Anwar bakal ditangkap !

Saya belek laman blog di internet dan jumpa blog Sayuti Omar yang saya rasa sahih berita yang disiarkan di situ. Saya rasa Sayuti Omar orang yang amanah dalam memberitakan berita dari sumber yang banyak dan rapat dengannya.

Saya pun terkejut kerana Anwar dikatakan akan ditangkap. Maknanya selepas 10 tahun Anwar berulang lagi kisah yang kita boleh katakan betul ( bagi setengah pihak ) dan salah ( bagi setengah pihak )… Biasalah lawan akan kata betul dan penyokong akan kata salah.

Cuma antara betul dan salah tu, tidak wajar kita mempertikaikan kehakiman seperti tindakan Azizah  ( isteri Anwar ) semalam. Beliau senang senang sahaja menuding jari ke arah kehakiman dan polis. Ini taktik untuk membangkitkan kemarahan rakyat selepas gagal mendapat sokongan rakyat berhubung isu isu seperti minyak, altantunya ekoran kebijaksanaan kerajaann menghadapinya dengan tenang dan tidak emosional. Belum lagi bicara Mahkamah mula dah start menuding jari kepada BN, Kerajaan, Mahkamah…

Pak Lah diuji lagi kali ini.kali ini mungkin terhebat kerana ia tidak dijangka akan berlaku lagi selepas 10 tahun kisah tersebut berlaku. Cuma yang kita tidak lupa, hidup juga seperti putaran yang akan berulang..

Selepas dikeji dan ditohmah dengan berbagai bagai cara dan kaedah, sekali lagi Pak Lah diuji. Najib juga terpalit sama tuduhan ini selepas kes akuan sumpah Raja Petra yang menjadi tajuk hangat minggu lepas,minggu ini serangan saraf terus berterusan.

Kita pernah lihat bagaimana ‘tarbiyah’ Anwar menjadikan penyokongnya sanggup buat apa sahaja untuk mengangkat wira mereka.. Meskipun ditahan polis, diISA, dipenjara dan berbagai bagai lagi. Kerana Anwar sering berkata dan menaikkan semangat mereka dengan slogan : Jika takut ditahan usah berbicara tentang perjuangan atau trademark popularnya : Lawan tetap lawan.

Justeru andaian saya Saiful digunakan untuk menjadikan Anwar semakin popular selepas teori Saiful sendiri menjadi mangsa ‘kerakusan’ nafsu memandangkan teori konspirasi sudah basi dan tidak relevan lagi sekarang ini. Jika Benar saiful dijadikan konspirasi mengapa dia diterima bekerja selama 6 bulan ( mengikut riwayat setengah pihak ) atau  3 bulan mengikut Wan Azizah…

Bahkan ada cerita mengatakan Saiful dengan cepatnya naik ke jawatan pembantu khas ( pewaris diari merah ) hingga meragukan dan mendengkikan rakan rakan beliau yang kempunan mendapat jawatan yang sama. Mungkin bakat kepimpinan beliau sejak UNiTEN meskipun tidak sempat menghabiskan belajar akan diingati sebagai satu sejarah baru negara kita.

Cuma saya keliru juga dengan teori Saiful dipaksa polis membuat pengakuan. Saya rasa teori ini tidak benar kerana ia adalah respon pantas setelah terkejut dengan dakwaan tidak dijangka di tengah tengah kemaruk ingin mendapat kuasa memerintah seMalaysia 3 bulan sahaja lagi.

Jika Anwar jatuh dan terkena dengan sabitan kes ini, beberapa perkara akan terjadi …

1. Perpaduan Melayu UMNO PAS mungkin tercapai ..

2. keruntuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

3. Demonstrasi besar besaran hingga suasana huru hara akan terjadi di seluruh negara khususnya ibukota.

4. Kuasa Asing akan ‘gian’ menembak rakyat Malaysia seperti Iraq dengan menyerang masuk dari Singapura yang telah lama menjadi pengkalan Amerika di Asia.

5. Anwar akan diangkat secara tidak sah menjadi PM selepas rampasan kuasa ini berlaku….

Selepas itu apa akan terjadi ; ketuanan Melayu Islam akan hancur selepas dipertahankan selama 50 tahun. Mungkin ini adalah detik detik yang menakutkan kita kerana ia adalah antara huru hara dan darurat atau keruntuhan Pakatan Rakyat yang memang sudah banyak salah laku dipaparkan terbuka di media dan juga kelemahan kelemahan pemerintahan yang sangat ketara hingga menggusarkan rancangan mega Anwar untuk mendaki jalan pintas ke Putrajaya.

Bacalah komen dari SIASAH tentang kemungkinan Anwar ditangkap (dan saya percaya Anwar ingin ditangkap sekali lagi )

Saturday, June 28, 2008

Anwar bakal hadapi tuduhan liwat lagi?

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Cerita lama bakal berulang kembali. Itulah yang diramalkan oleh para petugas Parti Keadilan Rakyat apabila seorang petugas pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahri ditangkap polis petang tadi.

Mereka mendakwa, Saiful ditahan dengan alasan diliwat dan pelakunya didakwa Anwar Ibrahim sebagaimana dakwaan Azizan sebelum ini.

“Kami menjangka Anwar akan ditahan malam ini atau dalam dua tiga hari ini,” kata Ketua Pengarang Suara Keadilan, Zulkifly Anuar Ul Haq atau Zunar ketika dihubungi Siasah.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Aziz juga memaklumkan perkara yang sama lepada Siasah.

Menurut mereka, Saiful Bahri mula bekerja di pejabat Anwar selepas pilihan raya umum ke 12 lalu.

“Mengikut maklumat yang kami tarima, Saiful dipaksa mengaku diliwat Anwar,” kata mereka berdua.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s