ANwar didakwa liwat di ‘kondo di Damansara’ – Malaysiakini

Ini berita baru saya baca di Malaysiakini…dan selepas mendedahkan perkara tersebut, pembantu khas Anwar Ibrahim telah dikutuk sekeras kerasnya seluruh alam maya. Berbagai blog mendedah gambar pemuda bernama Saiful tersebut…termasuk gambar dengan seorang Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Razak….gambar saya temui di blog http://riwayathayat.blogspot.com. Padahal pembantu khas ini telah dilantik berkhidmat dengan Anwar sendiri sekian lama.

( gambar dari blog http://riwayathayat.blogspot.com/2008/02/selamat-maju-jaya-saiful.html )

Sebagai seorang Islam saya sangat menjaga adab dan akhlak iaitu tidak menuduh seseorang dengan sengaja..tanpa bukti kukuh. Liwat atau Sodomi adalah perbuatan terkutuk kerana ia perbuatan melepaskan nafsu dengan cara tidak ikut tabie’ atau ‘jalan belakang’… saya tidak sangka jika benar Anwar sanggup meliwat pemuda di atas walaupun saya tahu dia tidaklah hodoh sangat jika ada orang seronok ‘ bersetubuh’ dengan kaum sejenis atau liwat ini…

Artikel berkenaan liwat ini rasanya artikel paling susah hendak ditulis. Meskipun saya mendengar sendiri bahawa rakan di MCKK ada membawa memberitahu cerita senada dengan tuduhan di atas, saya tidak percaya kerana ia didengar dari pihak kedua dari si pembawa cerita tersebut. Maksud saya jika rakan Anwar itu bernama X , cerita ini saya tidak dengar direct dari beliau…

Ada juga video seks pengakuan Norlaila yang dikaitkan dengan Anwar yang saya jumpa di blog sahabat saya MASTERDEDAH.. Salahlaku ini anda boleh dengar sendiri dan hakimi ia jika benar atau tidak suara Anwar atau Yusuf Chong yang pakar meniru suara di negara kita !

Saya tidaklah kisah jika ada orang nak tolak kebenaran cerita ini atau nak menerimanya bulat bulat. Cuma bagi saya jika ukuran Mahkamah dipakai, kata sahabat saya MASTERDEDAH perbuatan liwat memang ada berlaku di dalam kes tahun 1998 yang lalu. Ia disahkan mahkamah dan kita tidak tahu kenapa ia timbul lagi sekarang ini. klik sini untuk artikel tersebut..atau terus ke laman badan kehakiman Malaysia di sini

Adakah kes ini dicipta oleh Najib bagi menutup kes beliau yang dikaitkan dengan Altantunya ? atau direka reka oleh Anwar setelah tercemar teruk dengan kes adiknya menjadi penasihat KDEB dan tindakan meletak jawatan oleh Yahya Shaari berikutan keputusan MB Selangor menggantungnya dari jawatan walaupun belum bersalah ?

atau ia bagi menutup ‘ keseriusan sumpah’ Ezam yang akan menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Ini boleh jadi juga kerana orang terdekat sebelum ini tentu tahu banyak ‘ tahi lalat’ dalam badan sahabat yang sanggup dikorbankan kebebasan dirinya sendiri demi sahabat hingga dipenjara dan ditahan ISA.

Dengar khabar sekarang Anwar berlindung di kedutaan Turki – klik sini ..

Kenapa ? takut ditangkap ? atau takut malu ? Turki negara Pro Amerika dan Anwar selalu ke sana ..klik sini untuk berita dan cerita Anwar ke sana Disember tahun lepas yang didedahkan oleh Masterdedah.

yang peliknya kenapa Wan Azizah sanggup berkata di kala Badan Kehakiman sudah dibebaskan di zaman Pak Lah, beliau tidak percaya kepada institusi kehakiman negara. Berita klik sini. Bukankah ini satu persediaan jika sabitan kes liwat disahkan Mahkamah selepas seluruh negara mengetahui bahawa reformasi kehakiman sudah berlaku sekarang ???? Sedangkan masa PM umumkan reformasi kehakiman, rakyat termasuk mereka sendiri setuju dan sokong tindakan tersebut ! Apakah sudah lupa Kerajaan memberi ex-gratia kepada bekas Hakim hakim yang dipecat sebelum ini ?

