaimana menjadi pengguna berita yang bijak.

Pengguna barangan yang tak bijak selalu tertipu dengan propaganda megasale namun ada yang sudah pandai komplen bila merasa ditipu. Mereka akan buat aduan kepada persatuan pengguna dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Kenapa, ini belum terjadi pada pelawat laman blog yang diserang demam blog goblog?

Kita kena ingat, mengguna dan menganalisis berita, cerita lain. Salah guna dan salah analisa oleh mereka yang bukan pakar, bukan ahli lain lagi buruk padahnya. Ini masalah yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini.

Penyalahguna laman blog yang bukan penganalisa politik, bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri akibat menyebar fitnah yang mereka tak dapat beza dengan fakta dan sumber berita yang tidak disahkan oleh pihak yang diberikan tanggungjawab untuk mengesahkan sesuatu berita bukan saja akan menyusahkan orang lain tapi boleh menghancurkan kestabilan politik dalam sesebuah negara.

Pelik bila agensi berita rasmi yang menapis dan mengesahkan berita sama ada dari dalam negeri atau luar negeri sudah tidak dipercayai. Orang ramai tak minat media arus perdana, ubi kayu, ubi keledek, nasi lemak macam mereka yang suka fastfood, junkfood. Kalau semua orang boleh tulis berita mengenai sesiapa sahaja, bayangkan memberi senjata api pada orang gila? Nasib rakyat nanti sama seperti penduduk di Amerika.

Internet adalah satu saluran untuk menyampaikan berita. Hari ini semakin ramai orang Melayu yang menggunakan Internet untuk menyampai dan mendapatkan berita. Mungkin apa yang berlaku ada rahmatnya. Kita mesti bersangka baik. Kalau tak ada kekecuhan yang ditimbulkan oleh blogger mungkin penggunaan komputer dan internet tak sehebat hari ini.

Kita boleh baca semua akhbar harian arus perdana di Internet dan pernahkah kita terfikir yang home video berjaya menutup berapa banyak panggung wayang besar-besar? Kita tak boleh sekat kemajuan. Setiap ada pembangunan mesti ada keruntuhan. Kita tak boleh kata bila bloggers sampai ke kemuncak, mereka akan berhenti.

Kita boleh baca atau menyaksikan klip video, berita-berita termasuk dari luar negara yang di siarkan oleh CNN, CBS, BBC dan macam-macam lagi. Permainan siapa? Jari-jari siapa? Propaganda dari mana tiba-tiba saja blogger dijadikan ikon seperti Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza?

Perang siber di antara penulis blog politik dengan kerajaan sudah sampai ke peringkat yang susah nak dikawal. Makin hari makin teruk. Makin hari penulis blog makin berani dan makin melampau dalam menabur fitnah terhadap kerajaan, menghina institusi raja dan agama. Bahasa yang digunakan pula lebih kesat dari bahasa pasar. Apakah mereka sedar perbuatan mereka merosakkan budaya dan bahasa?

Itulah Melayu baru di era globalisasi di mana kalau nak maklumat cuma klik tetikus di hujung jari. Bukan itu sahaja, nak sampaikan maklumat kepada orang lain pun sama mudah, sama ada maklumat yang nak disampaikan itu betul atau tidak, atau boleh merosakkan bangsa dan negara seperti hiburan di TV yang berlebihan membuat kita terlupa siapa kita?

Ada penulis blog yang mendaftarkan blognya menerusi pembekal khidmat internet di luar Negara. Mereka tak berani gunakan alamat internet dalam Malaysia sebab takut dicekup oleh pihak berkuasa. Dengan berbuat demikian mereka merasa mereka sudah ada imuniti. Mereka boleh tulis ikut suka hati berani giler kerana kononnya tidak ada undang-undang di Malaysia yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas mereka. Macam burung ostrich yang sembunyi kepala dalam pasir, dia fikir orang tak nampak dia.

