Mana jawapan Anwar apabila Bala tarik akuan sumpah kembali ?

Ni berita Utusan Hari ini ; tanpa ada sidang akhbar menjawab kembali isu semalan ekoran penarikan surat akuan sumpah Balasubramaniam yang mengaitkan Najib dengan Altantunya….

Biasanya Anwar akan sentiasa mengadakan sidang akhbar bagi menyerang kerajaan lebih lebih lagi Najib sebagai lawan utamanya sekarang ini. Ramai menyangka Bala membawa bala besar kepada Najib dengan pengakuan sumpahnyan yang mengaitkan Najib dengan Altantunya hingga membawa kepada hubungan seks. Namun tidak sampai sehari akuan ditarik kembali dan juga peguam bela turut ditarik peguam baru menggantikan peguam yang dipanggil sehari sebelumnya ketika mengadakan sidang akhbar menuduh dan mengedarkan akuan tersebut.

Kenapa sudah tidak ada sidang akhbar lagi ? malu ? merah muka marah ? atau tidak tahu apa nak dijawap lagi selepas menegaskan tidak akan membongkar alibinya pada 26 Jun lalu kerana dinasihatkan peguam ?

Sikap memboikot akhbar Utusan selaku media memperjuangkan Melayu juga turut menimbulkan kejelekan di kalangan rakyat kerana ia tidak profesional dan tidak mencerminkan kebebasan media seperti mana yang mereka laung-laungkan selama ini…

itulah Anwar dan itulah sikap Pakatan Rakyat yang sudah tidak ada pakatan lagi sesama mereka dengan Ezam semakin hari semakin meresahkan Anwar yang ‘ kemaruk’ menjadi PM tidak lama lagi.

Mungkin lebih cepat Anwar jadi PM lebih cepat IMF dapat beri pinjamana dan lebih cepat FTA ditandatangani oleh malaysia dan lebih cepat juga gereja gereja dan kuil kuil dibesarkan.

Yang penting, lebih cepat juga mualaf akan segera keluar dari Islam laksana sesumpah yang boleh bertukar warna bila bila masa dan ketika seperti hasrat IFC yang dikendali Irene Fernandez ; penyokong kuat Anwar …

baca berita Utusan hari ini di bawah :

Tajuk : Anwar lesap?

PETALING JAYA 4 Julai – Majlis Makan Malam Harapan Baru Selangor bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya berlangsung di Bandar Sunway dekat sini malam ini, dibatalkan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, para penyokong parti pembangkang itu juga tidak kelihatan berkumpul di kawasan lobi hotel tersebut.

Beberapa petugas hotel yang ditemui memberitahu, majlis tersebut yang sepatutnya berlangsung pada pukul 8 malam telah dibatalkan sejak pagi lagi. Mereka bagaimanapun tidak memberitahu sebab pembatalan program tersebut.

Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadual menghadiri majlis itu.

Para wartawan juga menunggu sidang akhbar Anwar di ibu pejabat PKR petang ini, tetapi beliau meninggalkan pejabat itu tanpa mengadakan sidang akhbar untuk menjawab isu penarikan balik akuan bersumpah Penyiasat Persendirian, P. Balasubramaniam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s