Azizah dengan jelas berkata ( dalam Malaysiakini ) :”Sebelum ini, pada 1998. Apa mereka buat, badan kehakiman, polis. Kami keluar IPCMC, tiada apa yang berlaku. Kami dapati tiada sebab untuk percaya badan kehakiman. Jadi apa pilihan? Kami mesti membuat pilihan ini. Kami mesti melindunginya.

“Ramai rakyat Malaysia mencari pemimpinan Anwar dan kita mesti melindunginya. Bukan sebab dia suami saya dan bapa kepada anak-anak, tetapi dia pemimpin kita semua,” katanya.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.

“Kali pertama ia membuka mata bahawa kehakiman kita tidak boleh dipercayai dan polis. Bukan semua, saya tidak kata semua sebab sekarang sudah ada hakim macam Ian Chin. Pada masa dahulunya menunjukkan kita tidak boleh percayai sistem kehakiman,” tambahnya.

Ini bermakna jika dibicarakan sekarang Azizah sepatutnya percaya dan yakin tentang ketelusan kehakiman sekarang ini yang sudah jauh bezanya berbanding dulu !!

Walau apa pun anda kena tengok video video ini. Sebelum itu saya baru teringat, bukankah Anwar baru sahaja pulang dari mekah ? adakah hari tiba dari Mekah adalah hari ‘perliwatan’ beliau dengan si saiful tersebut ? adakah tidak cukup suci Mekah atau tidak cukup masa untuk Anwar berumrah – kerana singgah sahaja di sana tanpa berani memijak kaki ke Mekah dan Baitullah ???

sehingga kini Anwar rasanya tidak ada lagi title Haji dan rasa jika pendapat ini salah, anda tolong saya betulkan kembali.

Video yang anda mesti tengok :

Analisa : Ini video dikatakan Sumpah Anwar….Bagi saya tidak. Ia hanya kata kata Anwar yang jika anda teliti rakaman tersebut ucapannya :

Saya pun boleh gunakan dan lafazkan dengan nama Allah bahawa tuduhan ini fitnah dan jahat semata mata.

Dalam Islam sumpah hendaklah dilafazkan dengan menyebut WATALLAHI WABILLAH WALLAHI baru dikatakan sumpah sebenarnya. Klik sini dan search ‘ sumpah ‘ dan anda akan ketemu dengan penerangan berkaitan sumpah yang sah di sisi Islam. Ia dijawab oleh pegawai JAKIM sendiri…

Jika rakamann video ini dipakai maka tertolaklah dakwaan tersebut meskipun ia dijadikan dalil pembersihan nama Anwar dari tuduhan dan juga dakwaan salah laku seksual hingga ‘ mempersonakan’ penyokong PAS yang sibuk bertakbir di medan ceramah ketika itu.

Bukankah Anwar sepatutnya tahu cara bersumpah kerana beliau adalah pejuang Islam juga satu ketika dulu. Atau dia sudah tahu dan tidak berani menjadikan lafaz sumpah sebenar dipakai takut termakan diri ?

Apa pun Allah akan tunjukkan kepada kita siapa benar dan siapa salah sebenarnya.

Bagi saya, Anwar tidak patut dan harus dibiarkan menjadi Perdana Menteri. Anda ? terpulanglah. Baca dengan tenang dan buatlah penilaian bebas tanpa perlu takut kepada kawan kawan atau sesiapa sahaja yang masih terpedaya dengan permainan licik sesumpah ini !!!

Moga Allah mengampuni saya dan anda !

One response to “ANwar didakwa liwat di ‘kondo di Damansara’ – Malaysiakini

  1. Asslmkm,

    Kalau kita rujuk kembali theori RAHMAN, sebenarnya kalau Arab-nya RAHMAAN, “AA” tu sebab ada tanda panjang 2 harkat. Kalau tak percaya boleh jumpa pegawai JAKIM, atau tengok nama Asmaul Husna “AL-RAHMAAN.”

    Oleh itu, apa yang hendak kita khuatirkan…

    R = Tunku Abdul RAHMAN
    A = Tun ABDUL Razak
    H = Tun HUSSEIN Onn
    M = Tun Dr. MAHATHIR
    A = Dato’ Seri ABDULLAH
    A = ??
    N = ?? Datuk Seri NAJIB ? / Dato’ Seri NAZRI ? / NIK Aziz ?

    Tak kiralah siapa; yang penting, siapa-siapa yang memerintah dapat memahami kepayahan rakyat, serta tidak ringan tangan memberi bantuan kepada yang susah.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s