Banyak perkara berfaedah yang boleh kita lakukan dengan menggunakan teknologi komunikasi ini.Tapi nampaknya ada segolongan orang Melayu yang lebih cenderung untuk menghantar sms menyebarkan fitnah terhadap pemimpin dan menulis komen dalam blog-blog di Internet. Ini yang memeningkan kepala saya.

Betulkah tak ada undang-undang yang bolih digunakan untuk menekan penulis blog Malaysia yang menyebarkan fitnah mengenai kerajaan dan pemimpin kerajaan? Apakah tindakan mereka mendaftarkan blog mereka di luar negara tidak boleh dianggap sebagai satu perbuatan pengecut? dayus? Macam pondan kata Mat Taib.

Kita kena ingat bahawa bangsa Melayu yang menerima maklumat dari internet masih daif dengan politik antarabangsa, masih tak dapat membezakan motif?, niat dan siapa di belakang Raja Blogger gila atau blogger yang lainnya. Kenapa ramai sangat yang ikut jadi gila? Apakah tak mustahil semua itu hanyalah sandiwara untuk mencetuskan propaganda supaya rakyat membenci siapa saja pemimpin Melayu yang jadi Perdana Menteri?

Benar teknologi maklumat telah memberi kuasa kepada rakyat dalam era langit terbuka dunia tanpa sempadan di mana kebenaran bukan lagi merupakan produk yang dimiliki oleh beberapa kerat manusia yang dianggap bijak tanpa punya jawatan sebagai penasihat menteri tapi boleh jadi raja machai tanpa disedari.

Semuanya timbul bila kisah Razak Baginda penganalisa politik terlibat dengan pembunuhan Altantuya, bloggers tanpa disedari boleh sesuka hati memandu dan memimpin pemikiran rakyat tanpa hala tuju, entah macam mana tiba-tiba saja blogger muncul sebagai peoples power. Apakah tak mustahil apa yang terdapat dalam blog boleh meruntuhkan kerajaan di mana UMNO yang dikuasai Melayu menjadi tulang belakangnya?

Tiba-tiba saja mereka yang merasa diri bijak, hebat kerana ramainya pengikut dijulang terlupa hanya Allah Yang Maha Kuasa. Syirik bila manusia merasakan diri berkuasa.

Cerita yang disampaikan tak semestinya benar tapi dipercayai. Jika cerita yang disampaikan tak benar boleh diguna pakai bagaimana jika sekadar half truth… sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah.

Bloggers mengharapkan sokongan rakyat, mereka mahu bersaing untuk suara mereka didengari untuk mendapat pengaruh rakyat sedangkan mereka itu siapa? Pemimpin parti politik yang akan bertanding pilihan raya ke atau alat yang akan menghancurkan dunia Melayu? Akhirnya Melayu hilang, kuasa hilang, Raja hilang segala-galanya, membiarkan tikus membaiki labu.

Mungkin ramai orang yang kenal dengan Raja Petra. Tapi kita tak tahu siapakah orang-orang yang menulis komen dalam blog beliau? Kita tak tahu siapa yang telah diperalatkan dan siapa pula yang telah menjadi alat?

Betulkah blogger menjadi mata, telinga dan suara rakyat atau alat mereka yang tidak mendapat projek dan tender? Tidak mustahil orang kecewa dan marah kepada Pak Lah dan kerajaan menggunakan blog politik untuk mencaci dan memburuk-burukkan kerajaan semata-mata kerana mahu membalas dendam.

Ada pihak yang menyuarakan kononnya keputusan kerajaan untuk mengawal kebebasan penulis blog dan penulis komen dalam blog adalah kerana kerajaan mahu menyembunyikan sesuatu. Betulkah kerajaan ada simpan tengkorak dalam almari?

Sebenarnya soal main sembunyi-sembuyi tak timbul. Tengok sahaja Singapura. Walaupun boleh dikatakan tak ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi kerajaan Singapura tetap mengawal kebebasan media termasuk internet. Tak ada pun Melayu Singapura yang bising buat laman web daftar di luar negara.

