Bas percuma untuk tonton ceramah Ezam – artikel burukkan Ezam oleh Harakahdaily

Bas percuma untuk tonton ceramah Ezam

Bagus permulaan artikel ini. Memberi makna Ezam disediakan bas bagi membawa penyokong atau penontonnya.. Soalnya adakah PAS mampu menyediakan BAS seperti yang UMNO sediakan ?

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) – Menurut satu laporan, Ezam Mohd Noor akan mengadakan ceramah sulungnya malam ini di Cheras semenjak bergelumang semula dalam Umno.

Namun di sebalik kehebatannya suatu ketika dahulu yang berjaya menarik dan memukau ribuan orang ramai mendengar retoriknya, kali ini perkhidmatan bas percuma terpaksa diguna-pakai bagi memastikan kegemilangan lampau beliau terus menyerlah.

Siapa sokong kalau menentang Anwar dan Pakatan Rakyat !!! yang mudah popular jadi penceramah seperti Mat Sabu ( baca : sapu ) hentam kromo kerajaan….

Malah semenjak semalam poster dan risalah ceramah telah diedarkan dari rumah ke rumah untuk mengajak orang ramai hadir bagi mengetahui mengapa Ezam memasuki Umno atau kemungkinan tentang cerita kotak-kotak rasuah kepimpinan Umno, Sumpah Keramat dan perjuangan untuk bangsa dan negaranya.

Takkan nak guna tv promosi…Nanti jelouslah pulak menteri menteri….

Kata seorang penulis W.Fauzdin NS di laman web Tranung Kite bahawa ‘bas percuma’ adalah sejarah terbaru buat Ezam.

“Saya jangkakan kehadiran peminat-peminat ‘Badut’ malam ini pasti ramai kerana bas percuma dan tempat duduk disediakan. Saya tidak pasti ada atau tidak nasi bungkus,” katanya.

Wah ! dah jadi ‘ badut ‘ nampaknya… Soal saya ; mana pergi ulasan sumpah Ezam ? fikirkanlah…

Beliau mengganggap Ezam sudah pasti tidak akan bercerita tentang isu minyak yang membuat rakyat derita sekarang dan selebihnya akan menunjukkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Umno di samping memburuk-burukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. – mns _

PAS dan HARAKAHDAILY sama juga dengan pemimpin dan ahli PAS yang lain hanya tahu mengutuk sahaja…. Mereka berubah sekelip mata kepada kawan baik hingga menjadikan mereka BADUT dan menghina Ezam sesuka hati. Inilah gambaran pembangkan sebenar dan nampaknya saya terpaksa memuji DAP sedikit kerana tidak begitu teruja menyerang Ezam setakat mana berita saya baca sampai hari ini. Tidak sama dengan PAS yang beria ia dan PKR juga..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s