4 Stooges berbasikal yang baru muncul di Parlimen !

Empat wakil rakyat PKR berbasikal ke Parlimen didakwa cari publisiti murahan…Soalnya kenapa hanya 4 sahaja dan semua dari PKR , bukan dari parti PR seperti PAS dan DAP ??? Adakah …. dan … akan hancur ????

 

Gambar : Blog Nahdah
23/06/2008 5:03pm

 

KUALA LUMPUR 23 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.

Katanya, mereka cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global.

“Dahlah kayuh pun setakat dari Bank Negara saja… saya harap kalau sungguh-sungguh sangat, teruslah berbasikal ke Parlimen setiap hari selagi kerajaan tidak penuhi tuntutan mereka (turunkan minyak).

“Jangan setakat kayuh hari ini sahaja, budak darjah enam pun boleh. Pada saya yang penting empat orang ini kena ingat, mereka adalah Ahli Parlimen, ruang tersedia untuk mereka berhujah bagi mengatasi masalah, bukan gimik macam ini.

“Apakah mereka ini ingat kalau dengan kayuh basikal kerajaan boleh turunkan harga minyak?” kata Mohamed Nazri ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen PKR yang berbasikal ke Parlimen hari ini ialah Tian Chua (PKR-Batu), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) dan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan).

 

Nota : Komunis di China semua guna basikal…Mereka nak guna cara sama ke ?

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s