Ada rakyat Singapura yang mengkritik kerajaan mereka tapi sanggup merengkok dalam penjara, sanggup hidup sengsara itulah pejuang namanya. Adakah penentang kerajaan Lee Kuan Yew mencaci dan memburuk-burukkan pemimpin mereka seperti yang dilakukan terhadap Pak Lah seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir?

Orang Melayu Singapura yang dilihat oleh orang Melayu Malaysia kononnya ditindas juga tidak pernah komplen tentang pemimpin Lee Hsien Loong anak mantan Perdana Menteri dan masih pegang penuh kuasa selaku Menteri mantor. Melayu Singapura gembira dan bangga Perdana Menteri mereka Cina. Itukah yang diminta dan diharapkan oleh orang Melayu urban bila Pak Lah turun lepas 50 tahun merdeka, satu Timbalan Perdana Menteri Cina?

Sejak zaman Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura selepas berpisah dari Malaysia pada tahun 1965, zaman Goh Chock Tong dan kini zaman Lee Hsien Loong, tak ada kedengaran suara orang Melayu membantah atau memburuk-burukkan mana-mana Perdana Menteri mereka.

Tapi orang Melayu Malaysia lain. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir sehinggalah Pak Lah, ada sahaja yang tak betul. Siapa yang betul? Siapa yang layak jadi Perdana Menteri selepas Pak Lah? Bukan sahaja dasar kerajaan dihentam tetapi peribadi mereka juga menjadi sasaran tanpa mencari kesilapan sebenar sistem pecah perintah penjajah, Melayu punya dua nakhoda dalam satu bahtera.

Kalau Pak Lah Perdana Menteri Singapura, mesti tak ada yang kisah tentang perkahwinan Pak Lah hatta kalau Pak Lah hendak kahwin dengan bapok, pondan dari Bugis Street sekalipun. Islam sangatkah mereka yang mengutuk apa saja yang dilakukan oleh Pak Lah dan keluarganya?

Nampaknya orang Melayu Malaysia merasakan diri sudah terlalu maju sehingga kita kononnya tak perlu ada sistem penapis seperti sistem tampi pemimpin yang diutarakan oleh Dato Mahdzir Khalid pada saya dalam menapis berita yang bebas akibat dunia tanpa sempadan di era langit terbuka di mana orang Islam menjadi mangsa serangan media masa yang dimonopoli oleh musuh-musuh Islam.

Terjadi haru kelabu dalam masyarakat bila mereka yang tidak ada kelayakan, tidak ada kepakaran dibiarkan bermaharajalela bermain api akhirnya membakar diri sendiri. Kemarahan dan kebencian terhadap pemimpin Melayu tidak pada Raja yang jadi Ketua Agama dan Adat, takut kena ISA, diterima pakai sebagai pendapat rakyat ?peoples opinion untuk merosakkan pemikiran rakyat melalui karya mereka yang Melayu ini bangsa tak guna, tak layak memimpin negara.

Ramai yang menyalahgunakan kepakaran dan kebolehan menulis untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Bila emosi dan nafsu menguasai pemikiran mereka yang materealistik, terlalu kebendaan, menutup kelemahan dan kesalahan sendiri, satu jari menunjuk ke arah orang, tiga lagi ke arah sendiri.

Siapa yang membiarkan mereka mempunyai pengaruh terhadap pendapat umum bermaharajalela? Apakah semata-mata kerana sistem pendemokrasian maklumat dan akses kepada maklumat bloggers boleh tulis apa saja? Atau ada di antara mereka yang ambitious menjadi Perdana Menteri? Atau orang yang mereka pilih jadi Perdana Menteri?

