Pegawai kanan MB Selangor letak jawatan tanda PKR @Pakatan Rakyat di ambang kejatuhan !

Macam mana nak perintah negara jika hal remeh temeh macam ni sudah jadi kecoh satu Malaysia ?

SHAH ALAM 24 Jun – Pegawai kanan kepada Menteri Besar Selangor, Mohd. Yahya Sahri yang digantung tugas kerana disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di kawasan Petaling Jaya meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar berkuat kuasa semalam.

Sepatutnya terus letak jawatan dalam Parti demi menunjukkan ketegasan menentang salah laku yang timbul dari arahan pihak atasan…

Beliau juga melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Beliau sepatutnya tidak menjadi kambing hitam dan kita percaya akan ada pendedahan yang akan menjatuhkan kredibiliti Khalid dan juga penasihat ( baca : punahsihat ) parti….Mungkinkah Yahya Shaari bakal menyeberang ke parti UMNO selepas ini ?

Mohd. Yahya berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya sebagai tidak adil disebabkan kes itu masih dalam siasatan BPR.

Jika arahan dari pihak atas tentulah tidak adil beliau disiasat seorang diri…

Selain itu, beliau juga kecewa dengan Abdul Khalid kerana tidak pernah diberikan peluang untuk menyatakan pendirian serta pandangannya mengenai dakwaan tersebut.

Maknanya pegawai kanan yang tidak kanan dan kiri lah ni… Sepatutnya OKT ( orang kena tuduh ) perlu diberi peluang menyatakan pembelaan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Sekiranya siasatan mendapati wujud salah laku, hanya BPR yang boleh mengambil tindakan (mendakwa). Oleh itu, tidak ada sebab untuk Menteri Besar menggantung saya hanya kerana nama saya dikaitkan dengan siasatan ini.

Maknanya Khalid telah tersilap menggantung pegawainya sendiri demi menjaga nama baik parti dan pakatan ‘khayalan’ mereka…

“Bagaimanapun, tindakan seperti ini (gantung tugas) adalah tidak wajar kerana pada mata rakyat saya ini seolah-olah bersalah sedangkan siasatan masih berjalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya meletak kedua-dua jawatan tersebut sebagai membantah keputusan Abdul Khalid terhadap dirinya.

Pada 10 Jun lalu, BPR Selangor memanggil dan mengambil keterangan Mohd. Yahya selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya kepada empat syarikat tanpa pengetahuan Menteri Besar.

Siasatan itu dibuat ekoran tindakan empat individu yang mendakwa anggota PKR Bahagian Kuala Selangor, Tanjung Karang serta Shah Alam membuat laporan kepada BPR dan mendakwa mempunyai bukti serta dokumen pegawai kanan berkenaan terbabit berbuat demikian tanpa pengetahuan Abdul Khalid.

Sehubungan itu, Mohd. Yahya mendesak Abdul Khalid supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar serta Pengerusi PKR Selangor tetapi beliau enggan menyatakan sebab-sebabnya.

Mungkin kita boleh agak sebabnya ialah tidak sampai 100 hari, mereka sudah mula main dengan ‘spekulasi’ yang ditiupkan oleh pejuang kebenaran sehingga banyak salah laku sudah didedahkan. Bahkan Khalid sendiri mengakui meminta sumbangan untuk sambutan dengan duit dimasukkan ke dalam akaun PKR sahaja tanpa diberitahu kepada ahli pakatan lain seperti PAS dan DAP…

Dalam pada itu, Mohd. Yahya memberitahu, beliau ada bertemu dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan pandangan sebelum mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara berkenaan.

Maaf Anwar sedang bermunajat di Kaabah minta makbul jadi PM…paling tidak pun jadi MB ….paling tidak pun masih jadi rakyat negara ini. Kerana dikhabarkan beliau ada dua warganegara ( kalau Islam dikira munafik dah ni )

klik sini untuk berita tentang dakwaan tersebut

“Sebenarnya saya mahu adakan sidang akhbar bagi menyatakan keputusan ini (letak jawatan) semalam. Bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah supaya berjumpa dengan Anwar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

Anwar sedang berada di mekah ( klik sini ) untuk berjumpa sekutu Amerika yang lain…Janganlah terpedaya dengan kata kata beliau yang menunjukkan kewarakannya sedangkan pemimpin Saudi adalah pro Amerika yang amat jelas sekali…

Klik lagi di sini untuk berita tentang hal tersebut

“Sungguhpun begitu, peletakan jawatan saya dalam PKR tidak bermakna saya keluar daripada parti ini, tetapi sebagai protes bahawa saya tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Abdul Khalid,” ujarnya.

 

Mujur Allah tidak mengizinkan mereka menakluk Malaysia. Ada lagi doa orang soleh antara kita yang meminta agar Islam tidak dirosakkan oleh mereka dari golongan Harbi, Munafik dan Islam Kulit ….

Mari kita tingkatkan lagi usaha mempertahan dan menerangkan kepada seluruh rakyat tentang bahaya agenda tiga saudara tidak sebangsa dan seagama ini agar Melayu tetap unggul di Malaysia dan Nusantara serta menjadi ‘SUPERMAN’ yang akan menyelamatkan dunia…..amin.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s