26 Jun, hari selesai isu Yahya Shaari dan liwat mula terjadi !

Saya saja pagi pagi hujung minggu ini mencari bahan bahan untuk dikongsi dengan saudara/i  yang sering menjenguk ke ‘ kamar peribadi’ saya ini. Jika anda sanggup membaca artikel di sini dan menerima pendapat saya maka tentu saya mengalu-alukan kedatangan saudar/i di sini meskipun saya tahu ada juga pendapat kita berbeza pada sesetengah pendapat meskipun ruang perbincangan mengenainya masih lagi terbuka luas sesama kita.

Ingat lagi dakwaan liwat yang sehingga hari ini masih belum dinafikan dengan sumpah nama Allah Yang Maha Agung , walaupun rakan baik Anwar sendiri ; Nik Aziz Nik Mat menyarankan sumpah dibuat bagi membersihkan nama beliau. Begitu juga Mufti Perak dan Perlis sudah menyatakan hal yang sama jika benar Anwar ingin membersihkan namanya yang teruk tercemar dengan isu ini. Sudah tentu jika perkara ini kena  ke atas kita , jalan terbaik akan diambil termasuk bersumpah yang menepati piawaian Islam dalam menolak fitnah tersebut yang didakwa direka reka Saiful kepadanya.

Saya menjenguk ke laman DSAI tentang aktivitinya pada 26 JUN lalu kerana ia tarikh terakhir didakwa oleh Saiful berlakunya liwat antara beliau dan Anwar… Justeru saya ke blog DSAI dan akhirnya menemui sedikit catatan pada tarikh 26 Jun 2008.

KeADILan Selangor: Muafakat Dicapai, Kepimpinan Khalid Terus Didukung

Malam tadi saya, Syed Husin Ali, Azmin bersama dengan Tan Sri Khalid, ketua bahagian dan ahli perhubungan, Ahli Parlimen dan DUN Selangor mengadakan mesyuarat khas.

Alhamdulillah mesyuarat berakhir dengan muafakat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor, menghargai jasa dan khidmat Sdr Yahya.

Sementara difaham keperluan Yahya membersihkan namanya, sumbangan beliau kepada KeADILan khususnya di Selangor masih diperlukan.

Saya kagum dengan semangat dan komitmen rakan-rakan di Selangor. InshaAllah segalanya akan lebih lancar kelak.

ANWAR IBRAHIM

Ini bermakna tarikh tersebut tarikh selesainya isu Yahya Shaari yang dituduh salah laku hingga digantung dan menimbulkan kemarahan penyokong penyokong beliau. Seramai 200 orang telah berkumpul di Segambut memprotes tindakan keras terhadap pegawai khas MB tersebut. Akhirnya Yahya telah ‘ taubat’ dari kenyataan pedasnya sebelum itu dan telah menafikan semua sekali kenyataan kenyataan yang dikeluarkannya tentang Khalid Samad. Ia mungkin dari ‘ suntikan semangat’ Anwar yang saya tahu sememangnya Anwar pakar dalam pujuk memujuk ini hingga dikhabarkan 30 orang tempoh hari AHli Parlimen dari BN akan ‘menjadi katak’ melompat ke Pakatan Rakyat. Walaupun akhirnya hanya 4 sahaja tinggal dan digembar gemburkan akan diumum dalam perhimpunan di Stadium Melawati tempoh hari walaupun akhirnya kita nampak dan dengar ia hanya war war oleh Anwar sahaja…tiada pengumuman.

Kesian kepada penyokong yang merasa kemenangan akan berpihak kepada mereka dengan pendedahan P Balasubramaniam tiga hari lepas namun akhirnya kegembiraan mereka ‘direntap’ sehari selepasnya.

Anwar semakin agresif selepas dimalukan dengan skandal duit derma dimasukkan dalam akaun PKR hingga menggusarkan PAS yang bimbang jumlah tunai lebih besar akan dimasukkan ke dalam akaun PKR lagi pada masa hadapan jika perkara ini dibiarkan.

Tengok juga Anwar menggunakan di blog beliau gambar Nik Aziz yang melawat beliau dan gambar bersama cucu bagi meraih simpati dan memadamkan ‘ kesilapan’ demi ‘kesilapan’ yang telah tercalar di hati penyokong PKR pada masa ini… tengok sahaja perhimpunan isu liwat ini, gambar DSAI dengan mata lebam digunakan bagi meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan ingin menjadikan rakyat akan bangkit secara ‘ luar tabi’e’ dengan kemungkinan sejuta rakyat yang dihimpunkan boleh melumpuhkan Kuala Lumpur atau menimbulkan revolusi berdarah seperti kebanyakan negara lain yang telah ‘ dimanipulasi’ secara halus oleh Amerika dan penyokong kuatnya iaitu zionis.
Soalan last saya jika ada Anwar atau kawan2 dan penyokong penyokongnya membaca artikel ini, dimanakah anda ketika 26 JUN lepas ? kenapa wan azizah sendiri tergagap gagap semasa menjawab soalan wartawan ketika sidang media tempoh hari ? dan bilakah sumpah anda akan dibuat setelah didesak oleh tiga tokoh agama yang meminta anda bersumpah menafikan liwat berlaku ???

Juga jangan kita mudah terlupa isu Anwar mengamalkan nepotisme, dengan adiknya Rosli Ibrahim telah dilantik menjadi Penasihat KDEB dan dinafikannya selepas it… Namun, Khalid mengumumkan perletakan jawatan Rosli yang mengesahkan bahawa beliau sudah dilantik ke jawatan tersebut oleh MB Khalid samada sedar atau tidak oleh Anwar. Takkanlah Khalid tidak mengenali Rosli dan kaitannya dengan Anwar sedangkan beliau bukannya orang baru di dalam PKR. Justeru perlantikan Rosli akan dikatakan berpunca dari desakan Anwar samada diakui atau tidak oleh Anwar .

Akhirnya Rosli menafikan. Yahya menafikan. Semua menafikan… Maknanya semua adalah kaki penipu yang tidak boleh diangkat jadi pemimpin oleh rakyat…. Pakatan Mereka sebenarnya tidak layak dipanggil Pakatan Rakyat tetapi Pakatan Jahat kerana memperdaya rakyat dengan hasutan dan fitnah yang sangat dahsyat hingga rakyat terpedaya dengan dakyah mereka dan menjadikan kita telah kehilangan kuasa memerintah negari negeri Pantai Barat yang kaya raya …

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s