Balasubramaniam tarik balik beberapa perenggan dalam akuan sumpahnya – Utusan

04/07/2008 11:58am

KUALA LUMPUR 4 Julai – Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, hari ini menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya berkaitan hubungan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
p balasubramaniam private investigator altantuya murder case

Balasubramaniam menarik balik akuannya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri mempunyai hubungan seks dengan wanita Mongolia itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita secara ringkas ketika hadir bersama peguamnya di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Sementara itu, peguamnya, M. Arulampalam mendakwa ketika Balasubramaniam membuat kenyataannya semalam di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau amat marah dengan kerajaan.

“Tetapi hari ini, Balasubramaniam telah menyedari kesilapannya,’’ ujarnya.

– gambar Malaysiakini –

————————————————————————————-
Bala dibawa Balasubramaniam semalam, hingga seantero dunia mencemuh Datuk Najib, akhirnya reda. Anwar benar benar yakin dengan ‘strategi’ politiknya hingga didedahkan akuan tersebut meskipun ia hanya bertahan selama sehari sahaja…
Anwar sudah tentu akan terkejut dengan keputusan ini meskipun akuan sumpah sebenarnya dapat dibuat hanya dengan modal RM 4 ringgit sahaja namun ia boleh ‘ menggantungkan pasaran saham ‘ yang nampaknya turut panik dengan ‘ provokasi’ Anwar Ibrahim yang tidak habis habis menyusahkan dan menggamatkan negara.

Keadaan seperti darurat ini amat menggetirkan dan saya percaya inilah yang dikehendaki oleh Amerika agar Malaysia selaku negara terkemuka Asean akan lumpuh dan jatuh.
Balasubramaniam , jelas telah mengganggu siasatan dan perbicaraan Mahkamah yang masih belum menentukan keputusannya setakat ini. Subjudis yang ditimbulkan boleh membawa kepada andaian Anwar benar benar ingin mempengaruhi rancangan mengenakan Najib dari terus mengekalkan kuasa serta menungguh peralihan kuasa kepada jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi.
Kita tunggu apakah bala lagi akan datang selepas ini. Lawak betul politik Sheih Anwar al Amerikani .
Jangan lupa ; iklan chipsmore , now u see now u don’t jika anda tergelak membaca berita di atas.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s