Pelik tapi benar ; Khalid ingin agih duit sumbangan syarikat swasta kepada semua parti Pakatan Rakyat

PKR mahu agih wang sumbangan syarikat swasta – Utusan

SHAH ALAM 25 Jun – Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang akan mengagihkan wang yang dikutip daripada syarikat swasta sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat Selangor ke dalam akaun kerajaan negeri termasuklah akaun DAP dan Pas.

Pelik kerana duit dimasukkan terlebih dahulu ke dalam akaun PKR… Tentu PAS dan DAP tak tahu jumlah sebenar kerana duit tidak melalui akaun bersama…tetapi akaun peribadi parti PKR…

Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan yang akan dibawa ke dalam mesyuarat parti itu malam ini kemungkinan akan diputuskan bagi mengelakkan timbul sebarang tanggapan negatif daripada semua pihak termasuklah rakan sekutu parti itu.

“Kita akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor malam ini.

“Mengikut cadangan kita, wang berkenan akan dipulangkan kepada kerajaan negeri dan selebihnya kita akan agihkan seperti mana yang dipersetujui oleh semua parti Pakatan Rakyat.

Jika syarikat swasta memberi sumbangan tentu mereka berhajat kepada balasan. Sejauh mana balasan kita tidak tahu namun khabar angin mengatakan ramai juga orang tidak puas hati kepada Khalid selaku MB termasuk yang jelas S/u PKR selangor sudah letak jawatan diikuti s/u 3 PKR selangor.

“Bagaimanapun, apa-apa keputusan mengenai wang sumbangan ini kita akan putuskan malam ini,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan wang sumbangan yang dikutip daripada syarikat-syarikat swasta bagi tujuan membiayai sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor ke dalam akaun PKR.

Mungkin Khalid tidak menjangka isu duit ini akan timbul padahal kerajaan negeri sudah memperuntukkan sebanyak 200 ratus ribu bagi sambutan berkenaan. Jika umur panjang bolehlah kita lihat isu isu terbaru lagi selepas ini.. Jika PAS sudah keluar Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO mungkin kita tidak akan dapat melihat Khalid lagi dan juga rakan rakannya seperti Teressa Kok yang berbangga dengan gambar lima ekor babinya yang dipanggang enak semasa isu ternakan 100 juta babi sepang dahulu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s