Siapa yang memberikan mereka informasi dan rahsia kerajaan, rahsia pemimpin untuk disebarkan menerusi interneti? Sudahkah kita cari sebab kenapa pemikiran rakyat boleh dimonopoli oleh bloggers? Dan bagaimana mengatasinya seperti menarik benang dalam tepung atau memukul ular guna tongkat supaya tanah tak rosak tongkat tak patah, ular yang dipukul mati, tak kena ?checkmate?, tak kena backfire.

Memang benar semuanya kini berada di tangan rakyat, undi berada ditangan rakyat, ini musim ikan kecil makan ikan besar. Siapa penyebabnya? Tak ada bezanya apakah bulu ayam yang dicelup ke dalam dakwat yang digunakan oleh penulis zaman dulu atau jari jemari atau internet? Yang penting siapa yang menjadi pendeta? It is not the song, the singer, not the book but the writer.

Samakah orang yang berilmu dengan orang yang tak berilmu? – al-Quran. Apabila satu-satu jawatan diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya maka tunggulah akan kehancurannya – hadith Nabi Muhammad SAW.

Sejak zaman berzaman penulis yang memiliki ?kuasa?, kepakaran dan kelayakan saja yang diyakini oleh raja seperti bagaimana Naruddin Arraniri menggunakan ilmu untuk bukan saja menjatuhkan tapi membunuh Hamzah Fansuri sebagai mufti Perdana Menteri, keturunan Naruddin berasal dari Gudjerat menggunakan buku yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Hari ini Raja dan Ketua Negara tidak lagi mempunyai kuasa memonopoli sepenuhnya, tapi mereka boleh dapat sesuatu untuk keluarga dan peribadi. Mereka tak boleh campur unsur politik selaku Ketua Agama. Apakah mereka tak punya hak untuk memberitahu rakyat apa yang benar dan apa yang salah?

Kebebasan akhbar dan perjuangan hak asasi manusia telah mencelikkan mereka yang buta IT. Mereka mahu Raja dan Sultan masuk masjid berkhutbah macam Sultan Iskandar Johor lakukan sewaktu mula-mula ditabalkan menjadi Sultan Johor. Mereka mahu Sultan berbuat sesuatu untuk membantu umat Islam yang menjadi tangungjawab mereka. Ini bukan zaman kuasa itu benar untuk mengkekalkan kuasa.

Pemimpin perlu penasihat yang bijaksana dan ikhlas. Kita perlu baca apa yang terjadi kepada Hamzah Fansuri dan bagaimana Nuruddin menggunakan istana untuk menghancurkan fahaman tasauf wahadatul ujud yang dibawa oleh Hamzah Fansuri sehingga mengakibatkan Melayu berpecah dua. Fahaman yang dibawa oleh Hamzah Fansuri dianggap sesat.

Cukupkah Khairy Jamaluddin dan Mohd Norza Zakaria bersama Mat Taib bangun melawan bloggers kerana mereka yakin boleh merosakkan pemikiran bangsa? “Mentang-mentanglah Raja Petra keturunan raja. Dia bukan putera raja macam Raja Nazrin tapi dia cuma sekadar Raja Petra. Pasal apa hendak takut apa lawan dengan raja Blogger, raja jin pun orang tak takut.

Siapa tahu mungkin Raja Petra itu gila ? Kebanyakan seniman hebat memang gila. Mereka perlu di bawa ke hospital gila. Kalau perlu ditahan, diperiksa, periksa otak, sesudah terbukti yang dia tak gila beri satu surat pengesahan doktor gila baru sah Raja Blogger tak gila, tak berbahaya, tak perlu ditahan dibawah ISA. Kenapa menganiayanya menyoal siasat orang yang terbukti gila? Kalau betullah dia gila terserah pada pembaca internet mahu dengar pendapat orang gila.

Sama ke penyakit bloggers gila ini macam penyakit yang ada pada lembu gila yang sekali lagi sedang menyerang UK? Sikit punya gila Gordon Brown memikirkannya, silap-silap boleh melumpuhkan ekonomi UK. Siapa yang terkena gigit anjing gila dia akan jadi gila atau termakan daging lembu gila. Bagaimana hasil karya yang ada unsur yang gila? Sebab itu agaknya di England lembu yang mahu dijual di pasaran perlu ada surat beranak mengesahkan yang ia tidak berketurunan gila.

Bangsa kita kini di ambang kehancuran, nasib bangsa kita hampir sama seperti bangsa Bosnia. Sampai bila kita mahu berpeluk tubuh, tak buat apa-apa? Bangunlah bangsaku dari tidurmu.

Ada ke pemimpin UMNO terutama Ketua Penerangan, Ahli MT yang telah membaca sejarah Merong Mahawangsa? Sebab itu semasa ucap tama saya berfikir mengenai orang yang gila-gila.

Ini masanya the good vs evil, yang hak melawan kebatilan, tak kira siapa saja yang berada di pihak yang batil mesti di tentang habis-habisan sama ada pemimpin mahu pun bloggers tanpa mempunyai agenda peribadi, tanpa memikirkan puak.

Janganlah ingat mentang-mentang laman web didaftar di luar negara, kita suka-suka sahaja boleh memfitnahkan pemimpin negara. Undang-undang Malaysia di buat untuk rakyat dan negara Malaysia. Bukan semua undang-undang yang mengira lokasi macam jenayah dan undang-undang trafik yang boleh didakwa dalam negara ia berlaku.

Tapi ada undang-undang yang mensabitkan kesalahan walaupun dia dilakukan di luar negara. Misalnya rakyat Malaysia yang keluar negara dan menghasut untuk menjatuhkan kerajaan. Dekat luar negara dia boleh selamat, tapi dalam Malaysia lain cerita.Kena ingat sikit, kerakyatan yang kita pegang menurut kad pengenalan kita menyebabkan kita tertakluk kepada undang-undang. Kita jangan jadi macam pelajar Malaysia yang membuat video klip Negaraku.

Selama 40 tahun saya menulis buku politik, saya menerima ribuan surat dari pembaca dan peminat saya yang menyokong apa yang saya tulis. Tapi sehingga hari ini belum ada satu surat pun yang saya siarkan dalam mana-mana buku saya. Bagi saya surat atau komen dari pembaca adalah untuk pengetahuan dan tatapan peribadi. Nak buat apa pulak saya siarkan untuk pembaca lain baca.

Tapi penulis blog tak ikut budaya ini. Mereka suka menyiarkan komen-komen dari pembaca blog mereka. Lagi banyak komen lagi tinggi ego mereka seolah-olah tulisan mereka sudah mendapat pengiktirafan. Mereka terlupa kebanyakan komen-komen itu menggunakan bahasa yang kesat, bahasa yang lebih kasar dari bahasa pasar. Kalau ada 4 juta orang yang melayari laman weblog berkenaan, maknanya kita membiarkan bahasa Melayu kita dirosakkan. Kita juga menyebarkan budaya biadap ini di kalangan rakyat Malaysia.

Ilmu berfikir secara teratur dan menarik perlu diterapkan dalam masyarakat kerana masyarakat kini penuh dengan maklumat tetapi tidak boleh berfikir, kata Profesor Diraja Ungku Aziz.

Masyarakat mesti belajar berfikir secara menegak dan mendatar, katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah, yang memberikannya ganjaran wang RM80,000, sijil serta trofi, daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berfikir secara menegak ialah apabila manusia mahukan sesuatu contohnya nak bonus, hadiah. Berfikir secara mendatar ialah bagaimana nak mencapai apa yang dikehendaki atau menghuraikan sesuatu masalah,”

Manusia sememangnya sudah boleh berfikir sejak dilahirkan apabila mereka boleh menyebut panggilan ibu dan ayah tetapi mereka perlu dididik untuk berfikir secara teratur dan menarik.

“Kalau learning sahaja without thinking (belajar sahaja tanpa berfikir). Jadi jeng… jenglah,” katanya sambil ketawa.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s